Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Thursday, December 11, 2008
Unit Kaunseling Maktab Sabah, mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2009 untuk meneruskan persekolahan seterusnya mendapatkan ilmu sebanyak mungkin dari tenaga pendidik bagi membantu kecemerlangan diri sendiri dalam bidang akademik mahupun bidang-bidang yang bersesuaian.
Untuk makluman, Program Orientasi khusus kepada pelajar Tingkatan 1, 2009 akan diadakan selama seminggu mulai 5 Januari hingga 9 Januari 2009. Beberapa pengisian antaranya ialah Ujian Diagnostik, Pendaftaran Kokurikulum dan Ceramah dan slot motivasi serta yang berkaitan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah.
Akhir sekali, kepada anak-anak pelajar adalah dinasihatkan supaya tidak berasa khuatir, malu atau takut untuk hadir ke sekolah. Sentiasalah beringat bahawa 'Sekolah merupakan kawasan selamat'. Kami warga pendidik Maktab Sabah, mengalu-alukan kedatangan anda semua.
Tuesday, October 7, 2008
Buat anak-anak didik yang dikasihi.
Bulan Oktober merupakan bulan Peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 4 dan 6 Bawah. Justeru, kami di Unit Kaunseling dan warga Pendidik Maktab Sabah mengingatkan agar anak-anak didik tidak leka dan terus mengulangkaji pelajaran supaya prestasi akademik cemerlang dan nama anak-anak pelajar tersenarai dalam penerima hadiah sempena Majlis Anugerah Cemerlang yang akan diadakan pada tahun hadapan.
Ingatlah tarikh peperiksaan bagi anak-anak ialah dari 20 Oktober hingga 31 Oktober.

Demikian juga buat anak-anak calon PMR. Tarikh keramat 13 hingga 17 Oktober merupakan penentu kepada aliran yang akan anda ikuti apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah atas nanti di tahun hadapan. Usaha yang anda lakukan, dengan sungguh-sungguh tidak mustahil akan menjanjikan pulangan yang berharga buat anda, keluarga sendiri dan juga Maktab Sabah sendiri. Ingatlah 'Pelajar Hari Ini, Pemimpin Hari Esok' akan menjadi kenyataan sekiranya anak-anak berani berdepan dengan kenyataan. Kami guru-guru Maktab Sabah mendoakan supaya calon PMR, 2008 memperolehi keputusan yang memberangsangkan hingga mampu mencemerlangkan nama Maktab Sabah.

Bagi calon SPM dan STPM, teruskan semangat juang anda. Peperiksaan percubaan yang anda duduki sejak 6 Oktober hingga 17 Oktober 2008, merupakan satu bentuk ujian bagi mengenalpasti tahap keupayaan diri, agar anak-anak didik mampu membuat penambahbaikan diri mana yang perlu dan tindakan serta pelaksanaan dapat dilakukan dalam meletakkan diri anda gah bersama dengan pelajar-pelajar lain apabila berjaya diterima masuk meneruskan pengajian ke menara gading. Teruskan usaha anda, mudah-mudahan kejayaan bersama dengan anda semua. Kami guru- guru anda hanya mampu mendoakan dan anda semualah yang perlu melaksanakannya. Ingatlah 'Di mana ada kemahuan. Di situ ada jalan'. Cikgu percaya, anda memang dilahirkan hebat, dan lihatlah kehebatan masing-masing dalam usaha menggenggam kejayaan yang cemerlang.

Akhir sekali, bulan-bulan terakhir persekolahan adalah bulan yang memberikan perasaan gementar dan rasa takut kerana ia merupakan bulan peperiksaan. Namun, cikgu percaya, anda semua boleh mengatasinya dengan baik melalui teknik-teknik relaksasi dan meditasi serta berdoa kepada Allah swt. Sekian, wassalam
Wednesday, September 3, 2008
Terpamer wajah-wajah keriangan bagi pasukan Kelab Kebudayaan bersama dengan Pegawai Pengiring Cik Dayang Asmah, En. Sudirman dan Puan Helen. Kemenangan Pasukan Kain Rentang juga turut dikongsikan dengan kumpulan ini yang bertemu di KLIA ketika pasukan Kelab Kebudayaan baru sampai ke terminal KLIA dari Negeri Terengganu. Manakala pasukan kain rentang Maktab Sabah pula bertolak balik ke Kota Kinabalu. Pertemuan ini, walaupun singkat meninggalkan banyak kenangan kerana sempat lagi bertanya khabar. Apapun, anak-anak didik yang dikasihi, usaha yang dilakukan dalam mencemerlangkan nama Maktab Sabah dan Jabatan Pelajaran Sabah, amat dihargai. Cikgu berbangga dengan pencapaian anda. Teruskan usaha, dan terus berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.
Tuesday, August 26, 2008
Kontinjen Negeri Sabah telah memenangi 2 pingat emas dan 2 pingat perak ke Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2008 yang berlangsung di SMK. Agama Pedas, N9 pada 15 hingga 18 Ogos 2008. Kontinjen Negeri Sabah dinobatkan Johan dalam aktiviti Melukis Kain Rentang (Maktab Sabah, Kota Kinabalu) dan Sketsa (SMK. Likas, Kota Kinabalu). Kontinjen Negeri Sabah mendapat Naib Johan dalam aktiviti Eksplorasi Alam Kerjaya (SM.All Saints, Kota Kinabalu) dan Melukis Poster SR (Sandakan). Kelihatan para pegawai bersama peserta mengabadikan gambar sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu. Pencapaian ini, diharapkan mendorong para pelajar untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dalam mengekalkan kemenangan dan penambahbaikan pada masa hadapan. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Negeri Sabah.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Melukis Kain Rentang, Maktab Sabah yang mewakili Negeri Sabah ke Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2008 berlangsung di SMK. Agama Pedas, N9 dari 15 hingga 18 Ogos 2008 kerana mengekalkan kejuaraan selama 3 tahun berturut-turut sejak tahun 2006, 2007 dan 2008. Kelihatan En. Awang Hj.Mad Said, Penolong Pengarah Unit Kaunseling, SPPK JPNS, memegang piala kemenangan bersama dengan peserta dari kiri Fridden Elgar, Zabri Elias, En. Kenalan Askan (Trainer) Siti Munirah Datuk Ibrahim dan Siti Qamariah Datuk Ibrahim.
Unit Kaunseling Maktab Sabah merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu Pasukan Melukis Kain Rentang sehinggan dinobatkan Johan kepada En. Musta Nasip (KP Seni Visual), Barisan Pentadbir dan Pendidik Perdana Maktab Sabah, PIBG dan Pengarah BTN serta staf sokongan dan warga Maktab Sabah seluruhnya yang mendoakan kejayaan pasukan ini. Tidak juga dilupakan kepada Jabatan Pelajaran Sabah (SPPK Unit Kaunseling - En Awang Hj. Mad Said & En. Nawawi Idris) yang memberi kepercayaan kepada Maktab Sabah mewakili Negeri Sabah ke karnival tersebut. Tahniah... teruskan kecemerlangan.
Saturday, August 9, 2008
Bersama dengan Guru-Guru Praktikum yang turut sama diraikan pada majlis tersebut. Turut bersama Puan Hajah Saripah Hj. Ghul Hassan (PKP- bertudung putih) dan disebelah kiri beliau Puan Lim Gin Wah yang menyumbangkan tenaga, kewangan dalam menjayakan majlis tersebut.
Majlis kesyukuran disumbangkan oleh Puan Lim Gin Wah, setelah di anugerahkan Guru Cemerlang DG44.
Pelajar - pelajar Tingkatan 6 Atas dibawa melawat ke Dewan Undangan Negeri dan Universiti Malaysia Sabah. Semoga program yang disusun atur membolehkan pelajar membuat analisa diri berkaitan dengan kepentingan ilmu dan menjadi seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berusaha menempatkan diri ke menara gading. Teruskan perjuangan...wahai anak-anak didik yang dikasihi.
Maktab Sabah telah menerima kunjungan 'Bench Marking' dari SMK. Balai Besar, Terengganu. Adalah menjadi harapan semoga hubungan yang terjalin memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha melahirkan modal insan untuk memiliki minda kelas pertama dalam memimpin negara akan datang.
Terima kasih diucapkan...semoga hubungan terus berkekalan.
Buah pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walaupun jauh beribu batu
Hilang dimata di hati jangan.
Barisan guru lelaki yang turut hadir ke majlis Israk Mikraj peringkat Maktab Sabah. Kelihatan Drs. Hamid Hj. Abd. Rahmat (PK.KoKum-Bersongkok), En. Wan Mohd. Noor, Ust. Amili Abd. Razak, En. Hasrul Jideh, En. Abd. Mutalib Pie, En. Hussen Mainih dan En. Abd. Jaid Paki (terselindung). Semoga kehadiran tuan-tuan ke majlis ilmu ini mendorong anak-anak didik untuk bersama-sama mempertingkatkan kecemerlangan diri.
Kelihatan pelajar Maktab Sabah, memberi perhatian dan tumpuan ketika ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ust. Zulkifli Mustaffa. Program ini turut dihadiri oleh Puan Pengetua dan juga semua barisan guru beragama Islam. Pelajar moral menghadiri aktiviti moral yang diadakan di kelas oleh guru-guru yang diamanahkan. Semoga dengan adanya program seperti ini memberikan anjakan paradigma kepada pelajar agar terus mengamalkan nilai-nilai murni dalam usaha memartabatkan diri dan memiliki minda kelas pertama dan berupaya membuat keputusan yang baik untuk kepentingan diri, keluarga dan negara.
Barisan Pembimbing Rakan Sebaya, beratur menyambut ketibaan Puan Hajah Nuinda Haji Alias (Pengetua) ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Menyampaikan Ucap Utama ke Kepimpinan PRS di Melinsung Summer Bay, Resort Papar yang berlangsung pada 25 - 27 Julai 08. Pada majlis tersebut, penyampaian hadiah diberikan kepada setiap kumpulan. Ucapan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut. Semoga program yang diadakan memperkasakan lagi peranan pelajar PRS di sekolah.
Wednesday, August 6, 2008
Kursus Kepimpinan PRS Maktab Sabah diadakan di Melinsung Summer Bay, Resort Papar. Seramai 32 orang pelajar terlibat. Perasmian disempurnakan oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Maktab Sabah. Diharapkan dengan program seperti ini, PRS Maktab Sabah dapat memainkan peranan penting dalam usaha membantu Unit Kaunseling dan mencemerlangkan Maktab Sabah.

Kelihatan guru-guru Maktab Sabah diketuai Puan Rosiah Liman (PK HEM) menghadiri Sambutan Hari Guru Peringkat Gabungan seterusnya Maktab Sabah menerima Anugerah Lonjakan Saujana KoKurikulum (Unit Beruniform & Kelab Persatuan) dan Anugerah Sekolah Cemerlang. Turut bersama En. Musli (Kaunselor), Cik Farahleezah Jamian Arim (Setiausaha KoKum), En. Sudirman Kananu (Pem. Eks. PK KoKum), Cik Dg Asmah Eson (Guru Kelab Kebudyaan) dan Puan Danielle @ Foong Chai Yen (Penyelaras KoKurikulum). Ucapan Tahniah dan teruskan kecemerlangan Maktab Sabah

Peserta Melukis Kain Rentang, Maktab Sabah dinobatkan JOHAN dalam Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya, Peringkat Negeri dan mewakili Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan 15 hingga 18 Ogos, 2008. Kelihatan peserta bersama dengan Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua dan turut sama Kaunselor dan Jurulatih. Warga Maktab Sabah mendoakan kejayaan yang dimenangi sejak tahun 2006 dapat dikekalkan lagi.
Thursday, July 24, 2008
Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya khusus pelajar-pelajar PRS Tingkatan 4 akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 25 hingga 27 Julai 2008
Tempat : Melinsung Summer Bay Resort, Papar
Bil. Pelajar : 32 orang
Bil Guru : 14 orang termasuk menyertai guru-guru praktikum
Guru-Guru Penasihat PRS Cik Siti Nurkiah Ramin, Cik Dg. Asmah Eson, Cik Farahleezah Jamian Arim, Puan Sharlenee John, Cik Siti Noorliah Mohd Noor, Cik Norazian Zainol Abidin dan Guru-Guru Praktikum yang turut mengiring program ini ialah Cik Asmidar Tara, Nuraida Hassan, Noraida, Noor Nadiah, Chang, Lau, dan En. Hasrul Jideh.
Guru pembantu En. Sheikh Mohd. Asraf Mokdin.

Program ini akan disempurnakan perasmiannya oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Maktab Sabah.
Adalah menjadi harapan kami, semoga program yang diadakan ini dapat memperkasakan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam mencemerlangkan Maktab Sabah melahirkan modal insan yang berkualiti dan memiliki minda kelas pertama.
Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah merakamkan ucapan Tahniah dan Syabas kepada Pasukan Melukis Kain Rentang iaitu Zaberi Elias, Fridden Elgar,Siti Munirah Datuk Ibrahim dan Nur Qamariah Datuk Ibrahim yang telah berjaya mewakili Negeri Sabah ke Pertandingan Melukis Kain Rentang Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan, pada 15 hingga 18 Ogos nanti bagi tahun ke tiga berturut-turut. Ucapan tahniah juga kepada Guru Seni Visual En. Musta Nasip dan En. Kenalan askan yang turut sama-sama membimbing dan membantu pelajar.
Sekian, harap maklum.
Friday, July 4, 2008

Bergaya nampaknya guru-guru lelaki Maktab Sabah, sempena sambutan Hari Guru, peringkat Maktab Sabah. Terima kasih kepada anak-anak didik yang menganjurkan aktiviti dalam menghargai guru. Kelihatan En. Sudirman,En. Norazman, En. Mutalib, En. Wan Mohd. Nor, En. Hussen, En. Musli, En. Jipanis, En. Ting, En. Syrence, Ust. Amili, Ust. Zainudin dan En. Mat Julih.
Kepada sahabat kita teruskan perjuangan dan ambil tanggungjawab tema sambutan 'Guru Cemerlang Negara Terbilang'.
Kelihatan Dusi,(Kota Belud), Wahab (Beaufort), Khairudin (Kota Marudu), En. Nawawi (Pegawai JPN), En. Musli (Kota Kinabalu), Sharizan (YDP MGKKn).
Pengalaman bersama sahabat sewaktu menghadiri mesyuarat Pelaporan Perkhidmatan Kaunseling dan seterusnya bertindak sebagai JU ICT bagi negeri Sabah. Sememangnya indah, terutama apabila cerita berkaitan dengan penggunaan LCD di bilik 206. Abang Wahab dan Tuan Nawawi, serta Tuan Sharizan, yang sampai terlelap mendapat keistemewaan selepas penggunaan LCD yang kali pertama dilakukan.
Apapun, tahniah kepada yang terlibat.
Thursday, July 3, 2008
Maktab Sabah akan menghantar pelajar tingkatan 5, ke program seminar Skor A SPM, 2008 seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 12 Julai 2008
Tempat : Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha
Seramai 12 orang pelajar terlibat iaitu, Nur Sheila Abd. Rashid, Nur Hasanah Azmi, Didi Nabila Rosdi, Stephanie Sharon, Robecca Ruth Robert, Louisa Mae Cyprinus, Nor Nadzirah Masuari, Nurul Atiqah Maszalan, Sharinna Mohd. Salleh dan Maryam Sofiah Amat Said.

Warga Pendidik Maktab Sabah, mengharapkan pelajar yang teribat agar memberikan kerjasama untuk memberi perhatian dalam seminar tersebut sebagai satu usaha mencemerlangkan diri dalam peperiksaa SPM yang bakal diduduki.
Wednesday, July 2, 2008
MGKK negeri Sabah akan cuba mengatur satu tempoh masa bagi memperkenalkan kepada semua Guru Kaunseling diseluruh negeri, berkenaan dengan membina Blog dan penyediaan Laporan Perkhidmatan Kaunseling. Tuan-Tuan boleh menghubungi En. Sharizan YDP MGKK, - 0138722409.
Bagi Guru Bimbingan SR, tuan-tuan/puan-puan juga akan diadakan majlis yang serupa.
Untuk keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan Tuan Nawawi Idris di talian-0138502169 atau En. Awang Haji Mad Said ditalian - 0138888127.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414