Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, August 26, 2008
Kontinjen Negeri Sabah telah memenangi 2 pingat emas dan 2 pingat perak ke Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2008 yang berlangsung di SMK. Agama Pedas, N9 pada 15 hingga 18 Ogos 2008. Kontinjen Negeri Sabah dinobatkan Johan dalam aktiviti Melukis Kain Rentang (Maktab Sabah, Kota Kinabalu) dan Sketsa (SMK. Likas, Kota Kinabalu). Kontinjen Negeri Sabah mendapat Naib Johan dalam aktiviti Eksplorasi Alam Kerjaya (SM.All Saints, Kota Kinabalu) dan Melukis Poster SR (Sandakan). Kelihatan para pegawai bersama peserta mengabadikan gambar sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu. Pencapaian ini, diharapkan mendorong para pelajar untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dalam mengekalkan kemenangan dan penambahbaikan pada masa hadapan. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Negeri Sabah.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Melukis Kain Rentang, Maktab Sabah yang mewakili Negeri Sabah ke Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2008 berlangsung di SMK. Agama Pedas, N9 dari 15 hingga 18 Ogos 2008 kerana mengekalkan kejuaraan selama 3 tahun berturut-turut sejak tahun 2006, 2007 dan 2008. Kelihatan En. Awang Hj.Mad Said, Penolong Pengarah Unit Kaunseling, SPPK JPNS, memegang piala kemenangan bersama dengan peserta dari kiri Fridden Elgar, Zabri Elias, En. Kenalan Askan (Trainer) Siti Munirah Datuk Ibrahim dan Siti Qamariah Datuk Ibrahim.
Unit Kaunseling Maktab Sabah merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu Pasukan Melukis Kain Rentang sehinggan dinobatkan Johan kepada En. Musta Nasip (KP Seni Visual), Barisan Pentadbir dan Pendidik Perdana Maktab Sabah, PIBG dan Pengarah BTN serta staf sokongan dan warga Maktab Sabah seluruhnya yang mendoakan kejayaan pasukan ini. Tidak juga dilupakan kepada Jabatan Pelajaran Sabah (SPPK Unit Kaunseling - En Awang Hj. Mad Said & En. Nawawi Idris) yang memberi kepercayaan kepada Maktab Sabah mewakili Negeri Sabah ke karnival tersebut. Tahniah... teruskan kecemerlangan.
Saturday, August 9, 2008
Bersama dengan Guru-Guru Praktikum yang turut sama diraikan pada majlis tersebut. Turut bersama Puan Hajah Saripah Hj. Ghul Hassan (PKP- bertudung putih) dan disebelah kiri beliau Puan Lim Gin Wah yang menyumbangkan tenaga, kewangan dalam menjayakan majlis tersebut.
Majlis kesyukuran disumbangkan oleh Puan Lim Gin Wah, setelah di anugerahkan Guru Cemerlang DG44.
Pelajar - pelajar Tingkatan 6 Atas dibawa melawat ke Dewan Undangan Negeri dan Universiti Malaysia Sabah. Semoga program yang disusun atur membolehkan pelajar membuat analisa diri berkaitan dengan kepentingan ilmu dan menjadi seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berusaha menempatkan diri ke menara gading. Teruskan perjuangan...wahai anak-anak didik yang dikasihi.
Maktab Sabah telah menerima kunjungan 'Bench Marking' dari SMK. Balai Besar, Terengganu. Adalah menjadi harapan semoga hubungan yang terjalin memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha melahirkan modal insan untuk memiliki minda kelas pertama dalam memimpin negara akan datang.
Terima kasih diucapkan...semoga hubungan terus berkekalan.
Buah pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walaupun jauh beribu batu
Hilang dimata di hati jangan.
Barisan guru lelaki yang turut hadir ke majlis Israk Mikraj peringkat Maktab Sabah. Kelihatan Drs. Hamid Hj. Abd. Rahmat (PK.KoKum-Bersongkok), En. Wan Mohd. Noor, Ust. Amili Abd. Razak, En. Hasrul Jideh, En. Abd. Mutalib Pie, En. Hussen Mainih dan En. Abd. Jaid Paki (terselindung). Semoga kehadiran tuan-tuan ke majlis ilmu ini mendorong anak-anak didik untuk bersama-sama mempertingkatkan kecemerlangan diri.
Kelihatan pelajar Maktab Sabah, memberi perhatian dan tumpuan ketika ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ust. Zulkifli Mustaffa. Program ini turut dihadiri oleh Puan Pengetua dan juga semua barisan guru beragama Islam. Pelajar moral menghadiri aktiviti moral yang diadakan di kelas oleh guru-guru yang diamanahkan. Semoga dengan adanya program seperti ini memberikan anjakan paradigma kepada pelajar agar terus mengamalkan nilai-nilai murni dalam usaha memartabatkan diri dan memiliki minda kelas pertama dan berupaya membuat keputusan yang baik untuk kepentingan diri, keluarga dan negara.
Barisan Pembimbing Rakan Sebaya, beratur menyambut ketibaan Puan Hajah Nuinda Haji Alias (Pengetua) ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Menyampaikan Ucap Utama ke Kepimpinan PRS di Melinsung Summer Bay, Resort Papar yang berlangsung pada 25 - 27 Julai 08. Pada majlis tersebut, penyampaian hadiah diberikan kepada setiap kumpulan. Ucapan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut. Semoga program yang diadakan memperkasakan lagi peranan pelajar PRS di sekolah.
Wednesday, August 6, 2008
Kursus Kepimpinan PRS Maktab Sabah diadakan di Melinsung Summer Bay, Resort Papar. Seramai 32 orang pelajar terlibat. Perasmian disempurnakan oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Maktab Sabah. Diharapkan dengan program seperti ini, PRS Maktab Sabah dapat memainkan peranan penting dalam usaha membantu Unit Kaunseling dan mencemerlangkan Maktab Sabah.

Kelihatan guru-guru Maktab Sabah diketuai Puan Rosiah Liman (PK HEM) menghadiri Sambutan Hari Guru Peringkat Gabungan seterusnya Maktab Sabah menerima Anugerah Lonjakan Saujana KoKurikulum (Unit Beruniform & Kelab Persatuan) dan Anugerah Sekolah Cemerlang. Turut bersama En. Musli (Kaunselor), Cik Farahleezah Jamian Arim (Setiausaha KoKum), En. Sudirman Kananu (Pem. Eks. PK KoKum), Cik Dg Asmah Eson (Guru Kelab Kebudyaan) dan Puan Danielle @ Foong Chai Yen (Penyelaras KoKurikulum). Ucapan Tahniah dan teruskan kecemerlangan Maktab Sabah

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414