Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Friday, January 30, 2009
Unit Kaunseling dan Lembaga Disiplin Maktab Sabah telah melancarkan Kempen Berbudi Bahasa pada 12 Januari 2009. Antara tujuan utama kempen ini ialah memastikan pelajar perdana berbudi bahasa, hormat pada guru, ibubapa, warga Maktab Sabah, masyarakat dan juga peraturan sekolah yang disediakan. Pelancaran kempen ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Maktab Sabah. Perasmian penangguhan kempen ini akan diadakan pada bulan Ogos 2009. Beberapa aktiviti disusun atur antaranya ialah pertandingan melukis poster, pertandingan pidato dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Ceramah, Lawatan ke Rumah, Teater Muzikal dan akhir sekali pemilihan pelajar mithali setiap bulan. Usaha ini dilakukan adalah untuk memastikan pelajar perdana sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian serta membantu Maktab Sabah dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan memiliki minda kelas pertama.
Kejohanan Olahraga Tahunan Maktab Sabah kali ke 51, tahun 2009 akan diadakan mulai 30 Januari hingga 1 Februari 2009. Kejohanan ini akan disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Tan Seri Pandikar Amin Haji Mulia, Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Majlis penutupan kejohanan akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 1 Februari 2009 jam 1.00 petang. Beberapa acara akhir akan dilangsungkan pada sebelah pagi. Ibubapa pelajar dan masyarakat yang berhampiran dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan tersebut. Adalah diharapkan semoga maklumat yang disampaikan ini membantu pelajar Maktab Sabah dan ibubapa mengetahui aktiviti harian Maktab Sabah.
Kejohanan Merentas Desa Antara Rumah-Rumah Sukan Peringkat Maktab Sabah tahun 2009 berlangsung pada 17 Januari 2009 hari Sabtu yang disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Puan Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG Maktab Sabah. Dalam kejohanan tersebut Rumah Sukan SABAH dinobatkan Juara Keseluruhan dengan mengutip 544 mata, diikuti Rumah GAYA 406 mata , Rumah CHARTER 330 mata dan Rumah COLONY 324 mata. Selain itu, atlet Rumah Sukan SABAH mengungguli semua kategori kecuali bagi kategori Perempuan B, Perempuan C dan Lelaki Terbuka yang masing-masing dimenangi oleh atlet Rumah GAYA dan Rumah CHARTER.
Penyampaian hadiah bagi setiap kategori masing-masing disampaikan oleh Puan Rosiah Liman, PKHEM bagi kategori Lelaki C dan Perempuan C, manakala Puan Hajah Saripah Haji Ghul Hassan, PKP bagi kategori Lelaki B dan Perempuan B. Drs. Hamid Hj. Abd. Rahmat, Pen. Kanan Kokum menyampaikan hadiah bagi kategori Lelaki A dan Perempuan A. Manakala Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua menyampaikan hadiah bagi kategori Lelaki terbuka dan Perempuan Terbuka. Puan Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG selaku perasmi kejohanan menyampaikan hadiah bagi kategori Guru, PIBG & OSCA dan hadiah keseluruhan.
Selepas majlis penyampaian hadiah semua guru dan ibubapa bersama-sama menjamu selera di Bilik Gerakan, Maktab Sabah.
Bagi pihak Maktab Sabah, merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama ibubapa dan khususnya Polis Trafik, Cawangan Kota Kinabalu yang banyak membantu melicinkan kejohanan merentas desa tersebut.
Tuesday, January 13, 2009
Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah mengadakan Program Orientasi Tingkatan 4, mulai 12 Januari hingga 14 Januari 2009. Semua pelajar tingkatan 4, diwajibkan hadir sepanjang program tersebut. Beberapa aktiviti telah disusun atur, antaranya ialah; Ceramah berkaitan dengan Sistem Meritokrasi, Pensijilan Terbuka SPM, Pakej mata pelajaran, Penilaian Kokurikulum,, Refleksi Diri, Teknik Mengingat 'Max Recall',Latihan Dalam Kumpulan, Grooming & Penampilan Diri dan Sisitem Merit Demerit.
Semoga usaha yang dilakukan ini, memberikan ilmu yang bermakna kepada pelajar agar dapat membuat persediaan menduduki SPM tahun 2010. Antara guru-guru yang terlibat memberikan ilmu ialah En. Musli Andalan, Puan Noraisah Aribun, En. Jipanis Suali, En. Syed Mohd Farid Syed Husin, Cik Noor Sabariah Datuk Jasa, Puan Hajah Saripah Hj. Ghul Hassan, En. Sudirman Kananu, Cik Surilla Stimol, En. Hussen Mainih dan guru-guru mata pelajaran bertindak sebagai fasilitator.
Penangguhan program akan disempurnakan oleh Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Maktab Sabah. Selepas penangguhan program, pelajar akan masuk ke kelas dan pengajaran pembelajaran seperti biasa.
Unit Kaunseling Maktab Sabah, merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Seminar Keibubapaan pada 10 Januari 09 yang lalu. Ucapan khusus kepada Datuk-Datuk,Datin-Datin,Tuan-Tuan, Puan-Puan serta yang turut menyumbang secara ikhlas sama ada berbentuk idea, tenaga dan material. Terima kasih juga kepada Mrs. Gracia dari Inti College, Kota Kinabalu dan Ms. Adeline, KDU Kota Kinabalu.
Rakaman terima kasih kepada YDP PIBG, Puan Fatimah Shara Ahmad Noor dan Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Maktab Sabah atas kesudian hadir dalam program tersebut.
Akhir sekali, perkongsian ilmu ini diharapkan membantu pihak sekolah dalam melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.
Sunday, January 4, 2009
HILANG tumpuan menyebabkan mengantuk.

ANTARA masalah yang sering kali menimpa pelajar ialah rasa mengantuk dan tidak dapat memberi perhatian ketika mengikuti kuliah, mendengar ceramah atau mendengar penerangan guru. Ada pula yang berkhayal, bersembang atau mengganggu rakan. Masalah ini dapat dikurangkan jika pelajar mengikuti panduan kemahiran mendengar secara aktif (active listening) yang tersenarai di bawah ini.

1. Kedudukan: Penglihatan anda terhadap guru perlulah jelas dan tidak terhalang. Pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang memautkan perhatian anda dengan guru untuk mendapat maklumat dengan jelas.
2. Maklum balas: Sebagai tanda menunjukkan anda faham, bersetuju atau sebaliknya, anda perlulah memberi maklum balas seperti anggukan kepala, senyuman atau perubahan rawakan air muka dan sebagainya. Hal ini membantu perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan.
3. Berinteraksi: Anda boleh memajukan soalan secara ikhlas tetapi bukan tujuan untuk menguji guru tersebut atau untuk menonjolkan diri tanpa sebab.
Soalan-soalan tersebut biarlah berkaitan dengan topik perbincangan sama ada meminta penjelasan yang lebih kukuh atau memberi pendapat. Anda harus berfikir dahulu sebelum membuat pertanyaan.
Proses berfikir ini mampu mengelakkan anda berkhayal malah menguatkan lagi pendengaran anda. Walau bagaimanapun anda tidak digalakkan mencelah ketika guru itu bercakap agar penyampaian guru tidak tersekat. Anda harus bersabar sehingga sekurang-kurangnya ayat atau isi yang hendak disampaikan oleh guru itu lengkap.
4. Catatan: Catatan bukan sahaja membantu pelajar mengingati semula apa yang dipelajari secara lebih berkesan tetapi juga membantu diri pelajar menumpukan perhatian.
Melalui catatan dengan tidak secara langsung anda sudah mempunyai hubungan atau pautan aliran komunikasi antara anda dan guru. Pautan ini mampu mengelakkan anda daripada berkhayal atau melakukan tindakan yang tidak wajar. Hal ini merupakan penggabungan antara pendengaran dan penulisan yang memberi impak yang baik terhadap proses penumpuan.
Sesungguhnya kaedah pendengaran secara aktif sepertimana yang dicadangkan mampu menguatkan lagi pemahaman anda terhadap topik yang dikemukakan. Pemahaman terhadap sesuatu topik pembelajaran menjadi penggerak ke arah peningkatan usaha. Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Jadilah seorang pendengar yang aktif ke arah penumpuan yang lebih efektif.
PELBAGAI teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan. Salah satu daripadanya dikenali sebagai SQ3R. SQ3R singkatan kepada perkataan Survey (tinjau), Question (soal), Read (baca), Recall (ingat semula), Review (mengulang).
Teknik ini amat sesuai digunakan oleh pelajar ketika membuat rujukan dan mengumpul bahan untuk tujuan penulisan tugasan. Langkah berikut boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan:
Survey (tinjau): Pada tahap ini pelajar hanya perlu membaca secara keseluruhan bahan tersebut termasuk pada bahagian pengenalan, tajuk dan tajuk kecil serta meneliti sebarang carta, gambar, lakaran rumusan serta maklumat lain yang berkaitan secara sepintas lalu. Pelajar tidak perlu mengingat atau menghafal fakta-fakta yang dibaca.
Question (soal): Selepas membaca secara keseluruhan pelajar harus bertanya apa yang diketahui secara kasar? Adakah ia bertentangan dengan pemahaman anda? Adakah isinya berkaitan dengan tajuk atau bahan yang dicari? Apakah yang menarik pada bahan ini ? Adakah fakta-faktanya dapat menyokong tugasan yang dibuat?
Read (baca): Baca pada bahagian-bahagian yang berkaitan sahaja yang dianggap penting dan releven. Bacaan ini adalah hasil daripada apa yang anda telah tinjau dan soal. Sebagai contoh, ketika meninjau anda telah mengenal pasti beberapa carta, lakaran atau maklumat yang penting. Oleh itu bacaan anda perlu tertumpu ke arah ini. Begitu juga keadaannya ketika anda mengemukan soalan. Jika anda dapati soalan-soalan yang dikemukakan hasil daripada pembacaan relevan dengan tugasan yang hendak anda lakukan, maka pembacaan secara menyeluruh harus dilakukan pada bahagian tersebut.
Recall (ingat semula): Mengingat semula dan memahami apa yang dibaca adalah penting untuk tujuan mengumpul fakta. Untuk itu adalah wajar pada peringkat ini pelajar menggaris, mewarna, mencatat nota serta merumus pada bahagian-bahagian yang penting. Anda juga boleh menyebut semula fakta-fakta tersebut secara lisan.
Review (mengulang): Apabila fakta-fakta penting telah dapat dikumpul, maka anda perlu mengulangi bacaannya beberapa kali. Untuk tujuan hafalan jika ia memerlukan anda berbuat demikian, pengulangan perlu dibuat setiap hari pada bahan yang anda kumpulkan itu.
SQ3R sekurang-kurangnya mampu memberi satu halatuju ketika membuat pembacaan serta pengumpulan isi. Tanpa ada sesuatu teknik, pelajar tidak mempunyai fokus dan akhirnya rasa bosan akan menjejaskan tugasan. SQ3R juga sesuai dijalankan secara kumpulan kecil. Walau bagaimanpun penentuan topik serta kesungguhan penyertaan ahli kumpulan adalah faktor yang penting untuk menjayakan teknik pembelajaran ini secara kumpulan.
Tarikh : 5 Januari 2009 (Isnin)

6.40 pagi : Pelajar & Guru berkumpul di Dewan Perdana bagi Perhimpunan Rasmi Sekolah
7.40 pagi : Perhimpunan dijangka selesai. Pelajarbergerak ke kelas yang ditetapkan. (Semua pelajar hendaklah merujuk senarai nama yang dipamerkan di pintu kelas)
8.20 pagi: Pembelajaran & pengajaran seperti biasa. (sila rujuk laman web Maktab Sabah untuk mendapatkan jadual kelas terkini)
Tingkatan 1, menduduki Ujian Diagnostik mp BM,BI,MT,BA,SN
Pada masa ini dijadualkan Program "Pengetua Bersama Ibubapa Pelajar Ting. 1" di Dewan Perdana. Ibubapa diminta mencatat kehadiran pada buku kehadiran yang disediakan.
Tentatif.
i. Ucapan YDP PIBG
ii. Ucapan & Taklimat Pengetua
iii. sesi Soal jawab.
iv.Minum pagi & Bersurai
_______________________________________________________
10.20 pagi : Semua pelajar Tingkatan 4, akan berkumpul di Dewan Perdana bagi sesi Taklimat Khas.
(Pendaftaran on-line hendaklah dibuat sebelum 4 Jan bagi melancarkan proses pendaftaran. Sebarang pembayaran hendaklah dijelaskan oleh pelajar sendiri di kelas masing-masing bersama-sama dengan Guru Tingkatan.
Nota.
semua pelajar yang datang ke sekolah hendaklah berpakaian kemas dan menjaga penampilan diri sesuai dengan imej pelajar perdana.
Sekian dan harap maklum.
Thursday, January 1, 2009
Pertama sekali saya mengucapkan "Selamat Tahun Baru' semoga tahun 2009 menjanjikan kecemerlangan dan kejayaan serta kesihatan yang sempurna kepada semua warga Maktab Sabah, guru-guru, staf sokongan dan juga anak-anak pelajar yang dikasihi.
Sesi persekolahan 2009 akan bermula pada 5 Januari 2009. Waktu persekolahan bermula 6.40 pagi dan dinasihatkan semua pelajar agar dapat datang lebih awal dan aktiviti pertama adalah perhimpunan rasmi sekolah pada jam 6.50 pagi. Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dan guru-guru akan berkumpul di Dewan Perdana bagi mendengar Ucap Utama Puan Pengetua Puan Hajah Nuinda Haji Alias.
Sebaik sahaja perhimpunan tamat dijangka 7.40 pagi, semua pelajar akan masuk ke kelas untuk House keeping dan masa ke tiga pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa. Adalah dinasihatkan agar para pelajar dapat bersedia mengikuti P&P pada hari pertama persekolahan.


Bagi pelajar Tingkatan 1, akan menduduki Ujian Diagnostik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Mathematics, Science, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab & Pendidikan Moral.

Manakala pada jam 8.20 pagi 5 Januari 2009, Majlis Pengetua bersama Ibubapa pelajar Tingkatan 1 pula akan diadakan di Dewan Perdana. Semua ibubapa pelajar Tingkatan 1 dijemput hadir bagi membantu Maktab Sabah melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui usaha permuafakatan yang diadakan ini. Sebaik sahaja tamat Majlis akan disambung untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4, 2009 bagi taklimat persekolahan.

Kepada Pelajar-Pelajar Tingkatan 4, anda dinasihatkan untuk membuat pendaftaran persekolahan secara on-line dengan melayari laman web http://www.maktabsabah.net/ pada atau sebelum 2 Januari 2009, bagi membolehkan urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. Sebarang pembayaran boleh dijelaskan pada 6 Januari 2009 bertempat di kelas masing-masing. Para pelajar dinasihatkan membawa wang secukupnya.

Untuk itu, dinasihatkan agar semua pelajar hadir ke sekolah dalam keadaan berpakaian sekolah yang lengkap, kemas dan penampilan diri yang SMART.

Akhir sekali, semoga paparan ini sedikit sebanyak membantu anak-anak pelajar dan ibubapa pelajar mengetahui sedikit sebanyak aktiviti hari pertama persekolahan di Maktab Sabah.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414