Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Kelihatan Kumpulan Tun Mahathir, bersedia untuk aktiviti eksplorasi alam.

Bersama dengan Barisan Fasilitator terdiri dari pelajar-pelajar Pra U2, bersama dengan pelajar-pelajar Pra U1, 2009.
Pengarah Program Orientasi Pra U1, 2009 Cik Surilla Stimol bersama dengan Puan Noraisah Aribun di Taman Prince Philip Park, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Barisan Fasilitator Pra U2, 2009 bergambar bersama guru.

Di dalam Dewan Perdana, sebelum pelajar diminta bergerak bagi aktiviti eksplorasi alam.

Tarikh : 26 Mei 2009
Pengisian Program : Eksplorace

Sebelum bergerak keluar dari kawasan sekolah pelajar melakukan aktiviti senam aerobik, bagi mengendurkan otot-otot yang tegang. Pergerakan pelajar mengikut kumpulan. Aktivityi minggu ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar Pra U2, 2009. Tersukan semangat juang anda semua.
Monday, May 25, 2009

Di dewan makan, sebaik upacara majlis penutupan. Antara menu ialah kari kepala ikan.

Kelihatan segak, kemas, anggun putera-puteri Maktab Sabah. Dari kiri Hisham, Bryan, Jeorgie, Sharil,Rayvincent, Shazwan, Shaiful, dan Rusheld. Pra U2, yang duduk Mariza, Faezah, Norsauda, dan Rohani.
Bersama dengan Pengetua BTN, En. Abd. Sani Paijo. Turut sama Puan Noraisah (Kaunselor) dan Puan Farhana Mardhiah (KB Sn Mt)
Pegawai-pegawai pengiring Maktab Sabah bersama Pengetua BTN dan Barisan Fasilitator sempena Kursus Bina Negara Asas pada program berkenaan.

Bersama dengan pelajar SMK. Kundasang Norasri dan sahabatnya. Kelihatan En. Abd. Jaid Paki (PK KoKum) dan En. Muhammad Abduhu. Disebelah kanan pelajar- pelajar Maktab Sabah Carmen dan Nurul Hazwanis Mokhtar.

Setelah menghadiri program Kursus Bina Negara Asas di BTN Kundasang, Ranau pada 22 hingga 24 Mei 2009, Maktab Sabah menaruh kepercayaan tinggi, semoga pelajar-pelajar ini terus bermotivasi bagi menempatkan diri dalam golongan-golongan yang terpelajar dan minda kelas pertama. Usaha yang dilakukan adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar Pra U2, berfikir dengan lebih matang demi kecemerlangan diri yang merupakan satu tuntutan dan tanggungjawab dalam merealisasikan hasrat kedua-dua ibubapa. Kepada anak-anak Pra U2, teruskan semangat anda untuk mendapatkan kecemerlangan dan jangan sekali-kali berputus asa. Ingatlah 'dimana ada kemahuan disitu ada jalan'. Setiap halangan dan kekangan jadikan sebagai satu cabaran untuk anda terus mencemerlangkan diri.
Friday, May 22, 2009

Guru Pengiring En. Muhammad Abduhu bersama pelajar di dalam bas.. Perjalanan ke BTN, Kundasang.

Puan Samsiah Almalek (KB Kemanusiaan) dan Puan Farhana Mardhiah Abdullah (KB SnMt), merangkap Pegawai Pengiring.

Sebahagian pelajar. Lokasi di dalam bas SMK. Likas.

En. Jaid Paki, bersama dengan pelajar-pelajar Pra U 2, 2009.

Sesi bergambar di depan Dewan Perdana. Selepas sesi bergambar sedikit taklimat telah diberikan kepada dengan harapan 'Pergi dengan harapan, Pulang dengan Kejayaan. Pelajar-pelajar Pra U 2, 2009 anda adalah harapan ibubapa, guru-guru dan diri sendiri.

Pelajar-pelajar Pra U 2,009 akan menghadiri Seminar Kecemerlangan STPM 2009 bersama dengan pelajar-pelajar SMK. Kundasang Ranau di Biro Tata Negara, Kundasang. Antara pengisian program ialah Ceramah Menjawab Soalan Mata Pelajaran Sejarah, Pengajian Am dan slot motivasi.
Pelajar Maktab Sabah seramai 74 orang akan bertolak jam 8.00 pagi. Rombongan ini diketuai oleh Puan Samsiah Almalek, Ketua Bidang Kemanusiaan. Kepada pelajar-pelajar dinasihatkan rebutlah peluang ini selagi ada kesempatan memperbaiki diri kearah kecemerlangan prestasi akademik.
Tuesday, May 19, 2009

Susasana di dalam dewan peperiksaan Tingkatan 5 Makmur.

Kelihatan pelajar-pelajar tingkatan 2 Tertib, semasa dalam dewan peperiksaan

Pelajar tekun menjawab, walaupun ada sebahagian cuba berfikir jawapan seterusnya. Teruskan usaha anda.

Tarikh : 11 hingga 22 Mei 2009 (Calon Tingkatan 4, SPM & STPM)
: 18 hingga 22 Mei 2009 (Tingkatan 1, 2 dan Calon PMR)

Kepada semua anak-anak pelajar dinasihatkan agar terus berusaha dan mengulangkaji pelajaran bagi memastikan keputusan peperiksaan memuaskan. Semakin besar anda berusaha, maka baiklah keputusan anda, tetapi sekiranya usaha anda sedikit sahaja, keputusan anda juga cukup-cukup makan. Apapun keputusan di tangan anda. Ibubapa dan guru-guru hanya mampu mendorong dan memberi galakan. Andalah peneraju utama kejayaan anda. Cikgu mendoakan kecemerlangan menjadi milik anda semua, anak-anak didik Maktab Sabah.
Jamuan sempena Sambutan Hari Guru yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar
Pra U 1, 2009 bertemapt di Anjung Budi Maktab Sabah.

Pelajar mendengar taklimat berkenaan dengan mata pelajaran di Bilik Gerakan, Maktab Sabah.

Puan Hajah Nuinda Hj. Alias (Pengetua) bersama dengan urusetia program Orientasi berbincang untuk peningkatan dan penambahbaikan program. Kelihatan sama Puan Noraisah dan Cik Surilla Stimol.

Pelajar Pra U 1, 2009 latihan menyanyikan lagu Maktab Sabah di Dewan Perdana.

Aktiviti Ice Breaking. Dari kiri Suzainie, Koay,Nicole, Katty, Vanessa,Nadhirah, Azuraini. Teruskan perjuangan anda.

Tarikh : 11 hingga 12 Mei 2009 - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6
: 13 hingga 22 Mei 2009 - Program Orientasi Pra U
Tempat : Dewan Perdana dan di Bilik Gerakan Maktab Sabah.
Pengisisn Program.
1. Ice Breaking
2. Sambutan Hari Guru
3. Ceramah Sistem Meritokrasi
4. Taklimat Mata Pelajaran P.Am, BM,Sj,Geo,Sv,PP,Eko,SS,Fz,Kim,Mt, Bio, MUET
5. Latihan Dalam Kumpulan
6. Bengkel Resolusi
7. Eksploarsi Alam dan banyak lagi.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan & Kaunseling. Pengarah Program orientasi ialah Cik Surilla Stimol. Justeru, pelajar yang belum mendaftarkan diri diminta untuk mendaftar dengan kadar segera bagi membolehkan anda mengikuti program yang disisn atur. Kepada semua pelajar tingkatan 6, teruskan usaha anda untuk kecemerlangan diri, keluarga, organisasi, agama dan negara.
Monday, May 11, 2009
Tarikh : 11 Mei 2009
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah

Majlis Sambutan dan ucapan 'Happy Mother's Day' buat semua guru-guru di Maktab Sabah yang bergelar ibu. Upacara pemotongan kek disempurnakan oleh Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua. Kelihatan sebahagian guru-guru perempuan yang sempat mengabadikan gambar, kerana pertembungan dengan pengawasan peperiksaan semester 1.

Dari kiri Puan Noraisah (Kaunselor), Puan Hajah Saripah (PKP), Puan Hajah Nuinda (Pengetua), Puan Rosiah (PKHEM), Puan Farhana (KB SnMt), Puan Samsiah (KB Kemanusiaan), Puan Sharifah, Puan Lim, Puan Binti Aminah & Usz. Aida Farha.


Happy Mother's Day. Semoga kecemerlangan Maktab Sabah bertambah baik dari masa ke semasa dibawah kepimpinan ibu-ibu yang tidak mengenal erti jemu dalam membantu melahirkan anak didik untuk cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

Kami di Unit Bimbingan & Kaunseling, sentiasa terus menyokong usaha-usaha seperti ini.
Tarikh : 11 hingga 12 Mei 2009
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tgh

Pelajar-pelajar lepasan SPM 2008, yang berjaya meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 Bawah sesi 2009/2010 diminta mendaftarkan diri sebelum mengikuti sesi persekolahan. Program orientasi Pra- U, akan dilaksanakan pada 13 hingga 22 Mei 2009. Justeru, pelajar yang tersenarai di Maktab Sabah perlu mendaftarkan diri secepat mungkin pada tarikh dan masa yang ditetapkan bagi membolehkan pelaksanaan orientasi berjalan dengan baik dan lancar.

Dibawah adalah gambaran situasi pendaftaran pelajar pada hari tersebut.



Puan Linda Susan Joe & Puan Vivie Gidai bertugas dalam SSDM


Pemantauan dari KB Kemanusiaan, Puan Samsiah Almalek

Pelajar bersama dengan ahli keluarga, sedang menunggu giliran untuk mendaftarkan diri


Bersama dengan petugas pendaftaran iaitu barisan PERTENA serta Penyelaras Tingkatan 6, Puan Dewi Masayu Sugindi. Terima kasih, kepada anak-anak didik PERTENA yang membantu menjayakan majlis pendaftaran tersebut.


Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414