Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Friday, August 21, 2009



Sebahagian pelajar-pelajar dari SMESH

Anak-anak didik Maktab Sabah.
Tarikh : 16 Ogos 2009
Tempat : Lembaga Urusan Tabung Haji Kota Kinabalu
Seramai 20 orang pelajar dari Tingkatan 3 Makmur, Aman & Kerjasama telah mendaftarkan diri untuk menghadiri program Klinik PMR, anjuran bersama Tabung Haji & Berita Harian. Program ini disertai beberapa buah sekolah dari daerah Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar dan Beaufort.
Anak-anak didik Maktab Sabah,manfaatkan ilmu yang diperolehi dalam membantu anda mendapat gred A dalam peperiksaan tersebut.
Thursday, August 13, 2009





Tarikh : 12 Ogos 2009
Hari : Rabu
Masa : 7.00 pagi hingga 12.45 tgh
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Sasaran : Pelajar Tingkatan 5 Makmur, Aman & Kerjasama
Turut membantu : Sdr. Alvin Wilson, Tokoh Pelajar 2007

Antara tujuan perjumpaan pelajar bersama Pengetua iaitu Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, ialah memberikan kesedaran kepada pelajar supaya membuat persiapan rapi dalam usaha mencemerlangkan diri dalam bidang akademik. Selain itu, Pengetua juga mengingatkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang anak, dan khalifah di muka bumi iaitu pemimpin pada diri sendiri. Pada majlis tersebut, cenderamata juga disampaikan kepada Sdr. Alvin Wilson yang sudi membuat perkongsian bestari dengan calon SPM 2009.

Kepada Calon SPM 2009, doa kami guru-guru anda sentiasa bersama anda. Jadi sekarang terpulang pada anda untuk memilih yang mana intan yang mana kaca. 'Dayung sudah di tangan, perahu sudah di atas air, tunggu apa lagi, berkayuhlah dengan penuh semangat sehingga sampai ke destinasi yang diingini.
Monday, August 10, 2009


Seramai 4 orang guru-guru kaunseling dari Negeri Sabah telah berkunjung ke Sunway College pada 6 hingga 7 Ogos 2009. Maktab Sabah diwakili oleh En. Jipanis Suali. Semoga kunjungan ke Sunway College akan mewujudkan hubungan baik antara Maktab Sabah dan institut tersebut dalam usaha membantu memberikan pengetahuan tentang peluang-peluang pendidikan kepada pelajar.
Tuesday, August 4, 2009









Tarikh : 3 Ogos 2009
Hari : Isnin
Masa : 8.45 pagi

Seramai 35 orang guru-guru kaunseling melawat ke Maktab Sabah, Kota Kinabalu sempena Perhimpunan Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Kebangsaan bertempat di Lembaga Urusan Tabung Haji, Negeri Sabah dari tarikh 2 hingga5 Ogos 2009. Rombongan guru-guru ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd. Nawi Jaafar, Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Negeri Kelantan. Rombongan ini disambut oleh Guru-Guru Penolong Kanan dan Guru-Guru Kaunseling serta diberi penghormatan kalungan Selamat Datang oleh Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya Saudara Adam Fu. Antara perkongsian pintar disekolah ini kepada rombongan guru-guru pengiring PRS adalah tentang sejarah dan kecemerlangan sekolah termasuklah kecemerlangan Pembimbing Rakan Sebaya, Maktab Sabah. Selepas itu, rombongan juga dibawa melawat ke Pusat Sumber iaitu di Galeri Muzium dan seterusnya ke Bilik Bimbingan & Kaunseling. Perkongsian pintar diakhiri dengan jamuan makan tengahhari sebelum rombongan guru-guru pengiring bertolak balik ke Kota Kinabalu pada jam 12. oo tengahhari.
Apapun terima kasih diucapkan, dan semoga hubungan serta perkongsian pintar mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak untuk memartabatkan Perkhidmatan BK dan PRS di sekolah masing-masing.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414