Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Monday, September 7, 2009
Tarikh : 7 September 2009
Hari : Isnin
Sasaran : Ting 1, 2, 4 & Pra U1
Ting 3, 5 & Pra U2 (Peperiksaan Percubaan Akhir Tahun - Excel 2)
Pengisian Program.
1. En. Muhammad Abduhu
  • memaklumkan tentang kad jogathon
  • tarikh pelaksanaan jogathon Maktab Sabah.
2. Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua
  • Takziah kepada mendiang Puan Liew Set Yun
  • Minggu peperiksaan bagi Ting 3,5 & Pra U2.
  • Ting 1,2,4 & Pra U1, buat persiapan akhir - ulangkaji
  • Jogathon - melatih pelajar berkomunikasi
  • Masalah disiplin pelajar - melibatkan 3 orang pelajar kejadian pada 18 & 21 Ogos 2009
  • Pengurusan Diri - Motivasi
  • JANGAN ada letupan MERCUN di kawasan sekolah.
  • KB SnM3 - Baru (Puan Yap Kim Pui)
  • Perlantikan Pengawas Sesi 2010 - Tahniah.
Semoga perkongsian maklumat ini dapat membantu pelajar-pelajar mengetahui apa yang disampaikan oleh pihak pentadbir untuk pengetahuan bersama.
Sekian, terima kasih.
Calon SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2010/2011.
Tarikh Pengeposan Borang Ke Bahagian Matrikulasi (Secara Pukal): 10 September 2009 (Khamis, jam 10.00pg)
Tarikh Penghantaran Borang Ke Bilik Kaunseling : 8 September 2009 (Selasa, Jam 12.00 tgh)
Tarikh Pengesahan Pengetua (Borang OMR) : 9 September 2009 (Rabu, Jam 8.00 pg)
Wang Pengeposan : RM3.00 seorang
Kelewatan pelajar mengembalikan borang permohonan, pada tarikh yang ditetapkan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

Sekian, harap maklum.
Dari Meja Guru Kaunseling,
Maktab Sabah.
Thursday, September 3, 2009





Tarikh : 17 Ogos 2009
Hari : Isnin
Masa : 11.20 pagi hingga - 12.30 tgh
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Sasaran : Tingkatan 5 (Makmur, Aman & Kerjasama)
Penceramah : Mr. Eugene Chia.

Pelajar-pelajar yang telah hadir ke program ini, diharapkan mendapat manfaat untuk diri sendiri dan berupaya membuat pilihan selepas menamatkan persekolahan. Unit Kaunseling, Maktab Sabah hanya mampu membantu pelajar untuk menyebarkan semua peluang-peluang pendidikan sama ada di IPTA/S dan tindakan serta pelaksanaan sepenuhnya adalah dari pelajar sendiri.
Harapan kami, guru-guru anda, teruskan usaha supaya anda berpeluang mengikuti jurusan yang anda suka serta cerah peluang kerjaya.




Tarikh : 19 Ogos 2009
Hari : Rabu
Masa : 7.00 pagi
Perasmi : Puan Fatimah Shara Ahmad Noor
YDP PIBG, Maktab Sabah

Pelancaran Jogathon Maktab Sabah disempurnakan sendiri oleh YDP PIBG. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Exco PIBG Maktab Sabah iaitu En. Ismail Yusof dan Puan Nadjillah Ahmad Noor.
Larian Jogathon Maktab Sabah dijangka diadakan pada 24 Oktober 2009. Tempoh kutipan derma sepanjang satu bulan bermula dari tarikh 20 Ogos hingga 21 September 2009. Pelajar-pelajar Maktab Sabah hendaklah memberi komited untuk menjayakan program tersebut. Antara inti ucapan YDP ialah mengingatkan pelajar agar memberikan kerjasama yang baik dalam merencanakan program demi pembangunan modal insan dan fizikal Maktab Sabah, khususnya.
Gambar-gambar diatas diambil sempena majlis pelancaran tersebut.








Tarikh : 14 Ogos 2009
Hari : Jumaat
Masa : 7.00 pagi hingga 9.00 pagi

Maktab Sabah, Kota Kinabalu menerima kunjungan Menteri Pelajaran Singapura. Rombongan Menteri seramai 6 orang. Turut hadir YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Kebudayaan & Alam Sekitar (N) , Yang Berusaha Dr. Kassim Hj. Mohd. Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu dan Yang Dipertua PIBG, Puan Fatimah Shara Ahmad Noor.
Rombongan dibawa melawat ke Bilik Pengetua serta sebahagian Persekitaran Sekolah. Pelajar-pelajar Pra U1, diberi peluang untuk bersama dengan Menteri Pelajaran tersebut.
Wednesday, September 2, 2009
Tarikh : 1 Sept hingga 11 September 2009 - Calon SPM
7 Sept hingga 11 September 2009 - Calon PMR & STPM

Selamat Menduduki Peperiksaan. Kejayaan anda adalah merupakan penggalak dan perangsang diri sendiri dalam menghadapi peperiksaan awam yang bakal anda duduki dalam beberapa hari lagi. Peperiksaan percubaan adalah sebagai satu usaha kepada anda untuk menyiapkan diri agar siap sedia dan membuat persediaan yang cukup bagi merealisasikan slogan 'always number one' menjadi realiti. Kecemerlangan anda semua adalah kebanggaan semua pihak iaitu Diri Sendiri sebagai peneraju utama, Ibubapa sebagai penggalak utama dan guru-guru sebagai fasilitator utama yang membantu anda.
Doa kami kepada semua pelajar calon PMR,SPM dan STPM semoga kejayaan yang cemerlang sentiasa mengiringi anda dalam semua lapangan. Bagi pelajar Tingkatan 1, 2 & 4, buat persiapan dari sekarang bagi memastikan impian diri, ibubapa dan juga guru-guru akan tercapai.
Sesungguhnya tiada harta yang paling bernilai selain dari ilmu pengetahuan. Ingatlah semua ini bukanlah sebagai satu tekanan tetapi sebagai satu tanggungjawab untuk anda membuktikan diri bahawa anda boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama-sama dengan pelajar-pelajar cemerlang.
Teruskan usaha.

Jadual Waktu Exam.
Tingkatan 3.
7 September 2009 : Sejarah & Bahasa Malaysia 1 & 2
8 September 2009 : Bahasa Inggeris 1&2, Pendidikan Islam
9 September 2009 : Matematik 1& 2, Geografi
10 September 2009: K.Hidup & Bahasa Arab. P&P dijalankan spt biasa kecuali 3 Aman
11 September 2009: Sains 1& 2

Pra U2.
7 September 2009 : BM2/SV2/Computing 2, Mt1, Eko.2/SS2/PP2
8 September 2009 : BM1/SV1/Computing 1, Sejarah 2, Bio 2 / Fz 2
9 September 2009 : Sejarah 1, P.Am1
10 September 2009:Geografi 1, Kimia2, P.Am2
11 September 2009: Muet 3, Muet 1, Muet 4
14 September 2009: Bio 1 / Fz 1, Geo 2, Kim 1
15 September 2009: Eko 1/SS1/PP1, Mt2

Tingkatan 5.
1 Sept. 2009 : Pend. Syariah Islamiah 1&2
2 Sept 2009 : Est 1, Bio 1 & 2, PA 1,ICT 1, Pdg2, EA2
3 Sept 2009 : Bio3, Fz1, SS1, SV2,PA2, Rekacipta 1, Kim 1
4 Sept 2009 : Kim2&3,EA1, Pdg1
7 Sept 2009 : Mt 1&2
8 Sept 2009 : Geo1, BAT1, Sej 1&2
9 Sept 2009 : BI 1&2, EST 2
10 sept 2009:BM 1&2
11 Sept 2009:Fz2&3,Sn2,SS2
14 Sept 2009:BAT2,PI 1&2, Peng.Al-Quran&Al Sunnah1, PM
15 Sept 2009:M3T 1& 2, SV1, Kesusasteraan Melayu,Produksi Multimedia1, Geo2.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414