Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, January 26, 2010

20 Sekolah Hebat

Oleh Johari Ibrahim (Berita Harian -26 Januari 2010)




Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

SEKOLAH Kebangsaan Bandar Uda 2, Johor Bahru antara yang terpilih Sekolah Berprestasi Tinggi.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:

  • Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
  • Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
  • SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
  • SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
  • SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
  • SMK (P) St George (Pulau Pinang)


Sekolah Rendah:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
  • SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
  • SK Bukit Damansara (KL)
  • SK Zainab (2) (Kota Bharu)
  • SK Convent Kota (Taiping)
  • SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)


Sekolah diberi autonomi:
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.


Kriteria pemilihan SBT :
  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Melahirkan personaliti unggul.
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.
Ybhg Puan Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG menurunkan tandatangan dalam buku perasmian program.
Antara sebahagian pelajar yang hadir menyaksikan Majlis Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya, Maktab Sabah.


Pemotongan kek simbol perasmian majlis oleh YDP PIBG bersama Pengetua dan PK HEM. Turut sama memerhatikan PKP & PK KoKum

Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang, menurunkan tandatangan dalam buku perasmian program.

Antara sebahagian ibubapa PRS yang hadir menyaksikan majlis tersebut. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Presiden PRS Sdr. Asrafrusdhy Abdullah, menyerahkan Ikrar PRS kepada Puan Pengetua.
Bacaan Ikrar PRS diketuai oleh Sdr. Asrafrushdy Abdullah bersama 42 orang anggota PRS.

Ketibaan Perasmi dan pemakaian bunga roset oleh Sdri. Siti Aisyah Abd. Rahman (Pengawas Sekolah)

Mengabadikan kenang-kenangan bersama barisan pentadbir serta guru-guru yang hadir sama.

Gambar bersama ibubapa pelajar yang hadir ke majlis tersebut


Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama guru-guru PRS

Tarikh : 20 Januari 2010
Hari : Rabu
Masa : 7.00 hingga 10.00pagi
Perasmi : Ybhg Puan Fatimah Shara Ahmad Noor
YDP PIBG Maktab Sabah
Turut Hadir: Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang
SEMUA GURU Penolong Kanan
Barisan Ketua Bidang
SEMUA GURU KAUNSELING & GURU-GURU PENASIHAT PRS
Ibubapa / Penjaga Pelajar
Antara kelas yang turut menyaksikan majlis ini ialah;
1. Kelas Pra U2 (Kem, Sn,PP,IT)
2. Tingkatan 4 Aman & 4 Makmur
3. Tingkatan 2 Mutiara, 2 Aman
4. Tingkatan 1 Aman.

Tahniah kepada PRS Maktab Sabah. 'Leading For Excellence'
Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah menyampaikan ucapan perasmian penangguhan program orientasi Ting. 4, 2010










Tarikh : 11-15 Januari 2010
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Perasmi : Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias
Pengetua Cemerlang, Maktab Sabah
Antara aktiviti program.
1. Pendedahan Konsep Pensijilan Terbuka & Sistem Meritokrasi
2. Grooming
3. Max Recall
4. Persediaan Menghadiri Temuduga
5. Prasyarat Pembelajaran Ke Tingkatan 6
6. Taklimat Disiplin
7. LDK - Kemahiran Penyelesaian Masalah.

Penyampaian Hadiah;
a. Pelajar Terbaik PMR 2009
- Nabihah Nisanto, Norain Jaine, Wan Nur Izzie Wan Ruslim, Shazleen Ahmad, Merlela Madsah, Nor Sofea Ezzaty & Jefferson Jerry

b. Pelajar Terbaik Orientasi
- Kategori Pelajar Lelaki - Sdr. Mohd. Naqiuddin
- Kategori Pelajar Perempuan - Siti Aisyah Abd. Rahman
Monday, January 18, 2010

Amaran hujan lebat di Sabah hingga Selasa

18th January, 2010

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan sederhana kadang kala lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Sabah yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan itu melibatkan bahagian Sandakan (Beluran dan Kinabatangan), Pantai Barat (Kota Belud, Tuaran, Papar, Kota Kinabalu dan Penampang), Beaufort, Kota Marudu dan Lahad Datu.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning sehingga Selasa ini di Tongod, Ranau, Kuala Penyu, Tambunan, Keningau dan Tenom.

Keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh di kawasan tanah rendah berdekatan tebing-tebing sungai, demikian menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan lain, jabatan berkata angin kencang timur/timur laut selaju 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 5.5 meter akan berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan akan berterusan sehingga Jumaat ini.

Angin ini dikategorikan sebagai angin kencang dan laut bergelora peringkat ketiga.

Sementara itu, angin kencang dan laut bergelora kategori kedua daripada jenis yang sama (timur/timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj) dijangka akan bertiup di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu) dan Tioman (Johor Timur dan Pahang) dengan ombak mencecah ketinggian sehingga 4.5 meter.

Keadaan yang sama dijangka turut berlaku di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak, Bunguran, Reef South, Sulu dan Sulawesi.

Berikutan itu, sekitar kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur akan terdedah kepada kenaikan paras air laut.

Ramalan angin kencang bagi kedua-dua kategori itu dijangka berterusan sehingga Jumaat ini dan akan membahayakan semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Saturday, January 9, 2010
Beratur untuk mengambil juadah

Penyelaras Program Puan Noraisah Aribun bersama petugas kaunter pendaftaran. Cikgu Hisna, Cikgu Siti Noorliah, Usz. Mazlin (berdiri) Cikgu Lilly (KB Bahasa) dan Usz. Radhiah

guru-guru yang hebat

Datin Dewil, Cikgu Johairah, Cikgu Morene, Cikgu Suzana dan Cikgu Juelen
Cikgu Mat Julih, Cikgu Jipanis, Cikgu Hillary, Cikgu Mutalib, Cikgu Hussen & Cikgu MUSLI




Wednesday, January 6, 2010
Suasana di dalam kelas
pelajar sedang menduduki ujian diagnostik.
Antara ibubapa yang hadir dalam slot 'bersama ibubapa'

ibubapa tekun memberi perhatian dalam sesi taklimat pada hari pertama persekolahan

Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang, Maktab Sabah memberikan taklimat kepada ibubapa / penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2010 dalam slot 'Bersama Ibubapa Pelajar'

Kelihatan sebahagian dari ibubapa yang hadir sedang menjamu selera di Anjung Budi,
Maktab Sabah

Di meja pendaftaran. Sebahagian ibubapa pelajar sedang menulis nama dan maklumat yang berkaitan dalam rekod kehadiran ibubapa.
Kelihatan ibubapa pelajar komited memberikan tumpuan semasa sesi taklimat.
semasa sesi pendaftaran.

Tarikh : 4 Januari 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Antara Pengisian Program.
-Bacaan Doa oleh Ust. Fadzli Haji Madiah, KB Kemanusiaan
- Sesi Taklimat & Ucapan Alu-Aluan Pengetua
- Ucapan YDP PIBG Puan Fatimah Shara Ahmad Noor.
Selain itu, pelajar-pelajar tingkatan 1, menduduki Ujian diagnostik bagi mata pelajaran BM,M3,Sn,BI & BA.

Adalah menjadi harapan perkongsian dan percambahan minda di hari pertama persekolahan akan membuahkan hasil yang baik kepada pelajar-pelajar yang merupakan pewaris kepada kepimpinan negara.


Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414