Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Friday, May 21, 2010




Seramai 30 orang rombongan dari SMK Abaka, Tawau terdiri dari pelajar-pelajar Pra U2, melawat ke Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Rombongan di bawa ke Dewan Perdana bagi taklimat berkenaan dengan sejarah Maktab Sabah. Manakala guru guru pengiring, bersama dengan PK Pra U, Puan Morene Liew Yen Yen bagi penerangan lanjut tentang pelaksanaan sistem modular. Rombongan juga dibawa melawat sekitar kawasan sekolah yang diiringi oleh pelajar pelajar Pra U1, iaitu pelajar pelajar PRS dan Pengawas Sekolah.
Adalah diharapkan dengan perkongsian bestari memberi rasa kecintaan pelajar terhadap Maktab Sabah dan berupaya bertukar tukar idea dan pandangan dalam memartabatkan pendidikan masing masing.
Wednesday, May 19, 2010




















Tarikh : 12 hingga 21 Mei 2010
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah & Asrama Maktab Sabah
Sasaran : Semua Pelajar Pra U1/2010
Pengisian Program.
1. Taklimat Program
2. Ice Breaking
3. Pengenalan Mata Pelajaran Bersama Pensyarah
4. Ceramah 'Sistem Meritokrasi'
5. Latihan Dalam Kumpulan
6. House Keeping Class
7. Aktiviti 'Telematch'
8. Sambutan 'Hari Guru 2010'
9. Majlis Penangguhan Program
Thursday, May 6, 2010
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
(6 Mei hingga 21 Mei 2010)


Tarikh : 6 Mei 2010 - Pelajar Tingkatan 5 Aman
Tarikh : 7 Mei 2010 - Semua Pelajar Tingkatan 5 dan Pelajar Tingkatan 4
Tarikh : 12 Mei - Semua Pelajar Pra U 2
Tarikh : 13 Mei - Semua Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 2.

Semua pelajar perdana diingatkan untuk hadir sepanjang peperiksaan berlangsung. Ini kerana peperiksaan yang diduduki adalah bertujuan menguji sejauhmana pemahaman pelajar terhadap pelajaran dan pengajaran guru di dalam kelas. Sepanjang peperiksaan, pelajar dikehendaki merujuk jadual peperiksaan bagi membolehkan anda mengulangkaji pelajaran yang sesuai sebaik sahaja pelajar selamat sampai di rumah mahupun di asrama.
Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan sebagai garis panduan.
1. Pastikan tidur awal sebaik mengulangkaji bagi mengelakkan pelajar tertidur di dalam dewan peperiksaan.
2. Bersarapan terlebih dahulu sebelum bertolak ke sekolah.
3. Memastikan datang awal ke sekolah sebelum waktu masuk sekolah
4. Memastikan membawa peralatan tulis yang mencukupi.
5. Membaca dengan baik arahan atau soalan dan memberikan jawapan yang betul.
6. Bagi mengelakkan anda stress, lakukan relaksasi dan membacalah doa .
7. Elakkan berkonflik dengan orang lain.

Semoga sedikiit tips ini, membantu pelajar untuk mententeramkan diri apabila berada di dalam dewan peperiksaan.

Selamat menduduki peperiksaan. Pelajar hari ini, Pemimpin hari esok. 'Leading For Excellence, Born To Win'. Penuhi slogan 'Maktab Sabah always number one'
Kemasukan Pelajar-Pelajar Pra U 1, 2010.

Tarikh : 10 hingga 11 Mei 2010 (Pendaftaran Pelajar Pra U1)
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Masa : 9.00 pagi

Semua pelajar yang terpilih meneruskan pelajaran ke Tingkatan 6, diminta mendaftarkan diri pada tarikh tersebut dengan berpakaian seragam sekolah yang lengkap dan memastikan penampilan diri pelajar yang baik.

Warga Maktab Sabah, mengucapkan 'Selamat Datang untuk sesi pengajian 2010/2011'. Datang dengan harapan, Pulang dengan kejayaan.
Sekian, Harap Maklum

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414