Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Monday, October 25, 2010









Tarikh : 24 Oktober 2010 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi (bertolak dari sekolah) hingga 1.00 petang
Tempat : Lok Kawi Wildlife Park
Seramai 25 orang Pembimbing Rakan Sebaya, Maktab Sabah telah menyertai lawatan ke Lok Kawi Wildlife Park, yang merupakan aktiviti terakhir PRS Maktab Sabah, tahun 2010. Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengetahui tentang spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di park tersebut. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk mengetahui peluang - peluang pekerjaan yang ada ditempat ini.
Rombongan ini turut dihadiri oleh seramai 3 orang guru iaitu En. Musli Bin Andalan, Puan Noraisah Aribun, dan Puan Siti Norkiah Ramin. Turut sama ialah En. Yusri Yusof, AKS Maktab Sabah dan En. Azman Jiran (Suami Puan Noraisah).
Pada awalnya rombongan ini dijangka disertai seramai 50 orang PRS, tetapi oleh kerana PRS tingkatan 4 menduduki peperiksaan akhir tahun pada 25 Oktober , maka penyertaan pelajar tersebut tidak diwajibkan. Berikut disenaraikan nama - nama PRS yang menyertai lawatan ini iaitu;
  • Pra U2.
Sdr. Asrafrusdhy Datuk Abdullah, Sdr. Shami Alidin, Sdr. Sheldon, Sdr. Rozaini, Sdr. Axel, Sdr. Husnul Muqsit, Sdri. Dyana Omar, Sdri Suzaini dan Sdri Megavani.
  • Tingkatan 5
Sdri. Suhaila Salleh dan Sdri Shahira Yacob

  • Tingkatan 4
Sdr Ammar Firdaus, Sdri Sakinah Salman dan Sdri Syaza Nabila Rahman
  • Tingkatan 3
Sdri. Hanis Syamimi Harun, Sdri Eshal Falisha , Sdri Noratiqah Khan
  • Tingkatan 2
Sdri Nabihah Ezzati Musli, Sdr Wan Zul Izrie Wan Ruslim, Sdr Aqil,
  • Tingkatan 1
Sdr. Shah Rythm, Sdr Hafizudin, Sdr. Asraf .

Keseluruhannya ucapan terima kasih kepada Presdien PRS iaitu Sdr Asrafrusdhy Datuk Abdullah dan jawatan kuasanya yang telah berusaha sebaik mungkin dalam memartabatkan Pembimbing Rakan Sebaya. Ucapan terima kasih juga kepada pihak pentadbir Maktab Sabah yang memberi sokongan dan galakan dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh PRS.
Wednesday, October 13, 2010

Bersama Dr. Balasandran, Pensyarah IAB (duduk). Dari kiri Cikgu Jurati (GC SMK. Merotai), Cikgu Lim (GC KK High), En. George (Pensyarah Cemerlang IPG), Cikgu Musli (GCBK, Maktab Sabah),Cikgu Ong (GC KK High) dan Cikgu Chin (GC SMK. Taman Tun Fuad)


En. Ag Kiat Sawal, Guru Bahasa Inggeris SK. Binsulok, Membakut sedang tekun melengkapkan borang coaches dan dibantu oleh sahabat saya Cikgu Sahibil Abd. Kahar, GC IT.

Tarikh : 13 hingga 14 Oktober 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat BPG, Kota Kinabalu
Tujuan perjumpaan kali ini adalah untuk membolehkan setiap coach SISC memberikan refleksi dan laporan berkenaan dengan dapatan lawatan di sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti. Disamping itu, Dr. Balasandran juga membimbing coach SISC dalam melengkapkan borang yang perlu dihantar ke Bahagian Kualiti Guru, Putrajaya.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414