Saturday, December 31, 2011

Orientasi Tingkatan 1, 2012










Tarikh : 28 hingga 30 Disember 2011
Hari : Rabu hingga Jumaat
Tempat : Dewan Perdana Maktab Sabah
Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling

Seramai 250 orang murid Tingkatan Satu 2012 telah menyertai Program Orientasi yang diadakan selama 3 hari. Program ini disempurnakan perasmiannya oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah. Beberapa aktiviti dilaksanakan antaranya ialah taklimat disiplin, peluang semasa belajar di Maktab Sabah, aktiviti kembara alam yang dijayakan oleh Majlis Kepimpinan Pelajar iaitu MPP Pra U, PRS Pra U, PRS Perdana, Pengawas Sekolah dan Pengawas Asrama. Turut sama membantu ialah Saudara Ammar Firdaus Hussin, mantan Timbalan Presiden PRS 2010/2011 dan Saudara Mohd Haziq Alias iaitu bekas pelajar SPM 2011.
Dalam program tersebut pelajar diagihkan sebanyak 13 buah kumpulan yang masing-masing dibantu oleh fasilitator terdiri dari Majlis Kepimpinan Pelajar yang diketuai oleh Saudara Husni Rasyidin Sarbini Ketua Pelajar Lelaki dan Saudari Nur Fathinie Ismail Ketua Pelajar Perempuan. Beberapa anugerah turut disampaikan pada majlis tersebut antaranya ialah peserta terbaik orientasi keseluruhan yang diberikan kepada Amir Iskandar, Mohd Qhairie Abd. Soud, Mohd. Haikal Mahmuda.
Unit Bimbingan dan Kaunseling, merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat khususnya ibubapa pelajar Tingkatan 1, semua ahli jawatan kuasa yang turun padang, bekas-bekas pelajar Maktab Sabah serta Majlis Kepimpinan Pelajar. Semoga usaha yang dilakukan ini membantu murid Tingkatan 1, agar menghadapi hari persekolahan dengan baik dan dapat mengikuti pengajaran pembelajaran dengan sempurna.

Sunday, December 25, 2011

Bicara Hati

Unit Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sabah mengingatkan kepada semua calon SPM dan calon STPM untuk membeli pin UPU di kaunter BSN, bagi mengemukakan permohonan Fasa 1 kemasukan ke IPTA sesi 2012/2013 dengan melayari Laman Web Kementerian Pengajian Tinggi.

Kepada calon PMR 2011, diucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan dalam peperiksaan PMR. Anda juga diminta untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke SBP ataupun ke sekolah Teknik. Untuk keterangan lanjut, pelajar boleh melayari Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendaftaran pelajar untuk ke Tingkatan 4 sesi 2012 dijadualkan pada 3 Januari 2012 (Selasa) bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00pagi.

Bagi pelajar Tingkatan 1, 2012 program orientasi akan diadakan pada 28 hingga 30 Oktober 2012. Pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan dikehendaki hadir untuk menyertai aktiviti yang disusun atur. Penglibatan pelajar dalam program ini amat diharapkan. Sebarang kemusykilan sila berhubung terus dengan pihak pengurusan sekolah.



Thursday, November 17, 2011

Tip Bangkit Dari Kegagalan

HIDUP INI TIDAK SEMUANYA INDAH DAN HARI SURAM JUGA MENJADI SEBAHAGIAN DIARI KITA. DI KALA DIRI DILANDA KEGAGALAN, KITA AKAN BERMURUNG SEHINGGA HILANG KEYAKINAN DIRI. DIBAWAH INI DIKONGSIKAN TIP PENYELESAIAN UNTUK MENGATASI KEGAGALAN HIDUP. SIAPA TAHU TIP INI DAPAT MEMBANTU KITA MEMBINA KEJAYAAN KELAK.

1. Lakukan Aktiviti Menyeronokkan


Ramai yang tidak tahu, emosi kita berkait rapat dengan pengeluaran hormon serotonin. Ketika pengeluarannya meningkat, kamu diselubungi perasaan positif seperti gembira dan bersemangat. Namun saat mengalami kegagalan, pengeluaran hormon tersebut akan berkurangan. Ketika inilah perasaan negatif akan menguasai dirimu. Bagi mengatasi penurunan kadar hormon ini, pakar psikologi menyarankan kamu melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berdamping dengan orang tersayang. Cara ini akan meningkatkan kadar hormon serotonin dan mengembalikan aura positif dalam diri kamu.

2. Bersosial


Usah mengurung diri dengan memendam rasa sebaliknya kamu digalakkan berinteraksi dengan orang di sekeliling. Perbuatan mengasingkan diri atas alasan untuk menyendiri akan membuatkan kamu lebih tertekan dan cenderung menyalahkan diri sendiri atas kegagalan yang berlaku. Aktiviti sosial yang sihat akan membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan hormon oksitosin yang membuatkan kamu kembali bersemangat. Sokongan moral daripada keluarga dan teman-teman akan membuatkan kamu rasa dihargai dan bermotivasi untuk terus memburu kejayaan.

3. Berfikiran Positif


Tidak dinafikan, kegagalan akan mengganggu kestabilan emosi dan mental kamu. Ubat paling mujarab, kamu harus melihat kegagalan ini dari sudut positif. Dugaan ini akan mematangkan kamu merencana masa depan dengan lebih baik. Jadikan ia sebagai pengajaran dan ceriakan diri kamu dengan sikap humor. Cara ini akan membuatkan kamu tenang dan orang di sekeliling kagum dengan ketabahan yang kamu miliki.

4. Bersikap Terbuka


Ketepikan ego dan terima hakikat kegagalan yang dialami tapi jangan sesekali membiarkan ia melemahkan kamu. Bina kembali keyakinan diri dan bersikap terbuka menerima kritikan, teguran atau nasihat daripada orang lain. Ingat! Kegagalan sering terjadi kepada golongan yang pesimis, ego dan berfikiran sempit.

5. Usah Menyalahkan Diri & Orang Lain


Usah menyalahkan diri atau sesiapa atas kegagalan yang berlaku. Tidak perlu mencari pesalah tapi amat penting untuk kamu menganalisis punca kegagalan agar kamu tidak mengulangi kesilapan yang sama.

6. Sokongan Keluarga & Teman


Saat menghadapi kesukaran begini, sokongan keluarga dan teman-teman sangat diperlukan agar dapat meringankan beban yang kamu tanggung. Setiap insan perlukan perhatian, kasih sayang dan motivasi agar mereka dapat meneruskan hidup dengan gembira.

7. Jaga Kesihatan


Hakikatnya, ramai remaja yang cenderung menyeksa diri sehingga mereka jatuh sakit seperti enggan makan atau terus-terusan mendera emosi dengan menyalahkan diri sendiri atas segala yang berlaku. Sepatutnya dalam keadaan sukar, kamu mesti lebih prihatin menjaga kesihatan dan mengalih perhatian dengan melakukan aktiviti riadah atau hobi baru. Kajian menunjukkan aktiviti fizikal seperti bersukan atau berkebun dapat mengurangkan tekanan.

8. Humor


Ketawa adalah penawar kegagalan atau kesedihan. Usah terus-menerus bermuka masam kerana ia hanya menambah tekanan. Kamu disarankan bergaul dengan teman-teman yang pandai berlawak, malah kamu juga boleh membuat humor. Cara ini akan mengembalikan keceriaan di wajah kamu dan menstabilkan emosi yang terganggu.

9. Luah Perasaan


Usah malu meluah isi hati atau masalah kepada insan yang kamu percayai. Cara ini sangat efektif mengurangkan kekecewaan yang kamu alami. Tapi jika kamu berasa tidak selamat membuka rahsia diri kepada orang lain, apa kata kamu luahkan segala yang membelenggu diri dengan cara menulis diari. Luahkan apa yang terbuku tanpa ada batasan kerana diari adalah hak peribadi kamu.

10. Gali Potensi Diri


Insan di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jika kamu gagal dalam satu bidang ia bukan bererti hidup kamu mengalami kegagalan secara keseluruhan. Apa kata, kamu gali potensi diri dengan mencuba bidang baru. Misalnya jika sebelum ini kamu tidak menyerlah dalam bidang penulisan, apa kata kamu mencuba penyiaran. Siapa tahu kamu lebih menyerlah sebagai penyampai berbanding penulis

Sumber

Daripada Majalah Remaja 2011

‘Wahai Anak Dengarlah Keluhan Bonda’

SEMPENA Hari Ibu, marilah wahai anak dengarlah suara hati ibumu ini: Wahai anakku, bertahun-tahun berlalu dan tahun itu adalah kebahagiaan dalam kehidupanku.

Satu ketika dulu doktor datang menyampaikan khabar berita kehamilanku, diri ini bercampur rasa gembira dan bahagia. Semenjak berita gembira itu, aku membawamu ke mana-mana saja selama sembilan bulan.

Tidur, berdiri, makan dan bernafas dalam kesulitan, tetapi semua itu tidak mengurangi cinta dan kasih sayangku kepadamu bahkan ia tumbuh bersama berjalannya waktu.

Aku mengandungkanmu, wahai anakku! Aku begitu gembira tatkala berasakan melihat terajang kakimu dan balikan badanmu di perutku.


Aku berasa puas setiap aku menimbang diriku kerana semakin hari semakin bertambah berat perutku bererti engkau sihat dalam rahimku.


Penderitaan yang berpanjangan menderaku, sampailah saat itu ketika fajar pada malam berkenaan aku tidak dapat tidur atau memejamkan mataku barang sekejap.

Aku berasakan sakit tidak tertahan dan rasa takut yang tidak dapat dilukiskan. Sakit itu terus berlanjutan sehingga membuatku tidak dapat lagi menangis.

Sebanyak itu pula aku melihat kematian menari-nari di pelupuk mataku hingga tibalah waktunya engkau keluar ke dunia. Engkau pun lahir...tangisanku bercampur dengan tangismu.

Semua itu, sirna keletihan dan kesedihan. Hilang semua sakit dan penderitaan malah kasihku padamu semakin bertambah dan bertambah.

Aku peluk dan cium dirimu sebelum meneguk satu titis air yang ada di kerongkonganku. Wahai anakku...sudah berlalu tahun daripada usiamu, aku membawamu dengan hatiku dan memandikanmu dengan kedua-dua tangan kasih sayangku.

Sari pati hidupku kuberikan kepadamu. Aku tidak tidur demi tidurmu, berletih demi kebahagiaanmu. Harapanku pada setiap hari; agar aku melihat senyumanmu.
Kebahagiaanku setiap saat adalah celotehmu dalam meminta sesuatu agar aku berbuat sesuatu untukmu...itulah kebahagiaanku!

Kemudian, berlalulah waktu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Selama itu pula aku setia menjadi pelayanmu yang tidak pernah lalai, menjadi dayangmu yang tidak pernah berhenti, dan menjadi pekerjamu yang tidak pernah mengenal lelah serta mendoakan selalu kebaikan dan taufik untukmu.

Aku selalu memperhatikan dirimu hari demi hari hingga engkau menjadi dewasa. Badanmu yang tegap, kumis dan jambang tipis yang menghiasi wajahmu menambah ketampananmu.

Tatkala itu aku mulai melirik ke kiri dan ke kanan demi mencari pasangan hidupmu. Semakin dekat hari perkahwinanmu, semakin dekat pula hari kepergianmu.

Saat itu pula hatiku mulai serasa terhiris, air mataku mengalir, entah apa rasanya hati ini. Bahagia bercampur dengan duka, tangis bercampur pula dengan tawa.

Bahagia kerana engkau mendapatkan pasangan dan sedih kerana engkau pelipur hatiku akan berpisah denganku. Waktu berlalu seakan-akan aku menyeretnya dengan berat.

Kiranya setelah perkahwinan itu aku tidak lagi mengenal dirimu, senyummu yang selama ini menjadi pelipur duka dan kesedihan, sekarang sirna bagaikan matahari yang ditutupi kegelapan malam.

Tawamu selama ini ku jadikan buluh perindu, sekarang tenggelam seperti batu yang dijatuhkan ke dalam kolam yang hening, dengan dedaunan yang berguguran.

Aku benar-benar tidak mengenalmu lagi kerana engkau sudah melupakanku dan melupakan hakku. Terasa lama hari-hari yang ku lewati hanya untuk ingin melihat rupamu.

Detik demi detik ku hitung demi mendengarkan suaramu. Akan tetapi penantian ku rasakan sangat panjang. Aku selalu berdiri di pintu hanya untuk melihat dan menanti kedatanganmu.

Setiap kali berderit pintu aku menyangka engkaulah orang yang datang itu. Setiap kali telefon berdering aku rasa engkaulah yang menelefon.

Setiap suara kenderaan yang lewat aku rasa engkaulah yang datang. Akan tetapi, semua itu tidak ada. Penantianku sia-sia dan harapanku hancur berkeping.

Yang tersisa hanyalah kesedihan daripada semua keletihan yang selama ini kurasakan. Sambil menangisi diri dan nasib yang memang ditakdirkan oleh-Nya.

Anakku...ibumu ini tidaklah meminta banyak dan tidaklah menagih kepadamu yang bukan-bukan. Yang ibu pinta, jadikan ibumu sebagai sahabat dalam kehidupanmu.

Jadikanlah ibumu yang malang ini sebagai pembantu di rumahmu, agar dapat juga aku menatap wajahmu, agar Ibu teringat pula hari-hari bahagia masa kecilmu.

Dan Ibu memohon kepadamu: Nak! Janganlah engkau memasang jerat permusuhan denganku, jangan buang wajahmu ketika ibu hendak memandang wajahmu!

Yang ibu tagih kepadamu, jadikanlah rumah ibumu, satu tempat persinggahanmu agar engkau dapat sekali-kali singgah ke sana sekalipun hanya satu detik.

Jangan jadikan ia sebagai tempat sampah yang tidak pernah engkau kunjungi atau sekiranya terpaksa engkau datangi sambil engkau tutup hidungmu dan engkau pun berlalu pergi.

Wahai anakku, setiap kali aku mendengar engkau bahagia dengan hidupmu, setiap itu pula bertambah kebahagiaanku. Bagaimana tidak, engkau buah daripada kedua-dua tanganku, engkaulah hasil keletihanku.

Engkaulah laba daripada semua usahaku! Kiranya dosa apa yang kuperbuat sehingga engkau jadikan diriku musuh bebuyutanmu? Pernahkah aku berbuat khilaf dalam salah satu waktu selama bergaul denganmu atau pernahkah aku berbuat lalai dalam melayanimu?

Wahai anakku! Aku hanya ingin melihat wajahmu dan aku tidak mengingin yang lain. Wahai anakku! Hatiku terhiris, air mataku mengalir sedangkan engkau sihat.

Orang sering mengatakan engkau seorang lelaki baik, dermawan dan berbudi. Anakku...Tidak tersentuhkah hatimu terhadap seorang wanita tua yang lemah, tidak terenyuhkah jiwamu melihat orang tua renta ini, ia binasa dimakan rindu, berselimutkan kesedihan dan berpakaian kedukaan?

Bukan kerana apa-apa? Akan tetapi hanya kerana engkau berhasil mengalirkan air matanya...Hanya kerana engkau membalasnya dengan luka di hatinya... hanya kerana engkau pandai menikam dirinya dengan belati derhakamu tepat menghujam jantungnya...hanya kerana engkau berhasil pula memutuskan tali silaturahim?

Wahai anakku, ibumu inilah sebenarnya pintu syurga bagimu. Maka titilah jambatan itu menujunya, lewatilah jalannya dengan senyuman yang manis, pemaaf dan balas budi yang baik.

Semoga aku bertemu denganmu di sana dengan kasih sayang Allah seperti hadis: “Orang tua adalah pintu syurga yang di tengah.

“Sekiranya engkau mahu, maka sia-siakanlah pintu itu atau jagalah!” (Hadis riwayat Ahmad). Akan tetapi, anakku! Mungkin ada satu hadis yang terlupakan olehmu! Satu keutamaan besar kamu lalai iaitu Nabi s.a.w yang mulia bersabda: Daripada Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, amal apa yang paling mulia?

Beliau berkata: “Solat pada waktunya”, aku bertanya: “Kemudian apa, wahai Rasulullah?” Beliau berkata: “Berbakti kepada kedua-dua orang tua”, dan aku bertanya: “Kemudian, wahai Rasulullah!” Beliau menjawab, “Jihad di jalan Allah”, lalu beliau diam. Sekiranya aku bertanya lagi, nescaya beliau akan menjawabnya. (Muttafaqun ‘alaih).

Anakku, yang aku cemaskan terhadapmu, yang aku takutkan bahawa jangan-jangan engkaulah yang dimaksudkan Nabi s.a.w dalam sabdanya: “Merugilah seseorang, merugilah seseorang, merugilah seseorang”, Rasulullah ditanya: “Siapa dia, wahai Rasulullah?, Baginda menajwab: “Orang yang mendapatkan kedua-dua ayah ibunya ketika tua, dan tidak memasukkannya ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim).

Anakku...Aku tidak akan angkat keluhan ini ke langit dan aku tidak adukan duka ini kepada Allah kerana sekiranya keluhan ini membumbung menembus awan, melewati pintu langit, maka akan menimpamu kebinasaan dan kesengsaraan yang tidak ada ubatnya serta tidak ada tabib yang dapat menyembuhkannya.

Aku tidak akan melakukannya, nak! Bagaimana aku melakukannya sedangkan engkau jantung hatiku... Bagaimana ibumu ini kuat menengadahkan tangannya ke langit sedangkan engkau adalah pelipur laraku.

Bagaimana ibu tegar melihatmu merana terkena doa mustajab, padahal engkau bagiku adalah kebahagiaan hidupku. Bangunlah, nak! Uban sudah mulai merambat di kepalamu.

Akan berlalu masa hingga engkau akan menjadi tua pula, dan engkau akan memetik sesuai dengan apa yang engkau tanam... Aku tidak ingin engkau nantinya menulis surat yang sama kepada anakmu, engkau tulis dengan air matamu sebagaimana aku menulisnya dengan air mata itu kepadamu.

Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah dan pada ibumu, peganglah kakinya! Sesungguhnya syurga di kakinya.


Sumber Daripada

Tazkirah Remaja
Mohd.Zawawi Yusoh

Takzirah Remaja: Jangan jadi macam unta Arab

TENTUNYA kita pernah sangat melihat unta di kaca televisyen dan filem.

Kepada yang pergi ke zoo pasti tidak akan melepaskan peluang melihat unta dengan lebih dekat.

Apa yang kita tahu unta ini lahir di negara Arab. Ia lahir di Arab, hidup di Arab bahkan mungkin mati pun di negara Arab. Tetapi ia tidak boleh berbahasa Arab, betulkan? Memanglah binatang mana boleh bercakap.

Sebenarnya penulis buat cerita unta itu sebagai kiasan kita lahir dari rahim ibu yang Muslimah, ayah juga Muslim, kita lahir di negara dengan majoriti penduduk Islam, di besarkan menjadi anak Muslim, kita sekolah di sekolah Muslim, kita besar menjadi remaja Muslim.’


Identiti kita juga menyebutkan bahawa kita seorang Muslim. Ijazah kita Muslim, baju yang kita kenakan juga baju Muslim, dan insya-Allah, kelak ketika kita kembali kepada Allah, kita akan mati di negara yang sekali lagi penduduknya majoriti Muslim.


Apa yang agak kelakar ialah kita ini sebagai Muslim dan ada pasport Muslim, tetapi yang sedihnya ada antara kita yang tidak tahu apa itu Islam.

Kita tidak boleh membaca kitab suci orang Islam, kita tidak tahu siapa nabi umat Islam, kita tidak tahu hukum Islam, kita tidak tahu apa yang diperintah dan dilarang Islam.

Bukankah kita seperti unta arab tadi, yang lahir dan besar dan Insya-Allah meninggal pun berada di tengah-tengah Muslim, tetapi tidak mengerti dan tidak mengenal Islam.

Penulis bukan menuduh, tetapi sekadar bermuhasabah agar kita lebih prihatin kepada anak cucu kita yang sedang membesar kerana nampak sangat akhir-akhir ini Islam menjadi dagang tidak dikenali oleh penganutnya sendiri.

Islam bukan hanya sekadar agama. Islam adalah jalan hidup kita menuju puncak kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dan ketika kita sudah bersyahadat, isytiharkan diri sebagai orang Islam, maka sebagai kesinambungannya kita wajib menjadikan Islam sebagai cara hidup dan panduan untuk melangkah.

Ia termasuk bagaimana kita berpakaian, berniaga, berpolitik, berumah tangga, berhubung sesama manusia. Semua kena ikut cara tuhan bukannya ikut cara kita.

Sebaik mana pun peta yang kita miliki, secanggih apapun kompas yang kita pegang, tetapi kalau kita tak tahu menggunakannya boleh jadi peta dan kompas itu menjadi tidak berharga lagi bagi kita.

Islam pun begitu, dalam setiap solat, kita memohon kepada Allah: “Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan para anbia, jalan para syuhada, jalan orang-orang yang mendapat redanya.”

Tetapi kita tidak atau kurang menyedari bahawa apa yang kita minta itu sesungguhnya ada di hadapan kita iaitu al-Quran dan Sunnah.

Ini adalah peta kehidupan yang dibuat oleh Allah untuk memandu kita menapak setiap jengkal langkah kita dalam menjalani kehidupan ini.

Al-Quran dan Sunnah adalah kompas yang dijamin seratus peratus benar dan tepat oleh Allah. Setiap solat kita memohon diberi petunjuk ke jalan yang lurus, padahal petunjuk kepada jalan yang lurus itu sudah ada. Hanya kita yang tidak atau belum boleh memahaminya.

Kita tidak akan dapat memahami dan menggunakan al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman dan panduan hidup kita. Ibarat hari ini kita merasa belum lengkap seperti tidak lagi membaca e-mel, maka kita mesti gelisah jika kita masih belum baca Al-Quran.

Begitu juga rasa tidak selesa kita kalau tidak bersembang sehari, asyik tunggu mesej saja, asyik tengok telefon saja, tetapi Al-Quran kenapa kita tidak tengok dan baca.

Kalau hari ini kita merasa belum lengkap kerana belum mengemas kini status facebook, sepatutnya juga kita berasa cemas kalau kita belum ‘mengemas kini’ bacaan Al-Quran kita.

Kalau hari ini kita merasa belum lengkap kerana belum dapat membaca SMS teman, maka semestinya kita lebih cemas ketika kita belum membaca ‘pesanan’ Allah yang terakam dalam Al-Quran.

Jadi tidak hairanlah kalau masih ramai orang Islam laksana unta Arab lahir dari rahim Islam, dibesarkan dalam lingkungan Islam, sekolah Islam, kuliah Islam tetapi masih tidak boleh membaca Al-Quran, apalagi untuk menggunakannya sebagai panduan dalam kehidupannya.

Sememangnya kita bukannya unta. Justeru, sebagai seorang Muslim kita perlu tahu, faham dan mengerti apa itu Islam dan bagaimana menggunakannya dalam kehidupan kita.

Salah satu caranya dengan membaca dan memahami al-Quran iaitu menjadikan al-Quran sebagai menu wajib bagi kita untuk dalam melalui hari-hari dalam kehidupan kita apa lagi kita sudah dekat dengan bulan al-Quran.

Sumber Daripada.
Mohd.Zawawi Yusoh

Tuesday, November 15, 2011

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah, 2010

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Sabah tidak terkecuali mengadakan program 'Belia Benci Dadah'. Beberapa agensi turut sama mengadakan pameran antaranya ialah PEMADAM, Pusat SERENTI dan Jabatan Narkotik. Selain itu, pelajar juga disajikan dengan aktiviti kuiz selepas ceramah dari PDRM.


video

Zikir Munajat , Al- Fatihah

video

Program Orientasi Tingkatan 1, 2012

Tentatif Program Orientasi Tingkatan 1, 2012

Bil

Perkara

Tindakan

Tarikh : 28 Disember 2011

Hari : Rabu

7.00 pagi

Pendaftaran Pelajar

Usz. Mazlin Musa & JK Pendaftaran

8.00 pagi

Taklimat Program

Ice Breaking ‘ I Like Sabah College’

En. Musli Bin Andalan

Puan Noraisah Aribun

9.00 pagi

Apa Saya Pelajari Di Ting. 1

KB Kemanusiaan

Ust. Mohd. Fazli Madiah

10.00 pagi

‘Saya Berdisiplin, Saya Cemerlang’

Cik Surilla Stimol

10.00 pagi

Hingga

10.20 pagi

REHAT

Keselamatan & Disiplin

11.20 pagi

Apa Bimbingan & Kaunseling (BK) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Boleh Bantu Saya Cemerlang

En. Jipanis Suali

12.20 tgh

‘Bagaimana KoKurikulum Bantu Saya Cemerlang’

En. Abd. Jaid Paki

1.00 petang

Bersurai

Tarikh : 29 Disember 2011

Hari : Khamis

8.00 pagi

‘Buku Ku, Ilmu Ku’

Cik Cindy Soh Suk Phing

8.30 pagi hingga 12.00 pagi

Jungle Tracking

JK Jungle Tracking

1.00 petang

Bersurai

Tarikh : 30 Disember 2011

Hari : Jumaat

8.00 pagi

Persiapan Majlis Penangguhan Program

o New Collegian Reflection

Penyelaras Program

Tim. Penyelaras

9.00 pagi

Majlis Penangguhan Program

o Ketibaan Pengetua

o Ketibaan YDP PIBG

o Lagu Negara Ku, Sabah Tanah Air Ku & Maktab Sabah

o Bacaan Doa

o Ucapan Wakil Pelajar

o Ucapan Pengetua

o Ucapan Perasmian Program

o Tayangan Multimedia

o Penyampaian Sijil Penyertaan Program

o Sesi Bergambar

Semua JK Program

Juruacara Program

11.00 pagi

Majlis Bersurai

Ibu bapa pelajar masing-masing

Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah akan mengadakan majlis suai mesra kepada pelajar Tingkatan 1, 2012 bermula 28 hingga 30 Disember 2011. Sehubungan itu, semua pelajar Tingkatan 1, 2012 yang telah mendaftar di Maktab Sabah diwajibkan hadir bagi mengikuti program orientasi tersebut. Usaha yang dilakukan ini adalah untuk membolehkan pelajar Tingkatan 1, lebih bersedia mengikuti pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah menjelang Tahun 2012.

Ibubapa atau penjaga pelajar yang ingin mengemukakan cadangan dan pendapat boleh berhubung terus kepada Cikgu. Musli Bin Andalan -0138693519, Cikgu Noraisah Aribun - 0178317348 atau Cikgu Jipanis Suali - 0138616591 untuk keterangan lanjut. Selain itu, ibubapa / penjaga boleh juga menyuarakan pandangan dan idea pada ruang 'komen' paparan berita ini.

Sekian dan harap maklum.

Daripada

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

Maktab Sabah, Kota Kinabalu

Wednesday, October 5, 2011

SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3, MAKTAB SABAH

Rujukan Kami : MS(KK)/P/01/010

Tarikh : 22 September 2011

Ibu bapa / Penjaga Pelajar

Tingkatan 3

Maktab Sabah

Kota Kinabalu.

Datuk/Datin/Tuan/Puan,

PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 4 HINGGA 11 OKTOBER 2011.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berlangsung pada 4 hingga 11 Oktober 2011 seperti ketetapan berikut;

TARIKH

MASA

MATA PELAJARAN

4 Okt 2011

(Selasa)

08.10 – 09.10 pagi

09.50 – 11.50 pagi

02.30 – 04.30 petang

Bahasa Melayu 1

Bahasa Melayu 2

Pendidikan Islam 1

5 Okt 2011

(Rabu)

08.10 – 09.10 pagi

09.50 – 11.20 pagi

02.30 – 03.45 petang

Bahasa Inggeris 1

Bahasa Inggeris 2

Geografi

6 Okt 2011

(Khamis)

08.10 – 09.10 pagi

10.30 – 12.00 tgh

02.30 – 03.45 petang

Science 1

Science 2

Sejarah

7 Okt hingga 9 Okt 201

(Jumaat hingga Ahad)

Pelajar membuat persediaan bagi mata pelajaran untuk hari seterusnya.

10 Okt 2011

(Isnin)

08.10 – 09.25 pagi

10.40 – 12.25 tgh

02.30 – 04.00 petang

Mathematics 1

Mathematics 2

KHB – Kemahiran Teknikal

KHB – ERT

KHB – Perdagangan & Keusahawanan

11 Okt 2011

(Selasa)

08.10 – 10.40 pagi

08.10 – 09.25 pagi

11.10 – 12.10 pagi

Bahasa Arab

Bahasa Kadazandusun Kertas 2

Bahasa Kadazandusun Kertas 1

03. Oleh itu, pihak sekolah memohon kerjasama Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk memastikan persediaan peralatan alat tulis anak-anak menghadapi peperiksaan dan mengawasi kehadiran ke sekolah sepanjang tempoh tersebut. Hal demikian bagi mengelakkan kes keciciran dan perkara-perkara lain yang tidak diingini.

04. Semua pelajar Tingkatan 3 diberi cuti pada 12 hingga 23 Oktober 2011 dan dikehendaki kembali ke sekolah pada 24 Oktober 2011 (Isnin) untuk mengikuti program selepas PMR. Bersama ini disertakan Jadual Aktiviti PMR untuk rujukan dan makluman.

Tarikh

Aktiviti / Program

24.10.2011

Hingga

28.10.2011

Pengisian Program Selepas PMR.

o Taklimat Program

o Pembentukan Kumpulan

o Latihan Dinamika Kumpulan

o Program Bersama Panitia Mata Pelajaran

o Lawatan

o Ceramah ‘Persediaan Ke Sekolah Teknik & Vokasional’

o Ceramah Pendidikan Kerjaya

o Pengurusan Jenazah

o Tayangan Video

31.10.2011

Hingga

04.10.2011

Aktiviti Sukan & Permainan Antara Kelas Mengikut Kategori L/P

o Permainan Bola Sepak

o Permainan Bola Jaring

o Permainan Bola Tampar

o Permainan Futsal

o Permainan Badminton

07.11.2011

Hingga

09.11.2011

o Gotong Royong Perdana

o Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 3

o Majlis Penutupan Program

05. Kerjasama dan perhatian Datuk/Datin/Tuan/Puan amat diperlukan demi kecemerlangan pelajar dan kita berdoa mudah-mudahan anak-anak pelajar akan dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

PUAN HAJAH NUINDA HAJI ALIAS

Pengetua Cemerlang

Maktab Sabah, Kota Kinabalu.

Sk. Fail