Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, January 18, 2011

Cross Country Running

Date: January 22nd 2011
Time : 6.30 am
Activities: Cross Country Running
Place of Commencement: Field Schools
Finish Line: The School.

Attendance is mandatory for the day and will be counted as school days. At the same time, the students will try to win on their home sports. SABAH sports home supporters, STYLES, & Charter Colony seize this opportunity to ensure that the house was named JOHAN in your sports event.

To the parents, are invited to join together and run home to win its respective sport, as your contribution allows each home contest will be the winner.

Let us together ... running as an active body will produce a smart brain.
Sunday, January 16, 2011
16 Januari

Tarikh ini merupakan tarikh keramat, kerana sinonim dengan penubuhan Maktab Sabah yang telah berjaya melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber dan dinamik. Tahun 2011, usia Maktab Sabah menjangkau ke 54, dan generasi hari ini yang baru menjadi warga pada tahun milinium sewajarnya lebih maju dan kreatif dalam menjana pembangunan diri masing-masing sama ada dalam bidang akademik, pembangunan sahsiah mahupun penglibatan aktif dan pencapaian cemerlang dalam gerak kerja kokurikulum.
Bangga dan rasa cinta terhadap sekolah, wajar dipupuk dalam diri setiap warga sekolah sama ada di kalangan pelajar, guru, anggota kumpulan sokongan, ibu bapa pelajar serta masyarakat setempat seharusnya sama-sama berganding bahu dalam mencemerlangkan Maktab Sabah sama ada pada peringkat negeri, kebangsaan mahupun antara bangsa. Kolaborasi dan kesepaduan yang mantap semua pihak boleh menjana dan menambahbaik pengurusan Maktab Sabah supaya lebih gemilang dan terbilang. Justeru, budaya 'bangau o bangau' tidak timbul dan masing-masing akan merasionalkan diri dengan bertanya pada diri 'apakah sumbangan saya pada sekolah, yakni memerlukan tuntutan dan komitmen untuk membawa Maktab Sabah maju dan terus maju.

Akhir sekali 'once a collegian, always a collegian'. Selamat Ulang Tahun Maktab Sabah ke 54 tahun.
Thursday, January 6, 2011
Program Orientasi Tingkatan 4, 2011.

Tarikh : 5 hingga 8 Januari (Rabu hingga Jumaat)
Masa : 7.00 pagi hingga 1.25 petang
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah.

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Sabah Kota Kinabalu telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan program orientasi tingkatan 4 sesi 2011. Beberapa program telah disusun atur sepanjang program tersebut antaranya ialah;
  1. Taklimat mata pelajaran (IT,SS,RC,MPV)
  2. Taklimat pelaksanaan program
  3. Tazkirah
  4. Pensijilan Terbuka & Sistem Meritokrasi
  5. Taklimat peraturan-peraturan sekolah
  6. peminjaman SPBT
  7. Taklimat NILAM
  8. Taklimat KoKurikulum
  9. Majlis penutupan bersama dengan pihak sekolah.
Unit Bimbingan dan Kaunseling, merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut sama ada secara langsung dan sebaliknya.
Seminar Keibubapaan Fasa 1/2011.
(Anjuran PIBG Maktab Sabah)

Tarikh : 8 januari 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Sasaran: Ibubapa pelajar Tingkatan 1, Ting. 4 dan Ting. 5B & 5S, AKS & Semua guru
Penceramah :
1. Ybhg Datuk Kamal D.E. Quadra
Tajuk : Developing your child's potential

2. En. Iskandar Ahmad
Tajuk : Dynamic parenting for today's teen

Antara objektif seminar keibubapaan.
  1. Merapatkan hubungan antara guru dan ibubapa dalam suasana yang harmoni
  2. Memastikan guru dan ibubapa dapat bertukar tukar pandangan dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
  3. Mewujudkan semangat setiakawan dan sumber jaringan ilmu dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Maktab Sabah
Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran ibubapa pelajar dalam menjayakan seminar tersebut.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414