Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Thursday, March 31, 2011
Tarikh : 5 April 2011 (Selasa) - Majlis Anugerah Cemerlang
6 April 2011 (Rabu) - Majlis Graduasi STPM, 2010
Masa : 8.00 pagi (Majlis mula)
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah Kota Kinabalu.

Raptai Majlis Anugerah Cemerlang pada 4 April 2011 (Isnin) jam 8.00 pagi. Manakala raptai Majlis Graduasi pada 5 April 2011 (Selasa) jam 1.30 petang.
Pada majlis anugerah akan disampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar seperti berikut;
  1. Penganugerahan Kokurikulum
  2. Peperiksaan Dalaman kepada pelajar Ting.2,3,5 & Pra U2, 2011 yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan akhir tahun 2010 serta pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran.
  3. Pelajar Cemerlang PMR 2010 seramai 21 orang
  4. Pelajar Cemerlang SPM 2010 seramai 15 orang serta
  5. Penyampaian anugerah khas iaitu;
  • Anugerah Majlis Perancang Sekolah (MPS) - Olahragawan & Olahragawati Keseluruhan
  • Anugerah OSCA - Kecemerlangan KoKurikulum
  • Anugerah PIBG - Khidmat Cemerlang
  • Anugerah Pengetua - Cemerlang Akademik
  • Anugerah Pendidik - Tokoh Pelajar
Manakala dalam Majlis Graduasi STPM 2010, beberapa agenda disusun atur antaranya ialah
  1. Penyampaian sijil kepada semua pelajar STPM yang lulus penuh dalam peperiksaan tersebut
  2. Penyampaian sijil dan hadiah kepada pelajar terbaik CGPA 3.00 ke atas
  3. Penyampaian sijil dan hadiah kepada pelajar terbaik dalam mata pelajaran
  4. Penyampaian sijil dan hadiah kepada pelajar terbaik keseluruhan
  5. penyampaian anugerah khas iaitu;
  • Anugerah Cemerlang Akademik
  • Anugerah Kepimpinan Cemerlang dan
  • Anugerah Cemerlang KoKurikulum.
Sehubungan itu, semua pelajar yang terlibat dijemput hadir bersama dengan ibubapa masing-masing bagi menyokong pelaksanaan aktiviti sekolah dan seterusnya sebagai perangsang dan penggalak kepada prestasi pelajar pada masa akan datang.
Majlis Anugerah Cemerlang akan disempurnakan oleh Ybhg Puan Hajah Maimunah Hj. Suhaibul, Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah. Manakala Majlis Graduasi STPM akan disempurnakan oleh Ybhg Prof. Madya Dr. Hj.Kasim Hj. Mansur, Timbalan Canselor, UMS.
Sempena pelaksanaan majlis tersebut, pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5, diberi masa untuk mengulangkaji pelajaran dirumah dan tidak perlu hadir ke sekolah KECUALI pelajar yang menerima hadiah serta pelajar-pelajar yang terlibat dalam Badan Khas iaitu Pengawas Sekolah, PRS, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Asrama. Manakala pelajar Tingkatan 1,2, 4 dan Pra U2 akan hadir seperti biasa. Namun demikian pelajar tingkatan 3 dan pelajar tingkatan 5 akan bersekolah seperti biasa pada 6 April 2011 (Rabu) .
Tuesday, March 29, 2011
Pelajar terbaik SPM 2010 dengan pencapaian sekurang-kurangnya 6A-. Berikut pelajar-pelajar terbaik SPM 2010 iaitu;
1. Shauni Chong Me Kuan - 10A (7A+, 1A, 2A-)
2. Hanies Yuhana Binti Othman - 10A (7A+, 2A, 1A-, 1B+, 1C+)
3. Muhammad Nurarif Bin Md Jamil - 9A (4A+, 4A, 1A-, 1B+, 1B)
4. Nur E'zzaty Nadhirah Binti Mohamad - 8A (2A+, 3A, 3A-, 4B)
5. Yazmin Luqman - 7A (4A+, 1A, 2A-, 2B, 1C+, 1C)
6. Jason Lo Bauhoong - 7A (3A+, 3A, 1A-,2B+, 1B)
7. Aqilah Nadirah Mohamad Azran @ Chu - 7A (3A+, 2A, 2A-, 1B+, 2B)
8. Raihana Farahiyah Abd Rahman - 7A (1A+, 3A, 3A-, 2C+, 1C)
9. Jessmeen Peterina Samson Exol - 6A (3A+, 1A, 2A-,1B+,1C+,1C)
10.Nurfarhani Bt. Asli - 6A (3A+,3A, 2B+, 2B)
11.Mohd Hishamudin Unuh - 7A (2A+, 3A, 2A-, 2B,2C+)
12.Ahmed hanis Bin Mursidi - 6A (1A+, 1A, 4A-, 1B, 3C+, 1C)
13.Bernadette Leong May Yee - 7A (1A+, 2A, 4A-,2B+,1B)
14.Tan Yeun Shi - 6A (3A, 3A-, 1B+,1B, 1C+,1C)
15.Fredee Jaulis - 6A (3A, 3A-, 1B, 1C+, 1C, 1D)

Warga Maktab Sabah mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM serta mengharapkan perjuangan ini diteruskan lagi untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang diceburi sama ada pada peringkat matrikulasi, a level, mahupun pada peringkat diploma dan seterusnya.

Usaha yang ditunjukkan ini juga diharap menjadi penyuntik semangat kepada calon SPM 2011 agar mereka menunjukkan prestasi yang lebih memberangsangkan.
Tuesday, March 22, 2011




Tarikh : 18 mac 2011 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Kunjungan ke rumah En. Mohamad Dulamit, Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) Maktab Sabah yang akan bersara pada 22 Mac 2011. Antara tujuan adalah untuk mengenali keluarga beliau dengan lebih rapat. En. Mohamad Dulamit merupakan staf Maktab Sabah yang berkhidmat di sekolah ini sejak 1 April 1989 hingga 22 Mac 2011 dalam tempoh masa 28 tahun. Beliau merupakan staf sokongan yang suka membantu dalam melicinkan urusan pentadbiran sekolah terutama dalam bahagian percetakan. Kami warga Maktab Sabah, mengucapkan Selamat Bersara dan masa sepenuhnya bersama keluarga tercinta. Teruskan sisa-sisa kehidupan dengan berbakti dan membuat amal kebajikan untuk dunia dan akhirat.
Tuesday, March 8, 2011
PIBG Maktab Sabah akan mengadakan Pasaria seperti ketetapan berikut;

Tarikh :26 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Perkarangan Sekolah Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tema : 'Jom...membeli sambil beramal'.

Sasaran:
1. Semua ibubapa pelajar
2. Semua pelajar Maktab Sabah dan Ex-collegian
3. Semua pendidik dan AKS
4. Masyarakat setempat yang berhampiran dengan Maktab Sabah
5. Orang awam yang jauh mahu pun dekat dengan daerah Kota Kinabalu.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah;
1. Menjual makanan berat
2. Menjual makanan ringan
3. Menjual buah-buahan
4. Menjual minuman
5. Menjual kraftangan
6. Acara hiburan
7. Acara Sukaneka.

Bagi pihak PIBG Maktab Sabah, kami mengalu-alukan sokongan dan komitmen semua pihak untuk hadir berbelanja sambil beramal pada hari tersebut.

Sama-sama kita memeriahkan pasaria Maktab Sabah. Jom ...membeli sambil beramal.
Maktab Sabah akan mengadakan Majlis Pentauliahan Kepimpinan Pelajar pada ketetapan seperti berikut;.


Tarikh : 11 Mac 2011 (Jumaat)
Masa : 7.00 pagi hingga 11.00 pagi
Sasaran :
1. Majlis Perwakilan Pelajar Pra U (MPP)
2. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
3. Pengawas Pusat Sumber (PPS)
4. Pengawas Asrama (PA)
5. Pengawas ICT dan
6. Badan Ketua Tingkatan (BAKTI)

Pelajar yang terlibat untuk menghadiri majlis tersebut ialah kelas Tingkatan 1 Berlian dan 1 Mutiara, Tingkatan 2 Makmur dan 2 Aman, Tingkatan 4 Makmur dan 4 Aman dan Pra U2 Kemanusiaan 1 & 2.

Sehubungan itu, mohon kerjasama ibu bapa pelajar yang terbabit dalam pentauliahan ini untuk hadir bersama menyaksikan majlis tersebut dan menyokong penglibatan anak-anak dalam kepimpinan pelajar di sekolah.

Majlis ini dijangka akan disempurnakan oleh Puan Fatimah Shara Ahmad Noor, iaitu YDP PIBG, Maktab Sabah.
Wednesday, March 2, 2011
Bagi pihak warga Maktab Sabah, merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas pencapaian cemerlang calon STPM 2010 yang mencapai pretsasi cemerlang. Berikut dinyatakan pelajar yang memperolehi PNGK 3.00 keatas.

1. Siti Rasna Sierra Binti Rasmat - 3.83
2. Safiqah Binti Rahmat - 3.42
3. Tai Chi Hiung - 3.33
4. Lawrina Timpu - 3.17
5. Mohd. Shami Bin Alidin - 3.08
6. Chung Mui Len - 3.08
7. Aisyah Binti Saidi - 3.00 dan
8. Badruliman Bin Sajani - 2.92 (pelajar terbaik aliran sains)

Adalah diharapkan pencapaian cemerlang ini memberi suntikan penuh kepada calon STPM 2011 supaya lebih berdaya saing dan terus meningkatkan prestasi Maktab Sabah dalam peperiksaan tersebut.

Ucapan tahniah juga kepada Pemimpin Rakan Siswa Pra U (PRS) yang lulus penuh dalam peperiksaan STPM iaitu;
1. Siti Rasna Sierra Bt Rasmat - Antara Pelajar Terbaik STPM (N)
2. Safiqah Bt Rahmat
3. Mohd Shami Bin Alidin
4. Abdul Hadi Aspar
5. Jeremiah Freddy Liangkim
6. Azel Glean Tony
7. Dayang Siti Athirah Binti Awang Shari
8. Fedelia Fabianus Tan
9. Megavani Muthu Kumar @ Ezswan
10. Mohd. Safiq Hafizullah B. Ahmadi
11. Nicole J. Michael
12. Nor Hanisah Reduan
13. Rani Binti Tasman
14. Sheldon Baritus Gungkit
15. Suzainie Abdul Hamid Sani
16. Asrafrushdy Bin Datuk Abdullah Sibil (Presiden PRS)
17. Dyana Binti Omar
18. Mohd Husnul Muqsit Bin Hussain
19. Mohd Rozaini Bin Abu Bakar dan
20. Noorazwana Binti Musida.

Teruskan usaha anda, kerana perjuangan anda semua belum selesai. Kami sentiasa mendoakan kejayaan semua anak-anak pelajar Maktab Sabah.
Tuesday, March 1, 2011












Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah telah melaksanakan program orientasi kepada Kelas Rancangan Khas iaitu Tingkatan 1 Mutiara dan Tingkatan 1 Berlian. Beberapa pengisian telah disusun atur iaitu slot motivasi, persediaan sebagai pelajar perdana, dan juga penampilan pelajar turut dititik beratkan. Program ini turut dijayakan oleh pelajar-pelajar Pra U2 dan juga Pembimbing Rakan Sebaya yang bertindak sebagai urusetia program yang dilaksanakan selama 2 hari. Program ini disempurnakan penutupannya oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah dan turut dihadiri oleh En. Dikin Musah, iaitu Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Sabah. Sebahagian ibubapa pelajar juga hadir dan seterusnya melawat di kelas-kelas tersebut untuk pembentukan mini PIBG.









Puan Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG telah bermurah hati menyampaikan sumbangan buah limau kepada semua guru dan anggota kumpulan sokongan (AKS) di Maktab Sabah, sempena sambutan tahun baru cina. Ia adalah merupakan aktiviti PIBG pada setiap tahun, sejak beliau menjadi YDP PIBG di sekolah ini.
Usaha yang telah beliau tunjukkan ini, bukan sahaja merapatkan hubungan silaturrahim antara PIBG dan sekolah, akan tetapi membolehkan setiap warga pendidik dan AKS merasai dihargai dengan komitmen dan kesungguhan PIBG telah lakukan di Maktab Sabah dalam membantu mencemerlangkan organisasi ini iaitu menjayakan sebarang aktiviti yang disusun atur sama ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan juga pembangunan sahsiah pelajar.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414