Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Wednesday, June 29, 2011





Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK.Mutiara, Kota Kinabalu.
Sasaran : Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah.

Semoga perkongsian ilmu mendorong pelajar untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkeyakinan dan berdaya saing. Usaha ini diharapkan mampu mengembleng tenaga pelajar dalam membantu pengurusan sekolah agar lebih efektif, sejajar dengan slogan 'Pelajar hari ini, Pemimpin hari esok'

Bersama dengan pelajar - pelajar sekolah rendah amat menyeronokkan, dan ia merupakan satu kenangan yang amat bermakna, dapat berkongsi maklumat untuk persiapan mereka sebagai pemimpin di sekolah.








Tarikh : 28 Jun 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Dewan Perdana Maktab Sabah.
Sasaran : Pelajar-Pelajar Pra U1&U2 dari Maktab Sabah, SMK.Sanzac, SM.La Salle dan SM.Tinggi Kota Kinabalu.
Seramai : 284 orang pelajar terlibat.
Antara institusi yang memberi ceramah ialah
  1. UNISEL
  2. UNITEN
  3. UTP
  4. MUST
  5. Slot Motivasi dari IPG, Batu Pahat Johor.
Unit Kaunseling, mengharapkan dengan pendedahan maklumat tentang prasyarat sesuatu program yang dipilih membolehkan pelajar untuk memilih jurusan yang sesuai apabila mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Kita juga mengharapkan supaya pelajar-pelajar yang terlibat dapat mewujudkan semangat setiakawan antara satu sama lain. Pihak sekolah merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua penceramah yang terlibat dalam menjelaskan sesuatu program dengan baik kepada pelajar.
Sunday, June 19, 2011









Tarikh : 19 Jun 2011 (Ahad)
Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tgh
Tempat : Dewan Datuk Haji Salleh Sulong, Papar.

Pejabat Pelajaran Daerah,Papar bersama Parlimen Papar telah mengadakan program motivasi untuk calon SPM dan calon STPM 2011 serta beberapa orang pelajar Tingkatan 4, 2011. Perkongsian ilmu bersama pelajar-pelajar SPM & STPM didaerah Papar diharapkan mampu menaikan motivasi pelajar untuk lebih fokus dan berdaya saing dalam mempertingkatkan kecemerlangan diri. Beberapa buah sekolah dijemput iaitu MRSM, SMA Tun Mustapha, SMK.Majakir, SMK.Takis, SMK.Benoni, SMK.Kinarut, SM. St.Joseph,SM.St.Mary Limbahau.
Slot motivasi iaitu stail pembelajaran yang diberikan diharap dapat menyuntik semangat pelajar untuk terus belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Saturday, June 18, 2011













































Tarikh : 18 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg hingga 12.00 tgh
Tempat : Kelas
Sasaran : Semua Pelajar Tingkatan 1 hingga Pra U2 & Ibu Bapa Pelajar.

Dengan adanya program seumpama ini, membantu guru dan ibu bapa berbincang tentang prestasi pelajar dalam bidang akademik, penglibatan kokurikulum serta perkembangan sahsiah agar pelajar dapat membuat penambahbaikan di masa akan datang. Usaha yang dilakukan ini mempertemukan banyak pihak mampu melahirkan pelajar yang berkualiti serta berdaya saing disamping guru-guru dapat memperbaiki pedagogi pengajaran nanti bagi menarik dan merangsang minat pelajar untuk belajar serta berakhlak mulia dan wujud hormat menghormati antara satu sama lain.
Bagi pihak Unit Bimbingan & Kaunseling, kami merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan penyerahan slip peperiksaan tersebut. Semoga usaha-usaha yang dilakukan ini mendatangkan manfaat yang berlibat ganda dalam meningkatkan prestasi pelajar di sekolah ini.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414