Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Thursday, August 18, 2011














Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah telah melaksanakan Hari Pendidikan & Kerjaya, sempena Minggu Akademik. Antara tujuan program tersebut adalah memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan info dan maklumat terkini dari institusi yang terlibat mengenai dengan syarat-syarat program yang akan diikuti selepas menamatkan pelajaran dalam peringkat SPM & STPM. Demikian juga pelajar turut berpeluang mendekati kerjaya bomba yang sama memberi peluang kepada pelajar untuk melihat secara dekat peralatan yang digunakan semasa ahli bomba menjalankan tugas.
Selain itu, pelajar juga sempat belajar untuk menghasilkan corak batik yang dipimpin oleh 2 orang pegawai dari Balai Seni Lukis Sabah. Usaha ini diilhamkan oleh Ketua Panitia Seni Visual iaitu Cikgu Musta Nasip. Pada masa yang sama pameran tentang hasil kerja pelajar-pelajar MPV dibawah bimbingan Cikgu Salina Mohd Salleh juga mendapat perhatian dari pengunjung-pengunjung yang menghadiri majlis tersebut.

Kemuncak majlis ialah penyampaian sijil penghargaan kepada institusi yang terlibat yang disempurnakan oleh Puan Samsiah Almalek, PKP. Harapan Unit Kaunseling, semoga program ini memberikan manfaat kepada pelajar untuk terus mencemerlangkan diri dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga pembangunan sahsiah.Justify Full
Friday, August 12, 2011
Calon STPM 2010 yang berjaya di terima masuk ke IPTA sesi pengajian 2011/2012 adalah seperti berikut:
1. Badruliman Bin Sajani - UMS
2. Kessnia Ira Ng - UNIMAP
3. Vanessa Cham Jing Ying - UTHM
4. Alexandrina Susie Yong Yeung Lu - UMK
5. Chloe Jacquezel J. Moin - UMS
6. Chung Mui Len -UPSI
7. Jainah Japar - UPSI
8. Koay Yee Chen - UNIMAS
9. Afiera Ain Bt Awang - UMS
10. Aisyah Bt. Saidi - UMS
11. Azie Zaleha Zulkifli - UMS
12. Elizabeth Jailas - UMS
13. Jenny David J. Sius- UNIMAS
14. Lau Yieng Yieng - UMS
15. Lawrina Timpu - UMS
16. Megavani Muthu Kumar @ Eszwan - UMS
17. Mohd Shami Alidin - UMS
18. Safiqah Binti Rahmat - UMS
19. Sheldon Baritus Gungkit - UMS
20. Siti Rasna Sierra Binti Rasmat - USM
21. Suzainie Abd. Hamid Sani - UNISZA
22. Dayang Ku Nurul Nadhira Pg. Saidin - UMS
23. Katty Voon Wan Yee - UMS
24. Mardiah Binti Mansur - UMS
25. Mohd Sulaiman Bin Musim - UiTM
26. Sharon Tsen Kian Li - UMS
27. Tai Chi Hiung - UMS

Maktab Sabah mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya diterima mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda sesi 2011. Semoga kecemerlangan ini akan mendorong pelajar-pelajar Pra u2 2011 supaya mereka juga bermotivasi untuk menyusul di IPTA pada tahun hadapan.
Tuesday, August 2, 2011















Unit Kaunseling bersama Panitia Mata Pelajaran Matematik Tambahan, Kimia dan Sejarah telah melaksanakan program Jawab Soalan untuk calon SPM 2011. Usaha ini dibuat untuk membantu pelajar-pelajar mengetahui strategi menjawab soalan dengan baik. Bagi mata pelajaran Matematik Tambahan dan Kimia melibatkan 3 buah kelas iaitu 5 Makmur, 5 Aman dan 5 Kerjasma, manakala bagi mata pelajaran Sejarah melibatkan semua pelajar tingkatan 5 termasuk 5 Tertib, 5 Bahagia dan 5 Sejahtera.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat membantu pelajar lebih fokus serta faham tips-tips menjawab soalan dengan baik. Terima kasih kepada Cikgu Kenneth Tham (SMK.Lok Yuk), Cikgu Abdul Fakar (SMK.Teknik, Likas) dan Cikgu Wan Ruslim Ismail (SMK. Bahang). Kepada pelajar-pelajar yang terlibat, cikgu doakan anda semua maju dan terus maju serta lulus cemerlang dalam SPM 2011.









Tarikh : 20 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 2.00 petang

Aizat Af, menggegarkan Dewan Perdana, Maktab Sabah semasa waktu kokurikulum sekolah. Kemunculan arits ini disambut dengan tepukan gemuruh dan jeritan dari peminat-peminatnya yang kebanyakan adalah warga sekolah. Turut sama di dalam dewan ialah barisan pentadbir sekolah. Selain Aizat, Farish dan Amir Af9, turut hadir untuk membuat persembahan.
Unit Kaunseling mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu Asmin Mudin yang berjaya membawa masuk Aizat ke Maktab Sabah untuk membolehkan pelajar bertemu secara dekat. Semoga kunjungan seketika di Maktab Sabah, menyemarakan semangat pelajar untuk terus maju dalam bidang kurikulum, sahsiah dan kokurikulum.




Tarikh : 27 hingga 29 Julai 2011
Seramai 4 orang pelajar dari SMK. Inanam, Kota Kinabalu iaitu Valentine Jaulip, Priester Scrivener Pius, Ivy Paul Anap, Esterella Alvonie telah mengikuti pembelajaran di Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Pelajar tersebut ditempatkan di kelas 5 Makmur dan 5 Aman dan dibantu oleh buddy masing-masing dari kalangan PRS sekolah iaitu Nabihah Nissanto, Abd. Khareez Kasbullah, Mas Adillah Mahamod Ahamad dan Pg. Fadhlis Syazwi Pg. Noordin serta Timbalan Ketua Pelajar Lelaki Sdr Sheikh Mohd Asrawi.
Perkongisan ini diharapkan mampu memberi suntikan kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi masing-masing dalam pembangunan sahsiah dan akademik. Usaha sama yang dilaksanakan antara Unit Kaunseling SMK. Inanam, Kota Kinabalu dan Maktab Sabah, Kota Kinabalu mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam meningkatkan prestasi pelajar untuk mengetahui stail budaya belajar pelajar-pelajar di sekolah bandar.
Akhir sekali, tahniah juga kepada pihak pengurusan asrama yang diketuai oleh Cikgu Hasrul Jideh, atas kerjasama menempatkan pelajar-pelajar diasrama selama 3 hari 2 malam.
Monday, August 1, 2011
Tarikh :
a) 8 hingga 12 Ogos 2011 (Bagi pelajar Tingkatan 1,2 dan 3)
b) 8 hingga 19 Ogos 2011 (Bagi pelajar Tingkatan 4,5, Pra U1 dan Pra U2)

Unit Bimbingan & Kaunseling, mengingatkan kepada semua pelajar agar membuat persiapan awal sebelum menduduki ujian. Gunakan masa dengan baik dan sentiasa mengulangkaji pelajaran. Pada masa yang sama aspek kesihatan juga perlu di ambil kira. Setiap pelajar diingatkan untuk mendapatkan jadual ujian untuk memudahkan pelajar membuat ulangkaji terhadap sesuatu pelajaran.

Sepanjang Bulan Ramadan, aktiviti kokurikulum ditangguhkan. Justeru, pelajar diingatkan untuk merebut peluang keemasan ini dengan mengulangkaji pelajaran dan tidak menyalahgunakan masa tersebut dengan melakukan kegiatan yang tidak mendatangkan manfaat.

Akhir sekali, bagi pihak semua guru, mengucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa dan banyakkan sabar. Insyaallah.




Tarikh : 29 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 6.40 hingga 8.20pagi.

Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program Ihya Ramadan. Program ini turut diserikan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ust. Syahiir Ismail dari Institut Perguruan Gaya, Kota Kinabalu. Sepanjang Bulan Ramadan 1432H, beberapa pengisian akan dilaksanakan iaitu Istiqbal Ramadan, Bacaan Yasin, Tadarus Al-Quran, Solat Isya & Tarawih, Sambutan Nuzul Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Raya dan Majlis Khatam Al-Quran.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414