Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, January 17, 2012

















Tarikh : 13 Januari 2012 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Perasmi : En. Effendi Muhamed Sunoh
Setiausaha Sulit, Ketua Menteri Negeri Sabah.

Majlis Pentauliahan Badan-Badan Khas ini melibatkan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Sekolah, Pengawas Asrama, Majlis Perwakilan Pelajar Pra U, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas ICT, Pengawas SPBT, Pengawas Koperasi dan BAKTI. Antara yang turut menyaksikan majlis tersebut ialah Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG. Selain itu, semua guru-guru penasihat badan-badan khas ini turut sama antaranya Puan Noraisah & Usz. Radiah (PRS), En. Hasrul dan Ust.Radzi (Asrama), Cik Adeline (Koperasi), Woo Su Kim dan Puan Mahaletchumy (Pengawas Sekolah), Cik Salina (Pusat Sumber).
Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang, mengucapkan tahniah diatas komitmen semua pihak dalam menjayakan majlis tersebut dan meminta semua Badan-Badan Khas agar dapat memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan Maktab Sabah sentiasa di tahap gemilang.
Semoga pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar-pelajar ini akan lebih merangsang pelajar untuk berkhidmat dengan penuh tanggungjawab.
Sunday, January 8, 2012










4 Januari 2012, merupakan hari pertama persekolahan. Antara pengisian pada hari tersebut ialah perhimpunan rasmi sekolah. Pada masa itu, Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah telah menyampaikan ucapan. Antara inti ucapan itu ialah mengucapka selamat datang kepada warga baru Maktab Sabah yang telah mengikuti program orientasi semasa cuti persekolahan dan selamat kembali ke alam persekolahan kepada pelajar. Pada masa yang sama, beliau juga merakamkan syabas dan tahniah kepada calon PMR 2011 yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Selain itu, beliau juga memperkenalkan guru-guru baru dan guru-guru yang telah bertukar ke sekolah lain.
Pada masa tersebut, sekolah juga telah menerima lawatan dari Ybhg Datuk Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan berpeluang berjumpa dengan ibubapa pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2012. Selain itu RTM juga telah merakamkan sebahagian daripada aktiviti di hari persekolahan tersebut dan sempat menembual seorang dua dari pelajar Tingkatan 1.












n
PIBG Maktab Sabah bersama pihak sekolah telah menganjurkan Seminar Keibubapaan pada 7 Januari 2012. Program ini disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha Puan Wanihim Othman, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu. Sebanyak dua buah tajuk dibincangkan iaitu Guru Cemerlang, Ibubapa Gemilang dan Pelajar Terbilang disampaikan oleh Ybhg Datuk Haji Ibrahim Saad, Pengarah BTN Cawangan Sabah. Manakala tajuk kedua disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Puteri Hayati Megat Ahmad, Pesyarah Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah iaitu Gaya Keibubapaan Dalam Menangani Permasalahan Anak. Selain itu, Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang turut menyampaikan taklimat berkenaan dengan hala tuju Maktab Sabah dalam usaha mencemerlangkan prestasi pelajar hasil dari gabungan penuh ibubapa dan guru. Dalam majlis itu juga, YDP PIBG Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut dan berharap usaha yang dilaksanakan akan membuahkan hasil yang baik dalam melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, sahsiah dan aktif kokum. Selain itu, Datuk Fatimah juga memohon agar ibubapa pelajar dapat menghadirkan diri semasa mesyuarat Agung PIBG nanti yang akan diadakan pada bulan Mac 2012.
Secara keseluruhan, program yang disusun atur diharap mampu mewujudkan hubungan baik antara ibubapa dan guru dalam mendisiplinkan pelajar. Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut sama ada secara langsung dan sebaliknya.
Friday, January 6, 2012
Pelajar lelaki yang kelihatan berdisiplin semasa mendengar ucapan perasmian.
Sahabat-sahabat yang sama-sama merakamkan gambar sempena hari jadi Pengetua.
Pelajar-pelajar perempuan, tekun dan fokus mendengar ucapan.
Persediaan diri bagi menyanyikan lagu sekolah.
kek hari jadi untuk pengetua semasa majlis penangguhan orientasi Tingkatan 4, 2012
Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua Cemerlang menyampaikan ucapan sebelum merasmikan penangguhan Program Orientasi Tingkatan 4, 2012.
Pengetua bersama Datin Rosiah Liman, PK HEM

Pengetua mendapat kejutan dari pelajar-pelajar Tingkatan 4 dengan nyanyian lagu 'Happy Birthday' dan seterusnya pemotongan kek sempena hari lahir beliau yang jatuh pada 6 Januari.
Antara wajah-wajah pelajar lelaki tingkatan 4, 2012
Sebahagian daripada wajah-wajah pelajar perempuan Tingkatan 4, 2012.

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Sabah telah mengadakan Program Orientasi Tingkatan 4 selama dua hari iaitu bermula pada 5 hingga 6 Januari 2012. Program ini disusun atur bagi membolehkan pelajar dapat merangsang diri untuk terus fokus pada pelajaran bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun hadapan. Selain itu, pelajar juga berpeluang mengetahui hala tuju aliran yang disertai. Program ini disempurnakan penutupannya oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414