Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Saturday, February 18, 2012

Penulis bertindak sebagai pengacara majlis bersama dengan Cikgu Dalvinder Kaur Maan.

kelihatan sebahagian guru dan pelajar yang mengikuti sambutan ulang tahun Maktab Sabah ke 55 tahun.





Puan Hajah Nuinda dan PKP serta En. Ono bergambar bersama dengan perasdmi majlis.


Tarikh 16 Januari merupakan tarikh keramat Maktab Sabah kerana ia merupakan tarikh penubuhan sekolah tersebut. Justeru, warga Maktab Sabah akan menyambut ulang tahun sekolah ini setiap tarikh 16 Januari tiba. Tahun 2012, pihak pengurusan sekolah telah mengundang seorang bekas guru 1972 untuk menjadi tetamu kehormat dalam majlis itu.
Pelbagai acara telah diadakan sempena menyambut ulang tahun ke 55, antaranya ialah 'kempen menderma darah, pameran dan persembahan kebudayaan dan nyanyian yang dijayakan oleh pelajar-pelajar sekolah.

Tarikh : 13 Februari 2012
Unit Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Sabah telah mengadakan program Skor A sejarah. Program tersebut diadakan dalam dua fasa iaitu, Fasa 1 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 9.00 pagi untuk calon PMR manakala Fasa 2, bermula jam 9.00 pagi hingga jam 10.30 pagi bagi calon SPM 2012.
Pengendalian program di dewan diselia oleh Cikgu Noraisah Aribun dan Cikgu Jipanis Suali kaunselor sekolah, bersama dengan guru-guru mata pelajaran. Usaha ini dilakukan bagi membantu pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Adalah diharapkan, program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk mencemerlangkan pelajar sekolah.










Thursday, February 16, 2012










Tarikh : 13 Februari 2012
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, Maktab Sabah
Sasaran : Pelajar-pelajar Pra U2, 2012.

Unit Kaunseling, Maktab Sabah telah bekerjasama dengan UTM untuk mengadakan seminar 'Selangkah ke UTM'. Seminar tersebut dihadiri seramai 58 orang calon STPM 2012 dan seramai 4 orang guru akademik. Antara pengisian seminar tersebut ialah, ceramah peluang pendidikan di UTM yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Mohd Zaidi Abd. Rozan, Pensyarah Kanan UTM. Dalam seminar tersebut, pelajar-pelajar telah berpeluang untuk mengetahui syarat kemasukan ke UTM mengikut jurusan masing-masing.
Seminar ini diadakan sebaik sahaja Karnival Jom Masuk 'U' yang diadakan di Suria, Kota Kinabalu melabuhkan tirai pada jam 5.00 petang , 12 Februari 2012. Jom Masuk U, di Kota Kinabalu bermula pada 11 Februari 2012, untuk memberi peluang kepada pelajar STPM dan SPM 2011 dapat mengetahui info dengan lebih baik dalam pemilihan program ke IPTA yang akan diikuti pada bulan Mei dan bulan September 2012. Disamping itu, memberi pendedahan awal kepada calon SPM dan STPM 2012 dapat merancang program yang akan diikuti apabila melanjtukan pengajian di IPTA nanti. Selain itu, Karnival Jom Masuk 'U' memberi ruang kepada ibubapa, para guru dan masyarakat amnya mengetahui tentang peluang-peluang pendidikan di institusi tersebut beserta dengan syarat-syarat kemasukan ke institusi tersebut.
Semoga usaha yang dilaksanakan di Maktab Sabah, memberi manfaat kepada pelajar agar lebih berdaya saing dan berketrampilan.
Saturday, February 11, 2012
Tarikh : 11 Februari 2012 (Sabtu)
Perasmi : Tuan Hj. Mustapa Hj. Kula (Ahli OSCA)

Kejohanan Merentas Desa (Road Run) antara rumah-rumah sukan peringkat Maktab Sabah telah diadakan pada 11 Februari 2011 hari Sabtu, merupakan hari persekolahan gantian sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina, 2012. Dalam kejohanan tersebut, Rumah Sukan SABAH dibawah pimpinan Cikgu Dato Zanalan Karbain dan Puan Muryani Samlun telah dinobatkan JUARA dengan kutipan mata sebanyak 851, diikuti dengan rumah sukan GAYA sebanyak 703 mata dibawah pimpinan Cikgu Paul dan Cikgu Ainul dan tempat ketiga dan tempat ke 4, jatuh kepada rumah sukan CHARTER dibawah pimpinan Cikgu Jipanis dan Cikgu Yusline akhir sekali rumah sukan COLONY dibawah pimpinan Cikgu Ramatia dan Cikgu Bakri.

Penyampaian pingat kepada peserta telah disempurnakan oleh En. Ismail Yusof, NYDP PIBG, Datin Rosiah Liman, PK HEM, Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua dan Tuan Haji Mustapa Haji Kula, perasmi program yang turut diiringi oleh Cikgu Abd.Jaid Paki, Penolong Kanan Ko Kurikulum.

Di kesempatan ini juga, ucapan syabas dan tahniah kepada semua pelajar rumah sukan SABAH yang diketuai oleh Saudara Mohd Nazri (Pra U2 Sn) yang turut menyumbang mata sebanyak 30 yang turut dinobatkan johan dalam kategori Lelaki Pra U. Demikian juga ucapan terima kasih kepada seluruh warga Maktab Sabah yang menjayakan kejohanan tersebut, sama ada secara langsung dan sebaliknya. Begitu juga dengan penglibatan bekas-bekas pelajar yang turut sama menyertai larian tersebut kerana semangat collegian yang tinggi terhadap Maktab Sabah dan juga membantu menaikan semangat pelajar-pelajar junior untuk terus menunjukkan semangat kesukanan.




Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414