Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Friday, March 30, 2012











Tarikh : 29 Mac 2012 (Khamis) Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang

Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah telah mengadakan program motivasi khusus kepada calon peperiksaan PMR,SPM dan STPM 2012. Program motivasi ini telah mengundang pakar motivasi negara iaitu Ybhg Dr. Shukri Abdullah. Beberapa tips-tips kemahiran belajar telah dibincangkan bagi memastikan calon peperiksaan dapat membuat persiapan awal dengan lebih rapi dalam menghadapi peperiksaan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang.
Program yang diadakan ini, diharap dapat membantu pelajar mengenali kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dan seterusnya mencari alternatif yang sesuai. Semoga usaha yang dilakukan ini membuahkan hasil yang amat bermakna kepada pelajar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini iaitu para pelajar yang terlibat, ibubapa yang memberi dorongan dan keizinan serta para pendidik yang turut sama hadir dalam majlis ini.
Monday, March 26, 2012

Aturcara Majlis.

Tarikh : 3 April 2012 (Selasa)

Perasmi : YB Datuk Hajah Azizah Mohd. Dun.

7.00 pagi : Ketibaan Para Graduan & Ibu bapa

Ketibaan Para Jemputan

8.00 pagi : Ketibaan Perasmi

Sesi Bergambar

Perarakan Graduan STPM 2011

Perarakan Akademik

Perarakan Utama

§ Perasmi

§ YDP PIBG / OSCA

§ Pengetua

§ Semua Penolong Kanan

§ Kaunselor

§ Semua Ketua-Ketua Unit

: Lagu Negara Ku

Lagu Sabah Tanah Air Ku

: Bacaan Doa, Oleh Ust. Mohd Fazli Madiah

: Pengisytiharan Graduan STPM 2011

Oleh Puan Morene Liew Yen Yen, Penolong Kanan Pra U

: Ucapan Alu-Aluan

Oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang, Maktab Sabah

: Ucapan Perasmian

Oleh YB Datuk Hajah Azizah Mohd.Dun

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

: Penyampaian Sijil Graduan STPM 2011

§ Graduan Kemanusiaan

§ Graduan Komputer

§ Graduan Sains

§ Graduan Terbaik Setiap Mata Pelajaran

§ Graduan Terbaik PNGK

§ Graduan Terbaik Keseluruhan

§ Anugerah Khas

· Cemerlang Akademik

· Cemerlang Kepimpinan

· Cemerlang KoKurikulum

: Penyampaian Cenderahati

: Ucapan Wakil Graduan

:Ucapan Penangguhan Program Graduan STPM 2011

: Lagu Maktab Sabah

: Jamuan dan Bersurai

___________________________________________

Aturcara Majlis Anugerah Cemerlang 2012.

Tarikh : 4 April 2012 (Rabu)

Perasmi : Ybhg Datuk Dayang Mahani Tun Hj.Pg Ahmad Rafae

7.00 pagi : Ketibaan Pelajar, Penerima Anugerah, Ibubapa & Guru

Ketibaan dif-dif jemputan

8.00 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat

Lagu Negara Ku

Lagu Sabah Tanah Air Ku.

Persembahan Tayangan Multimedia

8.15 pagi : Bacaan Doa

Oleh Ust. Mohd Radzi Amaran

Ucapan Ketua Pelajar Oleh Sdr. Husni Rasyidin

Ucapan Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang


Ucapan Perasmian

Oleh Ybhg Datuk Dg.Mahani Pg.Tun Ahmad Rafae

Ex-Collegian 1971'

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum

Penyampaian Anugerah Peperiksaan Dalaman

Persembahan KOIR

Penyampaian Anugerah Khas Peperiksaan Awam

Persembahan Tarian Kebudayaan

Penyampaian Anugerah Khas

o Anugerah MPS - Olahragawati Keseluruhan

- Olahragawan Keseluruhan

o Anugerah OSCA - Kecemerlangan Kokurikulum

o Anugerah PIBG - Khidmat Cemerlang

o Anugerah Pengetua - Cemerlang Akademik

o Anugerah Pendidik - Tokoh Pelajar

Lagu Maktab Sabah

Bersurai


Warga sekolah mengalu-alukan kedatangan Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk hadir dan sama-sama menjayakan kemeriahan majlis tersebut.

Sunday, March 25, 2012
Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2011 yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut, khususnya kepada anak-anak pelajar Maktab Sabah yang mengharumkan nama sekolah. Ucapan ini juga khusus kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kelas tambahan anjuran GPMS seramai 36 orang yang telah menunjukkan prestasi cemerlang.
Tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2011 yang memperolehi 6A keatas iaitu,
1. Mohd Khairulanwar Rizalman - 9A
2. Nabihah Nissanto - 9A
3. Shazleen Shafinaz Ahmad - 8A
4. Daeng Mohamad Edham Mokhtar - 8A
5. Suliza Muktar - 7A
6. Mohd Sophian Mohd Kasihmudin - 7A
7. Eza Dianna Umar Sarim - 7A
8. Andi Najlah Syahirah Ridwan - 6A
9. Merlela Madsah - 6A
10. Munira Rainul -6A
11. Nor Adila Abdul Hajis - 6A

Tahniah kepada pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya kerana lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011.
(Tingkatan 5 Aman 2011)
1. Nabihah Nissanto
2. Suliza Muktar
3. Abd. Khareez Kasbollah
4. Muhamad Haziq Alias
5.Nurfarahaein Patawari
6.Zareen Zur Ain Zaidullah
7. Syahirah Musli

(Tingkatan 5 Makmur)
1. Shazleen Shafinaz Ahmad
2. Mas Adillah Mahamood Ahamad
3. Jegan a/l Mathavan
4. Pg. Fadhlisyazwi Pg. Noordin

(Tingkatan 5 Kerjasama)
1. Siti Aishajan Husin
2. Siti Aishatun Husin

(Tingkatan 5 Tertib)
1. Ammar Firdaus Ali Husin
2. Faezah Umar
3. Mohamad Naqiyuddin Mohamad Nadzri
4. Nur Sakinah Ag. Salman dan
5. Syaza Nabilah Rahman

kepada para pelajar calon SPM 2012 diharap anda semua menunjukkan kecemerlangan masing-masing dalam usaha menempatkan diri ke menara gading , ataupun sekurang-kurangnya ke tingkatan enam. Terima kasih kepada semua ibubapa yang mendorong dan memberi galakan kepada para pelajar dan juga kepada guru-guru yang bekerja keras dan usaha gigih dari pelajar sendiri yang mahu cemerlang. syabas dan tahniah sekali lagi.
Friday, March 9, 2012



Tarikh 7 Mac 2012 (Rabu) jam 11.30 pagi keadaan Dewan agak lengang, namun setengah jam kemudian suasana telah bertukar wajah, kedengaran suara-suara keriangan dikalangan calon STPM 2011 yang berinteraksi antara satu sama lain, termasuk para pendidik yang turut sama menggamatkan keadaan tersebut.
Sebaik sahaja keputusan telah diterima, para pelajar semua diminta mengambil tempat duduk masing-masing dan penyerahan slip keputusan peperiksaan disampaikan sendiri oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah kepada pelajar terbaik STPM 2011 di Maktab Sabah.
Antara nama-nama pelajar yang mencemerlangkan Maktab Sabah ialah;
1. Sarifah Sara Hasliza - PNGK 3.50
2. Rufaidah Jubidi - PNGK 3.42
3. Mohd. Fikri Sabdali - 3.34
4. Siti Syazurah Mohd Anwar - 3.25
5. Rohayu Rahman - 3.25
6. Siti Hajar Mohd Azir - 3.17
7. Mohd Izani Madri - 3.17
8. Kimberly Yapp - 3.08.

Bagi pihak warga sekolah, kami mengucapkan syabas dan tahniah dan mengharapkan kecemerlangan yang dinikmati dapat diteruskan pada pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Harapan kami kepada calon STPM 2012, agar terus memotivasikan diri supaya lebih fokus pada pelajaran dan jadikan peristiwa yang turut disaksikan sebagai perangsang diri untuk lebih cemerlang. Insyaallah.
Wednesday, March 7, 2012









Tarikh 1 Mac 2012, Maktab Sabah telah menyahut hasrat Jabatan Pelajaran Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengadakan Pelancaran Program Guru Penyayang. Antara tujuan program tersebut adalah memastikan guru-guru mempunyai sikap 'kepedulian' terhadap para pelajar. Pada masa tersebut, wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah, Tuan Haji Shapawi Bin Salleh, turut sama mengalu-alukan kehadiran pelajar seawal jam 6.05 pagi. Antara pengisian Guru Penyayang ialah welcoming school, program mentor mentee dan meraikan pelajar.
Program yang dikelolakan oleh Unit Bimbingan Kaunseling & Unit Disiplin, Maktab Sabah ini diharapkan mengukuhkan lagi kecintaan pelajar terhadap sekolah dan rasa hormat terhadap guru semakin tinggi dan patuh pada peraturan sekolah yang dikuat kuasakan.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414