Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, November 20, 2012
Ikhlas adalah inti amal dan penentu diterima tidaknya sesuatu amal di sisi Allah yang maha mengetahui. Amal tanpa ikhlas bagaikan kelapa tanpa isi, raga tanpa nyawa, pohon tanpa buah, awan tanpa hujan, anak tanpa garis keturunan dan benih yang tidak tumbuh. Syeikh Abu Talib al-Maliki.

Dalam beramal didunia ini, janganlah kamu meninggalkan keikhlasan kerana Allah semata-mata. Amal ikhlaslah yang mendekatkanmu kepada-Nya dan memutuskanmu daripada selain-Nya Imam al-Junayd al-Baghdadi

Allah menyatakan dalam surah al-haj ayat 37 bermaksud 'daging dan darah binatang korban  ataupun hadiah itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya adalah amal yang ikhlas, berdasarkan takwa daripada kamu. Demikian ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk_Nya. Sampaikan berita gembira dengan balasan yang sebaik-baiknya kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya. Menurut Ibn Abbas, ketakqwaan di sini dimaksudkan dengan niat ikhlas.

Proses niat dan ikhlas ini diganggu gugat dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam suatu kisah Bani Israel.

Seorang ahli ibadah sangat tekun beribadah kepada Allah. Dia beribadah kepada Allah dalam kurun waktu yang lama. Suatu saat, datang sekelompok orang dan berkata kepadaNya, "Tuan, di negeri ini ada suatu kaum yang menyembah pohon besar dan tidak menyembah Allah".

Apabila mendengar laporan itu, ahli ibadah itu berasa marah. Beliau pun mengambil kapak, diletakkan kapak itu dibahunya. Lalu, dia pergi ke pohon besar yang disembah oleh orang di kampung itu. Ia bermaksud mahu menebang pohon supaya tidak disembah lagi oleh manusia.

Di pertengaan jalan, dia berjumpa dengan iblis yang menyerupai lelaki tua, sambil bertanya kepada ahli ibadah, "Kamu mahu kemana? semoga Allah merahmatimu."

Ahli ibadah berkata, "Aku mahu menebang pohon besar itu."

Iblis pun berkata, "Ada apa dengan pohon itu? Mengapa kamu perlu meninggalkan kesibukan ibadahmu dan membuang tenagamu bagi urusan lain?

Kata ahli ibadah, "menebang pohon besar itu supaya tidak disembah oleh manusia, adalah juga ibadah untukku".

Iblis berkata, "aku tidak akan membiarkan engkau menebang pohon itu".

Lalu terjadilah perkelahian antara ahli ibadah dengan iblis. Ahli ibadah itu memegang tubuh iblis, lalu dibantingkan ke tanah. ia duduk di atas dada iblis.

Iblis berkata, "Tolong, lepaskan aku. Biar aku jelaskan kepadamu."

Ahli ibadah melepas iblis itu dan iblis menjelaskan kepadanya , wahai saudaraku, sesungguhnya Allah tidak mewajibkanmu melakukan itu. Yang penting, engkau tidak menyembah pohon itu. Apa urusanmu dengan orang lain? Allah mempunyai nabi-nabi di bumi ini. Sekiranya dia menghendaki, pasti Dia mengutus nabi-Nya kepada penduduk negeri yang menyembah pohon itu. Lalu, Allah memerintahkan para nabi-Nya menebang pohon itu. 

Ahli ibadah itu tetap berkeras, "tidak, aku tetap akan menebang pohon itu."

Lalu, kembali lagi terjadi perkelahian antara ahli ibadah dengan iblis terjadi lagi. Ahli ibadah mengalahkan iblis. Iblis di bantingnya dan dia duduk di atas dada iblis sehingga iblis menjadi lemah tidak berdaya.

Iblis tidak kehabisan akal. Dia tetap memujuk ahli ibadah. Iblis berkata, "Bagaimana sekiranya kita berdamai sahaja? Aku ada tawaran untukmu, mudah-mudahan engkau mahu menerimanya."

Ahli ibadah bertanya, "Apa itu?"

Iblis menjawab, "Lepaskan aku, supaya aku dapat menjelaskannya kepadamu."

Ahli ibadah itu pun melepaskan iblis.

Iblis itu berkata, "Engkau orang miskin yang tidak punya apa-apa. Hidupmu bergantung pada kebaikan orang lain. Bagaimana supaya hidupmu layak dan mampu menolong orang lain, menolong tetangga, engkau dapat makan cukup, dan tidak lagi menggantungkan keperluanmu sehari-hari pada orang lain."

Kata ahli ibadah,"Baiklah."

Iblis berkata, "Janganlah engkau teruskan niatmu menebang pohon itu! Pulanglah ke rumahmu. Aku janji, mulai malam nanti, aku datang meletakkan wang dekat kepalamu sebanyak dua dinar. Setiap pagi engkau bangun, engkau memperoleh dua dinar itu. Ambillah dan belanjakan wang itu bagi memenuhi keperluanmu, keluargamu dan engkau juga boleh bersedekah kepada saudara-saudaramu. Perkara itu lebih baik, daripada engkau menebang pohon itu."

Ahli ibadah mulai terpengaruh dengan pujukan iblis. Dalam hati berkata, "Benar juga apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Aku ini bukan seorang nabi. Untuk apa aku menebang pohon itu? Allah tidak memerintahkan aku melakukannya. Sekiranya aku tidak menebang pohon itu pun aku tidak berdosa kepada Allah. Dan apa yang dijanjikan orang tua itu lebih baik untuk aku."

Akhirnya ahli ibadah itu pun termakan pujuk rayu iblis. Dia tidak jadi meneruskan maksudnya mahu menebang pohon yang disembah orang. Dia kembali menekuni ibadahnya. Dan seperti janji iblis keesokan harinya, apabila dia bangun pagi, dia melihat ada wang dua dinar dekat kepalanya, dan dia pun mengambilnya. Begitu juga pada hari kedua, dia dapati dua dinar dekat kepalanya, tetapi pada hari ketiga dan seterusnya, apabila bangun pagi, dia tidak lagi mendapati wang dua dinar. Iblis tidak lagi meletakkan wang itu dekat kepalanya lagi, iblis tidak lagi memberi wang.

Dan ahli ibadah pun marah. Dia mengambil kapak, diletakkan kapak itu di bahunya lalu pergi menuju pohon besar yang disembah-sembah orang, dan mahu menebangnya.

Di tengah jalan dia bertemu iblis, yang menyerupai seorang lelaki tua seperti sebelumnya.

Iblis bertanya, "Wahai ahli ibadah, mahu ke mana?"

Kata ahli ibadah, "Mahu menebang pohon itu!"

Iblis menjawab, "Demi Allah engkau pendusta. Engkau pasti tidak sanggup melakukannya. Tidak ada jalan untukmu bagi menebang pohon besar itu."

Lalu kembali terjadi perkelahian antara ahli ibadah dan iblis. Namun kini, tubuh ahli ibadah itu dipegang, diangkat lalu di banting oleh iblis. Iblis meletakkan tubuh ahli ibadah itu di antara kedua-dua kakinya. Iblis duduk di dadanya.

Iblis berkata, "Sekarang pilih, apakah engkau mahu menghentikan niatmu menebang pohon besar itu ataupun aku membunuhmu?"

Dalam keadaan tidak berdaya, ahli ibadah itu memandang kepada iblis sambil berkata, "Tolong lepaskan aku. Engkau sudah mengalahkanku. Aku berjanji tidak akan menebang pohon itu".

Ahli ibadah berkata lebih lanjut, tetapi tolong jelaskan kepadaku, mengapa boleh terjadi, ketika perkelahian pertama, aku mengalahkanmu, sedangkan sekarang engkau mengalahkanku."

Iblis berkata, " Dahulu engkau marah kerana Allah. Engkau mengalahkanku kerana pada masa itu engkau berniat menebang pohon besar itu semata-mata kerana Allah. Allah menjadikan engkau sanggup mengalahkanku. Namun, kali ini engkau marah kerana aku tidak memberi lagi wang kepadamu. Engkau marah kerana wang, kerana dunia, jadi aku mengalahkanmu."




























Antara aktiviti yang  dijalankan di KKAP. Pelajar yang menyertai perkhemahan ini berasa seronok. Beberapa program lain diadakan misalnya malam kebudayaan dan kejutan kepada pelajar yang menyambut hari jadi. Apapun, terima kasih kepada pihak pentadbir yang turun padang memastikan program ini berjalan dengan lancar dan pelajar yang terlibat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam mengatasi perasaan kurang keyakinan.
Friday, November 2, 2012













Tarikh : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa : 7.00 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, Maktab Sabah.

Program Sentuhan Jiwa, kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling difokuskan kepada pelajar Tingkatan 5 Kerjasama. Turut sama menyuntik semangat ialah Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang. Antara yang turut hadir ialah Puan Samsiah Almalek, PKP, Puan Juliah Matnoor, Penyelaras Tingkatan 5 dan Puan Danielle Foong Chai Yen, Guru Tingkatan 5 Kerjasama.
Antara yang difokuskan ialah agar pelajar berusaha meningkatkan prestasi akademik disamping dapat mengenalpasti hala tuju masing-masing dalam dunia pendidikan.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414