Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive













Unit Bimbingan & Kaunseling Maktab Sabah telah mengadakan Program Kepimpinan Badan-Badan Khas mulai 26 hingga 28 April 2012 di KK Adventure Park, Beringis Papar.Program ini yang disertai seramai 63 orang pelajar terdiri daripada Pembimbing Rakan Sebaya, BAKTI (Ketua Tingkatan & Pen. Ketua Tingkatan), Pengawas dan Pelajar Biasa. Rombongan bertolak dari Maktab Sabah mula jam 8.30 pagi dengan menaiki bas sekolah yang turut dinaiki oleh Cikgu Siti Masanaya Bilin, manakala sebahagian daripadanya menaiki kereta guru Cikgu Dato Zanalan Hj. Karbain dan Cikgu Jipanis Suali. 3 orang guru pelatih turut sama menjayakan majlis ini iaitu Cikgu Jinimy Dangku, Cikgu Diana Edward, Cikgu Celysca Laisin.
Sebaik saja rombongan sampai, taklimat telah diberikan oleh Pegawai KKAP kepada para peserta dan seterusnya mengendalikan aktiviti ice breaking. Selepas saja makan tengahhari, aktiviti team quest dan sukaneka diteruskan. Pada malamnya, aktiviti 'sayang si buta' dilaksanakan. Hampir jam 12.00 tengah malam pelajar dibenarkan berehat dan keesokaanya aktiviti 'ketahanan fizikal' diteruskan. Pelajar-pelajar lelaki telah menunaikan solat jumaat dan sebaik sahaja selesai makan tengah hari, aktiviti disambung semula.
Rombongan ini berasa gembira apabila barisan Pentadbir Sekolah iaitu Puan Samsiah Almalek (PKP) dan Datin Rosiah Liman (PKHEM) turut hadir bersama Cikgu Surilla Stimol (KGD) dan Puan Juliah Matnoor (GCBM).
Upacara penangguhan majlis program disempurnakan oleh Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua Cemerlang seterusnya menyampaikan hadiah kepada peserta. Dalam program itu, Syed Mohd Khuzairie (Penolong Ketua Tingkatan 5 Sejehtera) dinobatkan sebagai peserta terbaik lelaki manakala Dg.Khalilah Tan Sri Mohd Khalil (Tingkatan 3 Mutiara - PRS) dinobatkan peserta perempuan terbaik. Anugrah Tunas Harapan diberikan kepada Sdr. Mohd Zulhilmie dan Sdri Crystal Robert. Manakala Anugerah Kepimpinan diberikan Sdr. Dzulhafiz kategori lelaki dan Sdri Eshal Falisha Khan kategori perempuan.
Program tamat hampir jam 1.00 petang dan sebaik saja peserta selesai makan tengah hari pelajar menaiki bas sekolah untuk ke sekolah dan bergerak ke destinasi masing-masing. Usaha yang dilakukan ini diharap mampu mencemerlangkan sahsiah pelajar.







Taklimat khas dari Ust. Muhammad Fazli Madiah, KB Kemanusiaaan kepada pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS Lelaki), sebaik sahaja perhimpunan rasmi tamat. Usaha ini adalah untuk membolehkan setiap pentadbir sekolah dapat menggerakkan PRS agar lebih berperanan dalam membantu mewujudkan sekolah penyayang. Selain itu, beliau juga berharap agar penampilan PRS menjadi contoh dan model kepada pelajar lain dan menggesa agar setiap PRS dapat menonjolkan penampilan yang tidak melanggar peraturan sekolah terutama dalam penjagaan 'rambut'.
Gambar dibawah, PRS bersama Ketua Tingkatan 5 Sejahtera bergambar cikgu Surilla sebaik sahaja selesai membuat kutipan derma kematian kepada anggota keluarga salah seorang pelajar Tingkatan 5 Sejahtera 2012.
Thursday, April 5, 2012

















Tarikh : 4 April 2012 (Rabu)
Perasmi : Ybhg Datuk Dayang Mahani Pg. Tun Hj. Ahmad Raffae (Ex-Collegian 1971)
Sasaran : Semua Pelajar Cemerlang kokurikulum, Peperiksaan Dalaman, Peperiksaan Awam (PMR & SPM) dan Penerima Anugerah Khas.

Majlis Anugerah Cemerlang 2011, Maktab Sabah disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Datuk Dayang Mahani Pg. Tun Hj. Ahmad Raffae yang merupakan bekas pelajar Maktab Sabah sekitar tahun 1965-1971. Ybhg Datuk telah menyampaikan 5 anugerah khas kepada penerima iaitu Anugerah MPS - Olahragawan Harapan (Ahmad Nasaruddin Abd.Karim), Olahragawati Harapan (Izzah Rasyidah Abd. Karim), Olahragawan (Joseph Gordon De Souza), Olahragawati (Siti Aishatun Hussin), Anugerah OSCA - Kecemerlangan Kokurikulum (Marius Manoel), Anugerah PIBG - Khidmat Cemerlang (Nabihah Nissanto), Anugerah Pengetua - Cemerlang Akademik (Mohd Khairulanwar Rizalman) dan Anugerah Pendidik - Tokoh Pelajar (Ruvina Indran).
Antara yang turut menyampaikan hadiah ialah Ybhg Datin DK. Zeliha Pg. Jalaluddin - Setiausaha OSCA - Hadiah Kecemerlangan Kokurikulum, Yg. Berusaha Puan Samsiah Almalek, Penolong Kanan Pentadbiran (Peperiksaan Dalaman Ting.1 & Ting.2), manakala Penerima Hadiah bagi Peperiksaan Dalaman (Ting.4 dan Pra U1) disampaikan oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG dan Ybhg Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua Cemerlang menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang PMR & SPM 2011.
Akhir sekali, Maktab Sabah merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua tetamu yang menjayakan majlis tersebut khususnya semua ibubapa pelajar yang terlibat dan pengetua-pengetua sekolah yang turut memeriahkan majlis. Demikian juga rakaman terima kasih kepada yang menjayakan majlis ini secara langsung dan sebaliknya.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414