Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Wednesday, August 28, 2013





Tarikh : 17 April 2013.
Ceramah kesihatan yang disampaikan oleh En. Azizi, dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah lebih menjurus kepada kawalan penyakit tibi. Antara pelajar yang dilibatkan ialah pelajar Tingkatan 4. Program ini turut dihadiri oleh Penolong Kanan HEM, Puan Zunaida Zakaria yang turut menyampaikan cenderamata kepada penceramah tersebut. Program ini kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling.






YB Tan Sri Pandikar Amin telah membuat lawatan mengejut ke Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Kedatangan beliau disambut oleh Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang bersama guru-guru penolong kanan, guru disiplin dan guru kaunseling. Perjumpaan hampir sejam itu, menjurus tentang nostalgia YB Tan Sri semasa menjadi pelajar di sekolah tersebut suatu masa dahulu. Dalam lawatan tersebut YB Tan Sri sempat meninjau beberapa buah kelas pelajar untuk melihat susun atur keadaan kelas tersebut. Harapan pihak sekolah, semoga YB Tan Sri dapat membantu dari segi pembangunan infrastruktur sekolah untuk pelajar-pelajar yang merupakan bakal pelapis kepimpinan negara menikmati kemudahan tersebut dengan baik.
Friday, August 2, 2013

























Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan aktiviti Orientasi khusus kepada pelajar-pelajar Pra U1, 2013. Program ini mendapat sokongan sepenuhnya dari Guru-Guru Akademik Tingkatan Enam atau lebih mesra dipanggil pensyarah Pra U yang diketuai oleh Datin Hajah Norain Zakaria selaku Pengarah Projek. Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi membolehkan pelajar menunjukkan daya kepimpinan serta mewujudkan hubungan mesra di kalangan pelajar dan guru. Kelihatan dalam gambar En. Syrence John Ignatius, Pen. Kanan Kokurikulum menyampaikan hadiah kepada penerima semasa majlis penangguhan program tersebut. Pelajar-pelajar Pra U1, sempat juga mengelolakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang turut dihadiri oleh Puan Morene Liew Yen Yen, PK Pra U dan Puan Zunaidah Zakaria , PK HEM serta beberapa orang tenaga pengajar kerana pada hari tersebut sekolah mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Saudara Joel dan Saudari Natalia Fitri Lyla Sabardin telah dinobatkan sebagai peserta terbaik keseluruhan sepanjang program tersebut.














Asrama 1 Malaysia, Maktab Sabah telah mengadakan Lawatan ke Negara Brunei Darussalam. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah perlawanan hoki 'Piala Nuinda' yang melibatkan dua pasukan iaitu pasukan pelajar lelaki dan pasukan pelajar perempuan. Kedua-dua pasukan ini telah berjaya menewaskan pasukan Negara Brunei Darussalam. Selain itu, kumpulan ini juga dibawa melawat ke tempat-tempat menarik yang terdapat di negara tersebut. Lawatan ini yang mengambil masa 3 hari dua malam, diiringi oleh Ybhg Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua Cemerlang, Datin Rosiah Liman (Sekarang Mantan PK HEM), En. Musli Bin Andalan, Kaunselor, En. Hasrul Jideh (Ketua Warden Asrama) dan Ust. Mohd Radzi Amaran dan isteri, Warden Asrama, En. Ibrahim Hussin, Penyelia Asrama dan Puan Julia Matnoor, Guru Penasihat Hoki. Rombongan ini berlepas dari KKIA seawal jam 8:00 malam dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Brunei Darussalam lebih kurang 40 minit tempoh penerbangan.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414