Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Wednesday, February 17, 2016




















Ibubapa murid adalah contoh ikutan terbaik, kepada anak-anak dalam merelaisasikan hasrat Kemnetrian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan insan yang seimbang jasmani, emosi rohani dan intelek. Kecemerlangan pendidikan anak-anak bukan diletakkan sepenuhnya ke atas bahu guru, malah kolaborasi antara ibu bapa dan sekolah iaitu guru perlu seiring dari semasa ke semasa. Justeru, melihat daripada aspek itu, Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Biro Pendidikan PIBG Maktab Sabah, berhasrat mengelolakan seminar keibubapaan untuk semua ibubapa murid berkongsi idea dan pandangan dalam mencemerlangkan pencapaian akademik murid Maktab Sabah.

Seminar Keibubapaan ini, bukan sahaja mampu membantu kecemerlangan ibu bapa dalam mendidik anak malahan turut memotivasikan ibu bapa agar terus memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mencari pendekatan atau kaedah untuk kecemerlangan anak-anak mereka.

Antara objektif program ini adalah:
i.   Merapatkan hubungan antara guru dan ibu bapa dalam suasana yang harmoni.
ii. Memastikan guru dan ibu bapa boleh bertukar-tukar pandangan dalam usaha melahirkan modal           insan melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
iii. Mewujudkan semangat setiakawan dan  sumber jaringan ilmu dalam menjayakan aktiviti-aktiviti       Maktab Sabah.

Majlis dirasmikan oleh;

YBhg. Datuk Noni J. Said
Ex-Collegian 1971 - 1972 




30 Januari 2016, merupakan tarikh kejohanan merentas desa antara rumah-rumah sukan. Terdapat Empat buah Rumah Sukan iaitu SABAH, Gaya, Charter dan Colony. Pelepasan peserta disempurnakan oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG, Maktab Sabah, manakala majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Ybhg Tuan Hj. Mustapha Hj. Kula, bekas pelajar Maktab Sabah 1963 hingga tahun 1972. Dalam kejohanan tersebut Rumah Colony berjaya mengutip sebanyak 881 mata, diikuti Rumah Gaya 691 mata, Rumah SABAH sebanyak 667 mata dan Rumah Charter sebanyak 639 mata. Nurul Syafiqa Mohd Yassin dari Rumah SABAH telah menjadi Johan dalam Kategori Perempuan C dan Syarulnizam Bin Jamdin, Johan dalam kategori Lelaki C. Manakala Rosalinda Ronnie dari Rumah Colony menjadi Johan dalam Kategori Perempuan B dan Mohammad Zulfikri Mohd Amir, dari Rumah SABAH, Johan bagi kategori Lelaki B. Bagi kategori Lelaki A dan Perempuan A, masing-masing dimenangi oleh  Muhammad Hafizzal Bin Zailan, Rumah Charter dan Nurazra Munirah Binti Rizalman dari Rumah Colony. 
Syabas dan tahniah diucapkan...kepada semua yang menjayakan temasya tersebut.





Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah telah mengelolakan Program Destinasi Ku Tingkatan 3, dari 2 hingga 4 Februari 2016. Program ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang dan sempat menyampaikan amanah kepada calon PT3, 2016. Selain itu, taklimat menjawab mata pelajaran Sejarah dan Geografi juga turut didedahkan kepada pelajar oleh Cikgu Arusinah dan Cikgu Abd Manaf Taliyor. Unit Perkhidmatan Kaunseling, turut menyampaikan ceramah penetapan target dan pengurusan masa. Perkongsian ilmu dengan pelajar cemerlang PT3, 2015 iaitu Sdr Arfan Nafiq sedikit sebanyak menyuntik semangat pelajar PT3, 2016.
Wednesday, February 10, 2016















16 Januari merupakan tarikh kelahiran Maktab Sabah. Sekolah ini telah berusia 59 tahun sejak penubuhannya sehingga sekarang. Sempena ulang tahun Maktab Sabah tahun 2016 ia disempurnakan oleh Ybhg Datuk Haji Abd Ghani Hj. Abdul Rashid, mantan Presiden OSCA. Beberapa aktiviti dirancang antaranya ialah persembahan keroncong, persembahan tarian, derma darah dan pameran seni. Semoga usaha yang dilakukan ini akan lebih memberi semangat kepada warga sekolah mencintai Maktab Sabah. 

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414