Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. Kejohanan ini berlangsung di Stadium Penampang, Sabah. Kejohanan ini disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah. Hadir sama dalam kejohanan ini ialah Ybrs Tuan Suhaimi Bin Matsah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Antara tujuan kejohanan ini ialah memilih atlet untuk mewakili daerah Kota Kinabalu ke kejohanan MSSS Peringkat Negeri di Sandakan, Sabah.
Mutakhir ini semakin banyak kes salah laku seksual yang melibatkan remaja bawah umur yang berpunca daripada penggunaan gajet / internet tanpa kawalan. Ia menyebabkan anak remaja sentiasa berisiko terdedah kepada bahan lucah dan pornografi. Impak pornografi terhadap anak remaja amat membimangkan kerana boleh menjerumuskan mereka kepada kegiatan sosial negatif yang membimbangkan seperti khalwat, zina dan hamil di luar nikah.
Pornografi.
Isu pornografi kian bertambah parah dengan kewujudan internet dan kehadiran media sosial di era globalisasi masa kini. Bahan pornogrfai atau berunusur lucah bukan sahaj mudah diperoleh malah kerap disuakan kepada melalui iklan atau pos di platform media sosial. Memperolehi bahan pornografi semudah satu klik atau menekan butan 'cari' di enjin carian. Golongan yang paling terdedah kepada bahaya pornografi semestinya adalah remaja. Golongan berdarah muda ini mempunyai sifat ingin tahu dan mencuba yang tinggi.
Definisi Pornografi.
Pornografi adalah bahan lucah berbentuk tulisan, imej ataupun visual yang merangsang nafsu dan keiningan seksual. ia turut dikenali dengan nama porn, smut, dan sebagainya. Malangnya, pornografi telahpun dianggap sebagai norma dalam kalangan masyarakat kita kini yang kononnya berfikiran terbuka dan moden.
Kebanyakan individu yang menonton pornografi, baik lelaki mahupun wanita cenderung menggunakan alasan bahawa ia dapat mengembangkan pengetahuan dan fantasi sesksual seterusnya meningkatkan rangsangan dan nikmat ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan mereka. Maka tidak hairanlah ada pasangan berkahwin yang menonton video lucah bersama-sama dirumah kononnya dengan niat untuk mempelajari kemahiran atau posisi seks yang pelbagai.
Statistik Pornografi.
Di Malaysia masih belum ada kajian berskala besar dilakukan mengenai permasalahan ketagihan pornografi dalam kalangan remaja di Malaysia, akan tetapi tidak mustahil tahap permasalahannya yang hampir sama. masalah pornografi adalah masalah global yang meracuni seluruh masyarakat dunia. Berikut adalah statistik berkaitan permasalahan pornografi yang dialami di Amerika Syarikat. (Sttistik menunjukkan kecenderungan pornografi di kalangan remaja dan belia.
32% - Remaja menonton porno
43% Remaja menonton porno secara mingguan
70% - Remaja lelaki yang menonton porno dalam talian sekurang-kurangnya sekali selama 30 minit secara terus menerus.
35% - remaja lelaki yang menonton porno dalam talian selama sekurang-kurangnya 30 minit secara terus menerus sebanyak 10 atau lebih kali.
13% - remaja lelaki menyatakan pilihan porno yang ditonton semakin ekstrem.
23% - Remaja dan belia lelaki berumur antara 16 - 20 tahun tidak dapat berhenti daripada menonton porno.
10% -Remaja perempuan menyatakan pilihan porno yang ditonton semakin ekstrem.
8% - remaja dan belia perempuan berumur antara 16 - 20 tahun tidak dapat berhenti daripada menonton porno.
Kesan pornografi kepada kesihatan.
Kesan ketagihan pornografi pada peringkat awal tidak kelihatan ketara. Tetapi semakin lama aktiviti ini dilakukan, semakin jelas kesan-kesannya.
Kesan kepada remaja..
1. Penurunan prestasi kerja dan kebolehan berfikir.
2. Manusia mampu bekerja, berfikir dan berfungsi dengan baik apabila setiap keperluan emosinya dipenuhi serta hormon dalam badannya terhasil secara seimbang. Manakala, seseorang yang ketagihan pornografi menerima rangsangan kegembiraan dan kepuasan yang berlebihan. hasilnya, mereka sering merasa kepenatan, banyak tidur, dan kurang produktif dalam kerja-kerja seharian.
3. Cenderung kepada masalah depresi.
4. Mereka yang ketagihan pornografi cenderung untuk bersikap anti sosial. mereka selalu menyendiri di dalam bilik atau ruang privasi yang membolehkan mereka melakukan aktiviti mereka tanpa dilihat oleh orang lain. Akhirnya, mereka menjadi kurang pandai bergaul dan cenderung untuk mengalami masalah kesihatan mental terutamanya kemurungan (depression).
Kesan kepada orang dewasa.
1. Masalah hubungan kelamin.
Tidak dapat capai kepuasan hubungan kelamin suami isteri. Pornografi mempengaruhi tanggapan seseorang tentang aktiviti seksual. Tanggapan in mengurangkan kepuasan seksual seseorang apabila melakukan hubungan seks dengan pasangannya kerana aktiviti sebenar tidak memenuhi jangkaan ketika menggunakan atau menonton bahan lucah. Ini menghalang diri daripada menikmati seks yang normal.
2. Sukar beri komitmen dan cenderung untuk curang.
Apabila fantasi seksual menguasai diri dan sekiranya pasangannya tidak memenuhi fantasi itu, pasangan itu menjadi tidak berguna. Seseorang yang obses dengan pornografi menginginkan pasangan yang sempuran secara fizikal dan hebat di ranjang. Ini menyebabkan mereka cenderung menjalinkan hubungan seksual dengan orang lain atau beberapa orang lain bagi mencapai nikmat fantasinya.
3. Perkahwinan yang menyeksakan.
Perkahwinan mengimabngi kenikmatan hidup berpasangan dan tanggungjawab berkeluarga. Pornografi menyebabkan suami dan isteri tidak dapat mengecapi kepuasan seksual dan kebahagiaan berpasangan. Ini boleh menyebabkan institusi kekeluargaan itu menjadi rapuh dan akhirnya runtuh. In boleh menimbulkan lebih banyak masalah.
4. Cenderung bersifat agresif dalam rumah tangga.
Kajian menunjukan bahawa pornografi yang mengandungi aksi sesksual aggresif boleh mempengaruhi sikap terhadap pasangan mahu pun anak-anak sama ada melalui percakapan atau perbuatan.
5. Hialngnya hormat kepada pasangan.
Lelaki memandang wanita tidak lebih daripada pemuas nafsunya. Wanita memandang lelaki sebagai insan yang tidak memberi faedah kepadanya, malah merasakan mereka boleh hidup tanpa pasangannya. lelaki dan wanita masing-masing gagal untuk menghargai peranan dan keistimewaan masing-masing yang ada posisi, tanggungjawab, dan keistemewaannya yang telah pun di gariskan dalam agama.
6. Kesan terhadap kesihatan fizikal.
Pornografi mendorong tabiat melancap yang boleh mengakibatkan kaum lelaki mati pucuk. Mereka lebih terangsang melalui visual seksual berbanding keintiman fizikal.
Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks makanan ruji kita itu nasi, apabila diberi nasi maka hilanglah rasa lapar itu. Kedua-dua sifat iaitu lapar dan dahaga menunjukkan bahawa seseorang itu memerlukan air dan makanan. Apabila berasa dahaga, diberinya air, apabila ia lapar, diberinya nasi.
Maksud pepatah ini; seseorang yang memperoleh apa yang dihajatinya.
Ilmu dapat memberikan banyak perkara yang kita hajati. Kita harus menerima hakikat bahawa sesetengah daripada kemewahan atau kesenangan disumbangkan oleh ilmu yang kita miliki. Apakah yang manusia mahukan di dunia ini? Manusia mahukan kemewahan, manusia mahukan kesenangan, manusia mahukan kawan-kawan, manusia mahukan harta benda dan lain-lain.
Apa sahaja yang diingini manusia itu kebanyakannya boleh diperoleh apabila seseorang itu mempunyai wang. Namun, bagi memperoleh wang, mereka harus mempunyai ilmu. Hanya ilmulah sahaja 'lesen' bagi mendapatkan sesuatu di dunia ini. Dengan ilmu, kita dapat mencorak keinginan kita menjadi suatu realiti.
Ilmu dapat menjamin masa depan seseorang itu. Ilmu yang baik dapat memberi pulangan yang baik, dan begitulah sebaliknya.
Berkaitan peribahasa ini, Rasulullah SAW, bersabda, maksudnya'Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat, maka hendaklah ia berilmu, dan sesiapa yang inginkan kedua-duanya (dunia dan akhirat), maka hendaklah ia berilmu.
Apa yang dapat kita fahami ialah ilmu menjamin kebahagiaan kita di dunia mahupun di akhirat. seseorang akan mendapat apa yang diimpikannya di dunia sekiranya dia mempunyai ilmu. Pekerjaan yang baik, kemuliaan disisi manusia lain, keluarga dan kehidupan yang mulia dan segala macam keiningnan dan kehendak manusia yang pelbagai.
Seseorang yang inginkan kehidupan yang baik di akhirat tempat tinggal yang abadi perlu juga berilmu. Pengetahuan tentang aqidah, ibadah dan akhlak perlulah seiring untuk ditimba sebagai bekal menjadi muslim yang taat kepada perintah Allah SWT. Banyak para ilmuan dan cendekiawan Islam terdahulu yang dapat diteladani dan dijadikan contoh. Melalui pengalaman hidup mereka , kejayaan demi kejayaan yang mereka peroleh hasil usaha dalam menuntut ilmu bermula dari awal lagi. Ternyata mereka lahir sebagai ilmuwan dan orang yang berjaya dan pencetus kepada kebangkitan dalam pelbagai bidang ilmu.
Ilmu merupakan aset yang paling penting buat manusia untuk mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat. Di dunia, dengan ilmu kita memperoleh kejayaan, dengan kejayaan kita memperoleh wang, dengan wang kita boleh memiliki apa-apa sahaja yang kita mahukan. Manakala bagi pengamal ilmu tentang agama Islam yang menguatkan lagi iman mereka akan menjadi penyelamat ketika di akhirat kelak.
Mempunyai keistemewaan tersendiri.
- Menyemai diri agar menjadi seorang yang memiliki keistemewaan tersendiri. Contoh;-
- Keunikan ----- disukai ramai orang ------ menimbulkan minat
- Kelemahan-----tidak disukai ramai orang-----menimbulkan kebencian.
- Sikap ikhlas adalah suatu keunikan
- Sikap berpura-pura akan melenyapkan ketulusan
- Melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang isi kandungan perbincangan dan pihak yang terlibat dalam interaksi. Ketika perbincangan diingatkan bahawa pengumpulan maklumat yang lengkap dan bersemangat membolehkan pihak yang terlibat mempunyai tanggapan yang baik dan berkeyakinan terhadap kita.
- Melengkapkan diri agar menjadi orang yang berguna. 'Berguna' merujuk kepada persepsi orang lain terhadap kita bahawa diri kita membawa manfaat kepada orang lain dan bukannya semata-mata daripada tanggapan diri sendiri, serta berkeupayaan membentuk diri menjadi seorang penyelesai masalah.
- Penonjolan diri yang baik perlulah mengambil kira kesesuaian keadaan, iaitu bertindak balas mengikut perubahan persekitaran contohnya masa, tempat dan budaya. Selain itu mempertimbangkan situasi dan meninggalkan imej yang baik dengan membuat penilaian kekuatan dan kelebihan diri.
Penonjolan diri adalah suatu keperluan yang penting pada masa kini. Tiada sesiapa pun akan mengenali diri anda jika anda tidak berusaha untuk menonjolkan diri.
Pendekatan klasikal.
- Bertindak secara pasif dalam memperjuangkan peluang.
- Terlalu berwaspada dalam pertuturan dan kelakuan
- Rendah diri
- Konservatif
- Bersikap positif.
- Berterus terang
- Berinisiatif
- Berkeyakinan untuk berbahas
- Proaktif.
- Membolehkan seseorang melakukan sesuatu perkara dengan lancar agar dapat mencapai kejayaan lebih cepat daripada orang lain.
- Memenuhi keperluan sempurna diri.
- Kenapakah kita harus menerima.
- Apakah kebaikan jika kita menerima.
- Meyakinkan orang lain
- Membolehkan orang lain menerima pandangan kita
- Mendapatkan sokongan penuh daripada semua orang
- Mencapai kejayaan.
- Cikgu Jul memenangi permainan catur itu.
- Jurujual berjaya menyempurnakan tugasan dan mempraktikkan penonjolan diri sebagai jurujual akhbar yang efektif.
- Situasi menang-menang memuaskan kedua-dua belah pihak.