Tazkirah
Character is what you know you are, not what others think you have.
Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.
Featured post
Admin Blog

MUSLI ANDALAN
Sunday, November 22, 2009


Sdr. Khairil (Ting. 4 Sejahtera) menerima pen drive 2G , atas hasil penulisan yang diberikan oleh Bimbingan & Kaunseling semasa kelas gantian. Hadiah disampaikan semasa P&P MP Bahasa Malaysia dan turut disaksikan oleh En. Makir Abd. Kadir.
Kesempatan ini juga, saya mengingatkan kepada pelajar-pelajar Maktab Sabah agar terus mengutamakan kecemerlangan dalam menempatkan diri bersama pelajar yang memiliki minda kelas pertama dan yang mengutamakan prestasi cemerlang dalam akademik.
SELAMAT BERCUTI....DAN KEPADA CALON SPM & STPM 2009, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.
SELAMAT DATANG 2010, KEPADA WARGA BARU MAKTAB SABAH IAITU...PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1.
Tuesday, November 17, 2009
18 November adalah merupakan tarikh keramat bagi calon SPM & STPM 2009. Ini kerana pelajar akan menduduki peperiksaan demi kecemerlangan hidup dan masa depan. Ingatlah selama ini anda berjuang untuk sebuah kejayaan yang berharga bagi dihadiahkan kepada ibubapa, keluarga, guru-guru dan juga sahabat handai.
Apa yang perlu anda lakukan ialah;
1. Memastikan anda hadir sepanjang tempoh peperiksaan dengan merujuk jadual waktu peperiksaan.
2. Memasuki dewan peperiksaan dan meninggalkan dewan peperiksaan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
3. Memastikan peralatan dan semua dokumen dibawa.
4. Membawa pakaian tambahan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kerana faktor cuaca yang tidak menentu.
5. Menghubungi pihak sekolah atau guru-guru bagi sebarang halangan yang anda hadapi sepanjang peperiksaan.
6. Meminta ibubapa menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
7. Sentiasa ingatkan tips-tips persediaan peperiksaan agar sentiasa bertenang dan doa kepada Allah swt.
8. INGATLAH kami guru-guru anda & kedua-dua ibubapa anda mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anda SEMUA.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.
'USAHA, DOA & TAWAKAL'
Apa yang perlu anda lakukan ialah;
1. Memastikan anda hadir sepanjang tempoh peperiksaan dengan merujuk jadual waktu peperiksaan.
2. Memasuki dewan peperiksaan dan meninggalkan dewan peperiksaan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
3. Memastikan peralatan dan semua dokumen dibawa.
4. Membawa pakaian tambahan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kerana faktor cuaca yang tidak menentu.
5. Menghubungi pihak sekolah atau guru-guru bagi sebarang halangan yang anda hadapi sepanjang peperiksaan.
6. Meminta ibubapa menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
7. Sentiasa ingatkan tips-tips persediaan peperiksaan agar sentiasa bertenang dan doa kepada Allah swt.
8. INGATLAH kami guru-guru anda & kedua-dua ibubapa anda mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anda SEMUA.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.
'USAHA, DOA & TAWAKAL'
Thursday, November 12, 2009
Tuesday, November 10, 2009
Tarikh : 9 hingga 12 Nov 2009
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan (N)
Sasaran : Guru-guru Bimbingan Sek.Rendah
Kelolaan : Majlis Guru Kaunseling SM, Daerah Kota Kinabalu
Seramai 72 orang GBK SR dari seluruh negeri Sabah menyertai Kursus Peningkatan Perkhidmatan B&K. Kursus ini dikelolakan oleh GBK SM yang merupakan JU (N) serta Guru Cemerlang B&K. Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan ialah;
1. Buku Rekod Perkhidmatan oleh Tuan Awang Hj.Mad Said, Pen.Pengarah Kanan, SPPK
2. Modul BK SR oleh Cr. Musli Bin Andalan, GC BK,Maktab Sabah
3. Kaunseling Berfokus oleh Cik Wan Sanoni Ibrahim, JU (N) GBK SM.All Saints
Manakala pembentang kertas kerja lain ialah
1. Cr. Noraidah Othman,GC BK SM.St.Francis Convent
2. Cr. Hajah Hasimah Abd.Malek, KK High
3. Cr. Borhan Abd.Karim, SM.Teknik
4. En. Mat Diris Ismail, GC BK SM.Agama Inanam
5. Puan Zaiton Ismail, GC BK, SMK.Putatan
6. Puan Kamsiah Zakaria, SMK.Sanzac
7. Puan Fazliah Abd.Rahman, SMAKK
8. Puan Rosliza, SMAI.
dan dibantu oleh 2 orang urusetia iaitu
1. En. Rustam dari SK. Sg. Damit & En. Rosmat dari SK.Siti Pg. Apsah.
Adalah diharapkan dengan perkongsian ini, dapat memartabatkan perkhidmatan BK di sekolah dalam usaha melahirkan modal insan yang seimbang dalam aspek JERIS.
Friday, November 6, 2009
Puan Fazliah (SMAKK), Puan Noraida (St.Francis Convent) & Puan Rosliza (SMAI)
Tarikh : 6 November 2009
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SPPK, JPNS Kota Kinabalu
Sasaran : Seramai 10 orang JK dari Daerah Kota Kinabalu
(Mesyuarat akhir persediaan kursus pada 9 hingga 12 Nov di BTP, JPNS,Penampang)
Pengerusi : Ybhg Ir Datu Jamigul Datu Salin, KS SPPK
Turut Hadir : En. Awang Haji Madsaid, Pen.Pengarah Kanan BK,SPPK,JPNS,KK
Antara yang dibincangkan ialah;
1. Ucapan Pengerusi
2. Laporan Minit Mesyuarat Lepas 30 Okt. 2009
3. Laporan Setiap JK
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Taklimat Mesy. Pengurusan Kaunseling Berfokus
6. Hal-hal lain
Antara lain ucapan KS ialah agar GBK terus meningkatkan ilmu dan memantapkan perkhidmatan BK agar lebih berkesan dalam membantu membentuk sahsiah pelajar agar lebih cemerlang.
En. Awang Hj.Madsaid, menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ybhg En.Aidie Jantan,KPM sambil diperhatikan oleh En. Abd.Rahim Othman.
Puan Naemah(P.Pinang),Puan Salinah (Melaka),Puan Zalilah(P.Pinang),Cik Sefiah(Sabah) dan Cik Zuhaini (Kedah)
Tempat : Hotel Federal, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur
Sasaran : JU Setiap Negeri
Wakil Negeri Sabah : En. Awang Hj.Madsaid, Pen.Pengarah Kanan BK,SPPK JPNS
Cr. Musli Bin Andalan, Kaunselor Maktab Sabah
Cr. Sefiah Abd. Kahar, Kaunselor St.Mary Limbahau, Papar
Pegawai KPM : En. Abd. Rahim Othman, Penolong Pengarah Pengurusan SM
Perasmi : En. Aidie Jantan, KPM, Bahagian Sekolah Menengah
Program ini adalah kelolaan Majlis Guru Kaunseling Daerah Hulu Langat, Selangor dibawah pimpinan En. Samsul Dullah, Pegawai HEM Daerah Hulu Langat.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Renungan KITA SEMUA
Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.
Lukmanul Hakim
Keluarga Ku.

MUSLIAH H.M.A
Renungan
Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.
Wahai Diri
A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.
Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.
Sahabat Blogger
Selamat Datang
Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414