Tazkirah
Featured post
Admin Blog

MUSLI ANDALAN
Rujukan Kami : MS(KK)/P/01/010
Tarikh : 22 September 2011
Ibu bapa / Penjaga Pelajar
Tingkatan 3
Maktab Sabah
Kota Kinabalu.
Datuk/Datin/Tuan/Puan,
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 4 HINGGA 11 OKTOBER 2011.
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berlangsung pada 4 hingga 11 Oktober 2011 seperti ketetapan berikut;
TARIKH | MASA | MATA PELAJARAN |
4 Okt 2011 (Selasa) | 08.10 – 09.10 pagi 09.50 – 11.50 pagi 02.30 – 04.30 petang | Bahasa Melayu 1 Bahasa Melayu 2 Pendidikan Islam 1
|
5 Okt 2011 (Rabu) | 08.10 – 09.10 pagi 09.50 – 11.20 pagi 02.30 – 03.45 petang | Bahasa Inggeris 1 Bahasa Inggeris 2 Geografi
|
6 Okt 2011 (Khamis) | 08.10 – 09.10 pagi 10.30 – 12.00 tgh 02.30 – 03.45 petang | Science 1 Science 2 Sejarah
|
7 Okt hingga 9 Okt 201 (Jumaat hingga Ahad) | Pelajar membuat persediaan bagi mata pelajaran untuk hari seterusnya. | |
10 Okt 2011 (Isnin) | 08.10 – 09.25 pagi 10.40 – 12.25 tgh 02.30 – 04.00 petang | Mathematics 1 Mathematics 2 KHB – Kemahiran Teknikal KHB – ERT KHB – Perdagangan & Keusahawanan
|
11 Okt 2011 (Selasa) | 08.10 – 10.40 pagi 08.10 – 09.25 pagi 11.10 – 12.10 pagi | Bahasa Arab Bahasa Kadazandusun Kertas 2 Bahasa Kadazandusun Kertas 1 |
03. Oleh itu, pihak sekolah memohon kerjasama Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk memastikan persediaan peralatan alat tulis anak-anak menghadapi peperiksaan dan mengawasi kehadiran ke sekolah sepanjang tempoh tersebut. Hal demikian bagi mengelakkan kes keciciran dan perkara-perkara lain yang tidak diingini.
04. Semua pelajar Tingkatan 3 diberi cuti pada 12 hingga 23 Oktober 2011 dan dikehendaki kembali ke sekolah pada 24 Oktober 2011 (Isnin) untuk mengikuti program selepas PMR. Bersama ini disertakan Jadual Aktiviti PMR untuk rujukan dan makluman.
Tarikh | Aktiviti / Program |
24.10.2011 Hingga 28.10.2011
| Pengisian Program Selepas PMR.
o Taklimat Program o Pembentukan Kumpulan o Latihan Dinamika Kumpulan o Program Bersama Panitia Mata Pelajaran o Lawatan o Ceramah ‘Persediaan Ke Sekolah Teknik & Vokasional’ o Ceramah Pendidikan Kerjaya o Pengurusan Jenazah o Tayangan Video
|
31.10.2011
Hingga 04.10.2011 | Aktiviti Sukan & Permainan Antara Kelas Mengikut Kategori L/P
o Permainan Bola Sepak o Permainan Bola Jaring o Permainan Bola Tampar o Permainan Futsal o Permainan Badminton
|
07.11.2011
Hingga 09.11.2011 | o Gotong Royong Perdana o Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 3 o Majlis Penutupan Program
|
05. Kerjasama dan perhatian Datuk/Datin/Tuan/Puan amat diperlukan demi kecemerlangan pelajar dan kita berdoa mudah-mudahan anak-anak pelajar akan dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
PUAN HAJAH NUINDA HAJI ALIAS
Pengetua Cemerlang
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Sk. Fail
Ibu bapa / Penjaga pelajar
Tingkatan 1, 2 dan 4
Maktab Sabah
Kota Kinabalu
Datuk / Datin / Tuan / Puan,
MAKLUMAN PEPERIKSAAN AWAM PMR DAN CUTI BELAJAR BAGI TINGKATAN 1, 2 DAN 4.
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
02. Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dilaksanakan pada 4 Oktober hingga 11 Oktober 2011. Sehubungan dengan itu, semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 diberikan cuti bagi memberi laluan kelas peperiksaan PMR. Anak Datuk / Datin / Tuan / Puan dikehendaki hadir semula ke sekolah pada 12 Oktober 2011 (Rabu) dan seterusnya menduduki peperiksaan akhir tahun yang bermula pada tarikh tersebut.
03. Semua pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 5, Pra U1 dan Pra U2 wajib hadir ke sekolah dalam tempoh tersebut untuk mengikuti Peperiksaan PMR dan pembelajaran seperti biasa bagi Tingkatan 5, Pra U1 dan Pra U2.
04. Kerjasama pihak Datuk / Datin / Tuan / Puan dalam hal ini amat dihargai demi kejayaan pelajar.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
PUAN HAJAH NUINDA HAJI ALIAS
Pengetua Cemerlang,
Maktab Sabah, Kota Kinabalu
Sk. Fail
Renungan KITA SEMUA
Keluarga Ku.

MUSLIAH H.M.A