Thursday, May 26, 2011

Aktiviti Pembimbing Rakan Sebaya, Maktab Sabah














Sekitar paparan aktiviti PRS iaitu akan mendengar taklimat daripada Barisan Pentadbir mahupun guru-guru Penasihat PRS sebaik sahaja perhimpunan mingguan. Antara tujuan lain perjumpaan ini adalah untuk memastikan PRS lebih kreatif memainkan peranan penting dalam membantu rakan dan seterusnya mencemerlangkan diri sendiri. PRS tahun ini diketuai oleh Sdri Nabihah Nisanto.

Sumbangan Kolej PTPL




Wakil Kolej PTPL Cik Hajar, telah menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan hadiah untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam Program Orientasi Pra U1, 2011. Kelihatan Cikgu Noraisah, wakil Maktab Sabah bersama dengan pelajar-pelajar MPP merakamkan gambar kenangan bersama cik Hajar.

Program Strategi Menjawab Soalan SPM.





Seramai 20 orang pelajar Maktab Sabah telah menyertai Program Strategi Menjawab Soalan SPM di SMK Dato Peter Mojuntin, Penampang. Program ini dianjurkan oleh Bank Rakyat Cawangan Penampang. Semoga penyertaan pelajar ke program ini mampu membantu pelajar mengetahui teknik menjawab soalan dengan cemerlang.

Sekitar Mesyuarat Agong PIBG.










Program Orientasi Pra U1, 2011
















Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah telah mengadakan Program Orientasi Pra U1, 2011, bermula pada 11 Mei hingga 26 Mei 2011 iaitu lebih kurang 3 minggu. Ini kerana sekolah mengadakan peperiksaan pertengahan tahun, dan UBK telah menyusun program seperti ceramah mata pelajaran, bersama dengan pihak OSCA, kembara alam, sukaneka, ujian diagnsotik selain dari mengenalpasti trait personaliti diri. Program ini telah disempurnakan penutupannya oleh Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang. Dalam program itu turut disampaikan beberapa hadiah iaitu kepada Penghulu & Penghuluwati program iaitu Sdr. Steve Tay Kok Kheong dan Sdri Jessica Januarius. Selain itu disampaikan juga peserta terbaik sepanjang program iaitu Sdr Mohd Fauzi Kallam dan Sdri Hawa Noraina Bt. Hussin. Bagi pihak GBK Maktab Sabah, kami mengharapkan program ini dapat memberi manfaat yang berfaedah kepada pelajar-pelajar Pra U1. Tahniah dan terima kasih juga atas penglibatan pelajar Pra U2, yang menyusun atur program sukaneka dan hiking dan komitmen penuh guru-guru akademik, tingkatan 6.

Ceramah Motivasi di SK.Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu





Sesi ceramah di SK.Tanjung Aru 1, kelolaan mahasiswa/i UMS Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan. Program ini melibatkan semua pelajar tahun 5, dan Pengarah Program ialah En. Hashim. Diharapkan perkongsian ilmu, membantu pelajar bermotivasi dan mahasiswa/i dapat menghasilkan penulisan dengan baik dan cemerlang.

Majlis Perpisahan Guru Praktikum & Ceramah Motivasi Di SMK.Inanam,KK




Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua menyampaikan cenderahati kepada En. Hisham, Guru Praktikum selama 3 bulan di Maktab Sabah. Terima Kasih, atas perkhidmatan di Maktab Sabah. Kalau ada jodoh dengan Maktab Sabah, insyaallah bertemu jua. Teruskan semangat juangmu...wahai En. Hisham dan Emanuel.




Bersama dengan En. Emanuel & En. Hisham dan Cikgu Dato Zanalan.

Bersama dengan Guru Kaunseling, SMK. Inanam & Pelajar2 Pra U1, semasa slot Ceramah 'Stail Pembelajaran Pra U' pada 19 Mei 2011 (Khamis). Diharapkan perkongsian ilmu, memotivasikan pelajar untuk lebih berdaya saing.

Friday, May 6, 2011

Pendaftaran Tingkatan Enam 2011/2012

Tarikh : 9 Mei 2011 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh
Pakaian : Seragam Sekolah
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah

Calon SPM 2010 yang berjaya disenaraikan mengikuti Pembelajaran ke Tingkatan Enam di Maktab Sabah, Kota Kinabalu dikehendaki mendaftarkan diri dengan kadar SEGERA dan menyediakan wang sebanyak lebih kurang RM600.00 untuk bayaran seperti berikut;
  • Yuran Tambahan Sekolah
  • Bayaran KOPERASI
  • Yuran PIBG
  • Pakaian Seragam Pelajar-Pelajar Pra U
Pada masa yang sama pelajar-pelajar juga dinasihatkan untuk menyediakan salinan dokumen-dokumen sebanyak 3 salinan setiap satu dan membawa juga dokumen asal semasa pendaftaran tersebut iaitu;
  • Surat Penempatan Ke Tingkatan Enam
  • Keputusan SPM 2010
  • Kad Pengenalan Pelajar &l Kad Pengenalan Ibu Bapa
  • Sijil Kelahiran Pelajar
  • Sijil-Sijil yang berkaitan
  • Borang SMM
Sehubungan itu, Program Orientasi Pra U, akan diadakan mulai 11 Mei 2011 (Rabu) dan kehadiran pelajar sepanjang program tersebut adalah WAJIB. Di kesempatan ini juga kita ingin mengingatkan pelajar agar sentiasa menjaga penampilan diri semasa berada di kawasan sekolah sesuai dengan imej seorang pelajar.

Semoga maklumat yang diberikan ini, dapat membantu dan menjadi garis panduan kepada pelajar untuk mengetahui maklumat pendaftaran Tingkatan 6 di Maktab Sabah. SELAMAT DATANG DAN SEMOGA PENEMPATAN ANDA DI MAKTAB SABAH, AKAN MENJADI BATU LONCATAN UNTUK TERUS CEMERLANG DALAM PENDIDIKAN.