Friday, September 14, 2012

Program PENGANTARABANGSAAN PRS & PERGERAKAN PUTERI ISLAM.






















Tarikh : 30 Ogos hingga 1 September 2012 (Khamis hingga Sabtu)
Pelajar : Pembimbing Rakan Sebaya & Pergerakan Puteri Islam
Seramai 5 orang guru menyertai iaitu Ust. Muhammad Fazli Madiah (KB Kemanusiaan), Usz. Radiah Hj. Maidin (Guru Penasihat PRS), Usz. Mazlin Musa (Guru Penasihat PPIM), Puan Juliah Matnoor (Pegawai Pengiring) dan termasuk penulis blog Cikgu Musli Bin Andalan.
Beberapa pengisian dalam program ini antaranya ialah meraikan sambutan kemerdekaan negara Malaysia ke 55 tahun di kedutaan Malaysia di Brunei Darussalam.

Thursday, July 19, 2012

Temasya Sukan Olahraga Maktab Sabah ke 54, 2012

Maktab Sabah telah mengadakan Temasya Kejohanan Olahraga pada 11 hingga 12 Julai di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Temasya ini disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Datu Rosmadi Datu Sulai, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Dalam kejohanan itu, Rumah SABAH dinobatkan Johan Keseluruhan dengan kutipan mata sebanyak 4485 dikuti Rumah GAYA dengan kutipan mata sebanyak 4346, Rumah CHARTER kutipan mata 4201 dan tempat ke-4 Rumah COLONY dengan kutipan mata sebanyak 3367. Rumah Sukan GAYA mengutip pingat emas tertinggi dalam temasya tersebut  iaitu 30 (Emas), 26 (Perak) dan 20 (Gangsa) diikuti Rumah CHARTER 25 (Emas), 17 (Perak) dan 22 (Gangsa), Rumah SABAH 22 (Emas), 25 (Perak) dan 25 (Gangsa) dan tempat ke-4 Rumah COLONY dengan kutipan pingat 8 (Emas), 15 (Perak) dan 13 (Gangsa).
Antara yang turut hadir dalam perasmian temasya sukan ialah Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG, Ybhg Datin DK Zeliha Pg. Jalaluddin, Setiausaha Eksekutif OSCA yang turut menyampaikan piala kemenangan dalam pertandingan maskot, cheerleading, perbarisan lintas hormat rumah sukan dan unit beruniform. Keputusan pertandingan perbarisan antara rumah sukan tempat pertama rumah Gaya 90 markah, rumah Sabah 84 markah, rumah Charter 81 markah dan rumah Colony 80.8 markah. Manakala keputusan cheerleading rumah Charter 92.6 markah, rumah Gaya 81 markah, rumah Sabah 78.6 dan rumah Colony 77.4 markah. Dalam pertandingan maskot antara rumah-rumah sukan, Johan dengan kutipan markah sebanyak 82 disandang oleh rumah sukan Gaya, diikuti rumah Sabah 76.4 markah, rumah Charter 75.2 markah dan rumah Colony sebanyak 74 markah. Manakala bagi keputusan perbarisan unit beruniform Kadet Polis mendapat tempat Johan dengan markah 83.8, diikuti pasukan Pengakap 81, PBSM sebanyak 76.2 dan tempat ke empat Puteri Islam dengan markah sebanyak 76.2.
Temasya ini disempurnakan penangguhannya oleh Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Beliau seterusnya menyampaikan piala kepada setiap olahragawan dan olahragawati mengikuti kategori A,B,C dan juga olahragawan dan olahragawati keseluruhan yang diberikan kepada Sdri Joanne Dayang Baru (Rumah SABAH) dan Sdr Mohd Faiz Aizat Jenal (Rumah CHARTER).

Friday, June 22, 2012

Lawatan Negara BRUNEI DARUSSALAM.

Maktab Sabah telah menerima lawatan muhibbah dari negara Brunei Darussalam pada 29 Mei 2012. Rombongan ini yang disertai seramai 18 orang telah sampai di Maktab Sabah pada jam 8.30 pagi. Ketibaan rombongan disambut oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang. Antara guru-guru Maktab Sabah yang turut serta pada masa tersebut ialah Puan Samsiah Almalek, PKP, Puan Noraisah Aribun, Kaunselor Sekolah, Usz. Radiah Haji Maidin, Guru Penasihat PRS, Puan Vivie Gidai, Guru Data.
Rombongan ini telah diberikan penerangan yang cukup panjang lebar oleh Pengetua Sendiri, disamping turut dibawa melawat persekitaran sekolah termasuklah lawatan ke Bilik Bimbingan & Kaunseling.
Semoga lawatan ini akan mengeratkan lagi jaringan persaudaraan antara kedua negara iaitu Malaysia dan Brunei.

Road To AUSTRIA, 2012

Maktab Sabah akan menyertai pertandingan tarian peringkat antara bangsa yang akan berlangsung pada 25 Jun hingga 30 Jun 2012 di Austria. Maktab Sabah yang diwakili seramai 12 orang pelajar dan seramai 9 orang pegawai pengiring yang diketuai oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Rombongan ini telah berlepas pada 21 Jun 2012 lebih kurang jam 12.00 di Terminal 2, Kota Kinabalu. Turut sama mengucapkan selamat jalan dan selamat kembali ialah Puan Samsiah Almalek, PK Pentadbiran, Datin Rosiah Liman, PK HEM dan bersama guru-guru yang berkesempatan hadir pada masa tersebut.
Rombongan ini dijangka balik dan tiba pada 5 Julai 2012. Bagi pihak warga Maktab Sabah, kami mengucapkan 'Selamat Pergi dan Selamat Kembali ke Negeri Sabah dan balik dengan kemenangan yang amat bermakna untuk sekolah, negeri dan negara Malaysia khasnya. Sama-sama kita mengharapkan agar Maktab Sabah akan menjuarai pertandingan ini seperti tahun sebelumnya.