Saturday, October 13, 2012

Program 'BICARA AKADEMIK' Calon SPM 2012.















Tarikh : 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Masa : 7:30 pagi hingga 11:30 pagi

Maktab Sabah, Kota Kinabalu telah mengadakan program 'Bicara Akademik' iaitu melibatkan  guru, ibu bapa dan pelajar.  Tujuan program adalah membincangkan prestasi pelajar dalam peperiksaan percubaan akhir tahun agar dapat diperbaiki dan dipertingkatkan semasa peperiksaan SPM yang bakal diduduki. Usaha yang dilakukan ini, merupakan salah satu strategi sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajar supaya pelajar lebih fokus dan mengetahui kekuatan dan kelemahan melalui perbincangan tersebut.
Unit Bimbingan Kaunseling, mengharapkan program yang disusun atur ini mampu mendorong pelajar supaya memperbaiki diri untuk kecemerlangan diri sendiri, membanggakan ibu bapa dan guru serta meningkatkan imej sekolah.

Program 'Bicara ILMU...SPM Nyawa Ku'









Tarikh : 12 Oktober 2012
Tempat : Bilik Wacana Ilmu, Muzium Negeri Sabah.
Masa : 7.30 pagi hingga 11.30 pagi
Penceramah: En. Mohd Said Julpin, Pensyarah IPG Kampus Gaya dan Ybhg Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah.

Unit Bimbingan dan Kaunseling, telah mengadakan program Bicara Ilmu yang melibatkan pelajar Tingkatan 5 Bahagia dan 5 Sejahtera. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan pelajar berkenaan supaya lebih bermotivasi serta fokus menghadapi peperiksaan SPM yang bakal diduduki pada bulan November 2012.
Program ini turut dihadiri Puan Samsiah Almalek (PKP), Datin Rosiah Liman (PK HEM) dan sahabat-sahabat saya iaitu En. Muhammad Fazli Hj. Madiah (KB Kemanusiaan), Cikgu Noraisah Aribun (Kaunselor), Cikgu Juliah Matnoor (Penyelaras Ting.5), Cikgu Surilla Stimol (Ketua Guru Disiplin).
Semoga usaha yang dilaksanakan ini mampu membantu pelajar-pelajar tersebut agar berusaha untuk kecemerlangan diri dan juga membantu meningkatkan prestasi sekolah dalam peperiksaan SPM yang merupakan kayu pengukur terhadap kebolehan pelajar.

Wednesday, September 19, 2012

Program Perfect Score A












Tarikh : 15 hingga 16 September 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat: Asrama 1 Malaysia, Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Seramai 63 orang calon PMR 2012 telah terpilih menyertai Program Score A. Program ini disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang. Antara pengisian program adalah bengkel menjawab soalan yang mensasarkan 8 mata pelajaran yang dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran masing-masing. Selain itu, pelajar juga mengikuti program riadah disamping aktiviti-aktiviti keagamaan. Dalam program ini saudara Gary Fedilis dipilih sebagai peserta terbaik.

Jamuan Hari Raya & Majlis Perpisahan Guru

 Bersama Ust. Amili dan anggota kumpulan sokongan.


 Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor menyampaikan hadiah dan turut sama ialah Cikgu Abd. Manaf Taliyor, Pengerusi Kelab Staf Maktab Sabah 2012.




 Ybhg Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua Cemerlang mengabadikan gambar kenang-kenangan bersama Ust. Amili Abd. Razak.



Tarikh : 12 September 2012 (Rabu)
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2012 dikelolakan oleh Unit Kaunseling bersama Kelab Staf Maktab Sabah. Antara tujuan majlis adalah untuk mengeratkan silaturrahim disamping meraikan rakan guru yang telah berpindah iaitu Ustaz Amili Abd. Razak ke SMK. Badin, Tuaran. Majlis ini turut dihadiri oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada guru berkenaan. Program yang dilaksanakan ini turut dibantu oleh pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya.

Monday, September 17, 2012

Aidil Fitri 2012...











Antara gambar-gambar yang sempat dirakam semasa hari raya aidil fitri 2012. Gambar di atas kunjungan anak-anak didik Maktab Sabah dan sahabat-sahabat mereka dari Sekolah Tinggi,KK. Sebahagiannya adalah gambar bersama saudara mara dan kaum keluarga yang turut berkunjung ke rumah di daerah Papar. Apapun dikesempatan ini, diharapkan semoga hari mulia ini dapat diraikan lagi pada tahun hadapan dan seterusnya. Insyaallah.