Saturday, November 3, 2012

Kem Kepimpinan di KKAP.





























Antara aktiviti yang  dijalankan di KKAP. Pelajar yang menyertai perkhemahan ini berasa seronok. Beberapa program lain diadakan misalnya malam kebudayaan dan kejutan kepada pelajar yang menyambut hari jadi. Apapun, terima kasih kepada pihak pentadbir yang turun padang memastikan program ini berjalan dengan lancar dan pelajar yang terlibat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam mengatasi perasaan kurang keyakinan.

Raya Aidil Fitri 2012





Antara anak-anak murid dan bekas murid yang sempat beraya di rumah di daerah Papar, Sabah.

Friday, November 2, 2012

Program SENTUHAN JIWA...5 KERJASAMA














Tarikh : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa : 7.00 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, Maktab Sabah.

Program Sentuhan Jiwa, kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling difokuskan kepada pelajar Tingkatan 5 Kerjasama. Turut sama menyuntik semangat ialah Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang. Antara yang turut hadir ialah Puan Samsiah Almalek, PKP, Puan Juliah Matnoor, Penyelaras Tingkatan 5 dan Puan Danielle Foong Chai Yen, Guru Tingkatan 5 Kerjasama.
Antara yang difokuskan ialah agar pelajar berusaha meningkatkan prestasi akademik disamping dapat mengenalpasti hala tuju masing-masing dalam dunia pendidikan.

Program SELEPAS PMR 2012





























Tarikh: 22 hingga 31 Oktober 2012
Unit Bimbingan dan Kaunseling diberi mandat oleh sekolah bagi mengelolakan program selepas PMR. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan antaranya ialah LDK, ceramah ke sekolah teknik dan Kolej Vokasional, permainan badminton, Indoor games, program genovasi oleh panitia sains. Program ini disempurnakan penangguhannya oleh En. Abdul Jaid Paki, PK Kokum. Adalah menjadi harapan, program yang disusun atur ini memberikan manfaat kepada pelajar.