Tuesday, January 14, 2014

Budaya Penyayang.











Tarikh : 6 Januari 2014 (Isnin)
Program budaya penyayang diadakan pada setiap awal tahun persekolahan iaitu menyambut hari jadi Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang. Pada tahun ini, sedikit kelainan sambutan diadakan di Anjung Collegian. Dalam majlis itu, Ust. Muhammad Fazli Madiah telah mengetuai bacaan doa selamat dan panjang umur. Kelihatan suasana semasa sambutan hari jadi pengetua. Adalah menjadi harapan agar budaya ini berterusan dari masa ke semasa bukan sahaja melibatkan pentadbir tetapi seluruh warga sekolah.

Seminar Keibubapaan 2014

















Tarikh : 11 Januari 2014 (Sabtu)
Masa : 7:00 pagi hingga 1:00 petang
Anjuran Bersama PIBG & Maktab Sabah.

Seminar ini telah membincangkan dua tajuk iaitu;
1. Generasi Y...Cabaran dan Peranan Ibu Bapa
Penceramah : Ybhg Prof Madya Dr. Baharom Bin Mohamad
Pensyarah Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Sabah.

2. Kecemerlangan Bermula Dari Rumah.
Perkongsian dengan penerima Anugerah Serikandi 2008 Peringkat Kota Kinabalu

Seminar ini telah disempurnakan perasmiannya oleh En. Jaladin Bin Bidin, Penolong Pengarah Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah yang berkongsi dengan peserta seminar tentang dengan sarana ibu bapa. Dalam seminar ini Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang turut menyampaikan ucapan dan berkongis idea berhubung dengan isu-isu yang melibatkan pelajar sekolah masa kini.

Program ini berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian sijil kepada semua peserta sebelum menikmati makan tengah  hari. Adalah diharapkan dengan seminar yang diadakan ini mampu mewujudkan permuafakatan yang baik antara ibu bapa dan guru dalam mencemerlangkan sekolah.

Monday, December 23, 2013

Keputusan PMR 2013.

Bil. Calon : 229 orang
GPS Sekolah: 2.36
Peratus : 90.4%

Pelajar Terbaik 8A.
  • Adriana Izzati Helmi Zam Halik - 3 Berlian
  • Dg. Nurhidayati Yunus - 3 Berlian
  • Noor Hafizah Anggu - 3 Berlian
  • Siti Raihana Abd. Rahim - 3 Berlian
  • Nik Amirah Farhana Nik Ibrahim - 3 Aman
  • Norsofia Md. Arfan - 3 Makmur
  • Hani Emylia Jamaludin - 3 Mutiara
  • Danizh Shazrein Kaslan - 3 Mutiara
  • Mohamad Hafzan Mohd Jowsey - 3 Mutiara
  • Nabila Syamimi Bt. Yasin - 3 Mutiara
  • Nur Aqilah Maksul - 3 Mutiara
  • Nurul Nadirah Mohamad - 3 Mutiara
  • Nurfarhana Aiman Hakeem Nazeer - 3 Mutiara
Pelajar Terbaik 7A.
  • Joel Ignatius - 3 Mutiara
  • Leonardo Constantine Dumpangol - 3 Mutiara
  • Susinor A/P Sihanor - 3 Mutiara
  • Vivinahyan Ugong @ Cladius - 3 Makmur
  • Alyssa Johanes - 3 Makmur
Pelajar Terbaik 8A 1B
  • Izzah Rasyidah Abd. Karim
Pelajar Terbaik 7A 1B
  • Lidiya Nazifah Idris - 3 Berlian
  • Mohamed Hanis Ahmad Rizal - 3 Berlian
  • Wan Nursuhada Wan Zain - 3 Berlian
  • Nur Faiqah Safar - 3 Mutiara
  • Nurul Hidayanie Dariman - 3 Mutiara

Sunday, November 24, 2013

Kenangan 2013.

Hari persekolahan tahun 2013 telah melabuhkan tirai pada 16 November 2013. Sesi persekolahan bagi tahun 2014 akan bermula pada 2 Januari 2014 (Khamis). Tahun 2013 banyak meninggalkan kenangan pahit manis. Di awal tahun Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan pelbagai program iaitu;

  • Program Orientasi Tingkatan 1 2013 yang dilaksanakan pada akhir Disember 2012.
  • Program Orientasi Tingkatan 4
  • Kem Jati Diri - Pendaftaran Bersyarat di KKAP
  • Seminar Keibubapaan
  • Pelancaran 'Sekolah Penyayang'
  • Program 'Destinasi Ku Calon PMR
  • Inventori Minat Kerjaya Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
  • Inventori Personaliti Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
  • Program Orientasi Pra U1, 2013
  • Ceramah Kesihatan Rokok dan Penyakit TIBI
  • Pengesanan Ujian Air Kencing
  • Karnival Pendidikan Kerjaya
  • Strategi Jawab Cemerlang Calon PMR, SPM dan STPM
  • Program Selepas PMR dilaksanakan selama 3 minggu.
Selain itu beberapa jawatan telah dipertanggungjawabkan antaranya Setiausaha PIBG, Biro Pendidikan PIBG, Pengarah Program Seminar Keibubapaan, Pengarah Program Pasaria PIBG, Pengarah Program Majlis Anugerah Cemerlang dan banyak lagi tugas yang diberikan oleh pentadbir sekolah. Namun, tidak ada keluhan tetapi dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi kecemerlangan Maktab Sabah.

Dalam kegiatan sukan, guru penasihat Rumah Sukan  SABAH - En. Musli Bin Andalan, Rumah Sukan CHARTER - Puan Noraisah Aribun dan En. Jipanis Suali. Semangat bertanding tetap diteruskan, namun bila aktiviti UBK kerja berpasukan diutamakan.
Tahun 2014, bakal menjanjikan banyak persoalan. Namun semangat kaizen diambil kira iaitu penambahbaikan sebagai satu transformasi agar aktiviti lebih menjurus kepada aspirasi murid, aspirasi sistem dan anjakan prestasi iaitu lebih dikenali sebagai 5,6 dan 11.





















Gambar-gambar yang dipaparkan adalah mewakili sebahagian aktiviti UBK yang dilaksanakan sepanjang 2013. Kami merakamkan penghargaan terima kasih yang menyokong dan menjayakan program. Semoga di masa-masa akan datang, penglibatan semua pihak dapat diperolehi untuk kecemerlangan modal insan di Maktab Sabah.

Saturday, October 5, 2013

Annual Dinner Staf Sabah College, 2013.

Kelab Staf Maktab Sabah telah mengadakan Majlis Makan Malam pada ketetapan seperti berikut;
Tarikh : 4 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa : 7:00 malam
Tempat : Orkid Room, 1st Floor Hotel Promenade
Tema : Retro Nite
Sasaran : Semua Guru dan Anggota Pelaksana Sokongan.

Seramai 90 orang pegawai telah menghadiri majlis tersebut. Antara pengisian majlis ialah;

  • Tayangan multimedia yang memaparkan aktiviti kelab staf sepanjang tahun 2013.
  • Meraikan rakan yang berpindah iaitu Puan Hajah Saripah Hj. Ghul Hassan ke PPDKK dan Puan Najayati Merali (APS) ke Selangor.
  • Persembahan nyanyian yang menggabungkan guru dan anggota pelaksana sokongan
  • Cabutan bertuah yang berupa peralatan elektrik dan elektronik, tupperware, barangan kemas dll.
  • Pemilihan king dan queen retro nite 2013
Antara tetamu yang turut hadir ialah YDP PIBG Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor dan NYDP PIBG Tuan Hj. Kamaruddan Abdullah. Mereka turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pada malam itu. Pengerusi Kelab Staf 2013 iaitu En. Musli Bin Andalan telah menyampaikan ucapan dalam bentuk pantun yang berbunyi;

Kain bukan sebarang kain
Kain bernama sutera campa
Tadi lain sekarang lain
Masing-masing berubah rupa

Melihat bintang melihat bulan
Begitu berseri di waktu ini
Selamat semua rakan taulan
Moga gembira di malam ini

Pokok selasih dibubuh baja
Sayang pokoknya tidak berbuah
Terima kasih kepada penaja
Atas sumbangan segala hadiah

Pisau lipat telah tumpul
Telah disimpan bertahun-tahun
Tadi berkumpul sekarang pun berkumpul
Dalam jamuan di akhir tahun

Besar harapan kami berbicara
Besar hati dalam dada
Harap hidangan memenuhi selera
Harap acara memuaskan jiwa

Buah pala mari dipilih
Bersama dengan buah kuini
Siapa pula bakal terpilih
Raja dan ratu malam ini

Dalam majlis itu Ust. Muhammad Fazli hj. Madiah telah menerima seutas rantai tangan dalam cabutan grand bonanza manakala Datin Rosiah Liman sebuah mesin basuh dan Puan Samsiah Almalek sebuah kamera. King dan Queen Retro Nite 2013 jatuh kepada En. Mat Julih Talip dan Cik Surilla Stimol. Hadiah disampaikan oleh YDP PIBG dan juga Puan Hajah Nuinda Hj. Alias Pengetua Cemerlang yang diiringi bersama oleh Pengerusi Kelab Staf dan Pengarah Projek Makan Malam Datin Hajah Norain Hj. Zakaria.

Friday, October 4, 2013

Majlis Restu Guru

Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah telah mengadakan program Majlis Restu Guru dan Penyerahan Ilmu pada ketetapan seperti berikut;
Tarikh : 1 Oktober 2013
Hari    : Selasa
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Sasaran : Semua Calon PMR 2013.

Dalam majlis itu, YDP PIBG Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor telah menyampaikan sumbangan berupa kismis kepada semua calon PMR. Manakala bagi sekolah berupa pen, pensil dan getah pemadam telah dibekalkan kepada semua pelajar yang disampaikan oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah. Turut hadir dalam majlis itu Puan Samsiah Almalek (PKP), Puan Zunaida Zakaria (PK HEM), Guru-Guru Tingkatan dan guru-guru mata pelajaran. Antara pengisian lain majlis ialah bacaan doa, penyerahan slip peperiksaan, taklimat peraturan peperiksaan yang disampaikan oleh Cikgu Hajah Norhanifah Jaraie (Setiausaha Peperiksaan) dan sentuhan jiwa iaitu bersalam-salaman.

Dari Unit Bimbingan dan Kaunseling, mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan, Semoga Lulus Dengan Cemerlang. Usaha, Doa dan Tawakal.