Thursday, August 4, 2016

Pasar Ria PIBG Maktab Sabah 2016

PIBG Maktab Sabah, Kota Kinabalu akan mengadakan Program Pasar Ria pada ketetapan berikut;
Tarikh : 20 Ogos 2016
Hari : Sabtu
Masa : 6:00 pagi hingga 5: 00 petang
Lokasi : Persekitaran Sekolah.

Orang ramai dijemput hadir untuk menjayakan program pasar ria tersebut. Antara objektif program adalah seperti berikut;

  1. membolehkan pelajar menjayakan program pasari ria secara langsung dalam suasana yang harmoni.
  2. memastikan pelajar, guru dan masyarakat setempat dapat berurusniaga bagi menyalurkan sumbangan dalam akaun PIBG, Maktab Sabah.
  3. mewujudkan semangat kekitaan di kalangan warga Maktab Sabah dalam mencari sumber kewangan untuk menambahkan dana akaun PIBG.
  4. menambahkan dana PIBG sekurang-kurangnya RM100000.00 melalui pelaksanaan program ini.
Matlamat program adalah menambahkan dana kewangan PIBG bagi membiayai pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan sahsiah dan kecemerlangan sekolah serta usaha mencemerlangkan Maktab Sabah dalam aspek akademik dan kokurikulum serta pembangunan infrastruktur.

Beberapa aktiviti yang akan diadakan antaranya;
  1. menjual bahan-bahan makanan dan minuman
  2. menjual bahan-bahan mentah (basah dan kering)
  3. menjual barangan runcit
  4. menjual kraftangan
  5. menjual pakaian
  6. persembahan karaoke
  7. pertandingan nyanyian dan tarian
  8. pertunjukkan haiwan
  9. peragaan fesyen pakaian dan etnik
  10. peragaan fesyen pakaian beragam
  11. permainan sukaneka dan pemeriksaan kesihatan.













































Semoga sumbangan tuan puan bermanfaat dan mendapat rahmat dari Allah swt.

Sunday, June 19, 2016

Karnival Pendidikan Yayasan Sabah 2016







Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diberi kepercayaan untuk mengiringi pelajar prauniversiti ke Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Yayasan Sabah 2016. Antara guru yang turut menghadiri ke karnival ini ialah Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Cikgu Noraisah Aribun, Cikgu Juelen Gaim dan Cikgu Wan Mohd Noor selain penulis sendiri. Perasmian karnival ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menetri YB Datuk Joseph Pairin Kitingan. Antara lain pengisian program ialah penyampaian Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah dan pameran pendidikan IPT. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar agar lebih belajar bersungguh-sungguh.

Informasi Hari Pendidikan Kerjaya 2016.








Unit Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sabah telah mengadakan Informasi Hari Pendidikan Kerjaya pada  15 Jun 2016, bersamaan hari Rabu. Antara tujuan program ini adalah memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan ilmu berkaitan dengan sesuatu program yang akan diikuti sebaik menamatkan alam persekolahan. Antara sasaran pelajar ialah semua pelajar Tingkatan Empat, Lima dan Prauniversiti. Pameran bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 1:00 petang.

Hari Guru Peringkat Maktab Sabah 2016.






Badan-Badan Kepimpinan Pelajar Maktab Sabah dan PIBG Maktab Sabah telah mengelolakan sambutan perayaan hari guru peringkat sekolah. Tahun ini, tema yang dipilih ialah Jika aku bukan guru?. Perayaan sambutan ini dirasmikan oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor YDP PIBG. Terdapat beberapa aktiviti yang telah diadakan bagi memeriahkan sambutan tersebut.