Monday, June 1, 2020

Program Asrama Malaysia (AMAL) Sabah & Kuala Lumpur 2019.




















































































































Tahun 2019, saya berpeluang mengiring pelajar-pelajar Asrama Malaysia Sabah (Maktab Sabah) ke Program Pertukaran Pelajar Asrama Malaysia (Victoria, Kuala Lumpur) yang berlangsung selama dua minggu. Minggu pertama keberadaan kami di Kuala Lumpur banyak aktiviti yang dirancang terpaksa ditangguh dan dibatalkan kerana masalah jerebu, Indeks Pencemaran Udara yang tinggi menyebabkan beberapa buah sekolah di daerah Lembah Klang dan Putrajaya terpaksa di tutup. Sesuangguhnya banyak cerita. Pengorbanan yang terlalu besar, bila di tugaskan di luar negeri Sabah selama 14 hari termasuk perjalanan pergi dan balik. 
Gambar-gambar yang dikongsikan lebih kepada Majlis Penutupan Program yang disempurnakan oleh Pengetua Victoria Kuala Lumpur iaitu Tuan Kamarul dan turut dihadiri Pegawai KPM dan PPD Kuala Lumpur. Selain itu, gambar-gambar sewaktu hari-hari terakhir di asrama Victoria Kuala Lumpur bersama dengan Barisan Warden dan Urusetia Program yang terdiri dari pelajar tingkatan 4. Sempat juga berjumpa dengan pelajar-pelajar Asrama Malaysia Tun Bujang Sarawak  dari Johor Bahru dan balik ke Miri. Semoga program seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk terus menunjukkan gaya kepimpinan dan meningkatkan prestasi diri ke arah kecemerlangan.

Sunday, May 31, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Covid19.

Mesyuarat secara online yang melibatakan Ahli Tertinggi Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya,Maktab Sabah dan Motivasi Kecemerlangan Diri secara talian dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan iaitu mulai 18 Mac hingga 9 Jun 2020. Perintah Kawalan Pergerakan Bersuarat bermula pada 14 Mei hingga 9 Jun 2020. Dalam tempoh tersebut, Maktab Sabah juga telah mengatur sesi mesyuarat guru secara google meet. Alhamdulillah, semasa tempoh PKP, selain dari pembelajaran secara online dan offline bermcam perkara dibuat bagi memastikan anak-anak murid terus fokus pada tugas utama mereka iaitu belajar sama ada secara sendirian mengulangkaji, mahupun melalui pembelajaran online ataupun  media massa di kaca televisyen.

Pandemik Covid 19, banyak meninggalkan peristiwa yang cukup berkesan dalam diri individu, keluarga, masyarakat, agama, negara., ekonomi, pelancongan, pengangkutan dan hubungan antara bangsa. Melalui pembelajaran secara online adalah salah satu kaedah bagi menangani penularan pandemik covid 19. Adalah tidak dinafikan, bahawa talian internet yang cukup baik akan membolehkan pembelajaran berlangsung dengan baik dan jika tak elok akan ada gangguan akan berlaku.

Kepada anak-anak Pembimbing Rakan Sebaya yang menyertai program motivasi kecemerlangan diri secara talian, diharap dapat mengambil sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan diri sendiri dan disebarkan kepada sahabat-sahabat apabila persekolahan dibuka nanti.

Semoga perkongsian ini, sedikit sebanyak memberi manfaat kepada warga sekolah Maktab Sabah, Kota Kinabalu.


































Thursday, May 14, 2020

Hikmah Berpuasa dan Kelebihan Bulan Ramadan.


Hari ini 14 Mei 2020 bersamaan dengan 21 Ramadan 1441H, iaitu kita berada di Bahagian ke 3,  10 hari terakhir di bulan Ramadan sebelum kita meraikan Hari Raya Aidil Fitri di bulan Syawal. Bahagian pertama ialah rahmat, bahagian ke 2 keampunan manakala bahagian ke 3 kebebasan dari azab api neraka. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat.

HIKMAH BERPUASA DAN KELEBIHAN BULAN RAMADAN.

1. Ketibaan Ramadan, umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan ibadah puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabadikan kepada Allah SWT.

2. Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam.

3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.

4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh manusia dapat diatasi.

5. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai separuh daripada kesabaran.

6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.

7. Kedatangan Ramadan ada keistemewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih disamping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain, khususnya mereka yang daif.

8. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi s.a.w yang bermaksud 'sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu'.

9. Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.

10. Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedomana manusia hingga ke akhir zaman.

11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang adanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.