Tuesday, October 7, 2008

Renungan SALAM

Buat anak-anak didik yang dikasihi.
Bulan Oktober merupakan bulan Peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 4 dan 6 Bawah. Justeru, kami di Unit Kaunseling dan warga Pendidik Maktab Sabah mengingatkan agar anak-anak didik tidak leka dan terus mengulangkaji pelajaran supaya prestasi akademik cemerlang dan nama anak-anak pelajar tersenarai dalam penerima hadiah sempena Majlis Anugerah Cemerlang yang akan diadakan pada tahun hadapan.
Ingatlah tarikh peperiksaan bagi anak-anak ialah dari 20 Oktober hingga 31 Oktober.

Demikian juga buat anak-anak calon PMR. Tarikh keramat 13 hingga 17 Oktober merupakan penentu kepada aliran yang akan anda ikuti apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah atas nanti di tahun hadapan. Usaha yang anda lakukan, dengan sungguh-sungguh tidak mustahil akan menjanjikan pulangan yang berharga buat anda, keluarga sendiri dan juga Maktab Sabah sendiri. Ingatlah 'Pelajar Hari Ini, Pemimpin Hari Esok' akan menjadi kenyataan sekiranya anak-anak berani berdepan dengan kenyataan. Kami guru-guru Maktab Sabah mendoakan supaya calon PMR, 2008 memperolehi keputusan yang memberangsangkan hingga mampu mencemerlangkan nama Maktab Sabah.

Bagi calon SPM dan STPM, teruskan semangat juang anda. Peperiksaan percubaan yang anda duduki sejak 6 Oktober hingga 17 Oktober 2008, merupakan satu bentuk ujian bagi mengenalpasti tahap keupayaan diri, agar anak-anak didik mampu membuat penambahbaikan diri mana yang perlu dan tindakan serta pelaksanaan dapat dilakukan dalam meletakkan diri anda gah bersama dengan pelajar-pelajar lain apabila berjaya diterima masuk meneruskan pengajian ke menara gading. Teruskan usaha anda, mudah-mudahan kejayaan bersama dengan anda semua. Kami guru- guru anda hanya mampu mendoakan dan anda semualah yang perlu melaksanakannya. Ingatlah 'Di mana ada kemahuan. Di situ ada jalan'. Cikgu percaya, anda memang dilahirkan hebat, dan lihatlah kehebatan masing-masing dalam usaha menggenggam kejayaan yang cemerlang.

Akhir sekali, bulan-bulan terakhir persekolahan adalah bulan yang memberikan perasaan gementar dan rasa takut kerana ia merupakan bulan peperiksaan. Namun, cikgu percaya, anda semua boleh mengatasinya dengan baik melalui teknik-teknik relaksasi dan meditasi serta berdoa kepada Allah swt. Sekian, wassalam

Wednesday, September 3, 2008

Syabas dan Tahniah...

Terpamer wajah-wajah keriangan bagi pasukan Kelab Kebudayaan bersama dengan Pegawai Pengiring Cik Dayang Asmah, En. Sudirman dan Puan Helen. Kemenangan Pasukan Kain Rentang juga turut dikongsikan dengan kumpulan ini yang bertemu di KLIA ketika pasukan Kelab Kebudayaan baru sampai ke terminal KLIA dari Negeri Terengganu. Manakala pasukan kain rentang Maktab Sabah pula bertolak balik ke Kota Kinabalu. Pertemuan ini, walaupun singkat meninggalkan banyak kenangan kerana sempat lagi bertanya khabar. Apapun, anak-anak didik yang dikasihi, usaha yang dilakukan dalam mencemerlangkan nama Maktab Sabah dan Jabatan Pelajaran Sabah, amat dihargai. Cikgu berbangga dengan pencapaian anda. Teruskan usaha, dan terus berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Tahniah...Kelab Kebudayaan, Maktab Sabah.

Bersama dengan pelajar-pelajar Kelab Kebudayaan di KLIA sebaik bertemu mereka sampai dari Negeri Terengganu menghadiri Karnival Kebudayaan Peringkat Kebangsaan. Kontinjen Negeri Sabah (Maktab Sabah) mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.

Tuesday, August 26, 2008

Kontinjen Negeri Sabah ke Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan.

Kontinjen Negeri Sabah telah memenangi 2 pingat emas dan 2 pingat perak ke Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2008 yang berlangsung di SMK. Agama Pedas, N9 pada 15 hingga 18 Ogos 2008. Kontinjen Negeri Sabah dinobatkan Johan dalam aktiviti Melukis Kain Rentang (Maktab Sabah, Kota Kinabalu) dan Sketsa (SMK. Likas, Kota Kinabalu). Kontinjen Negeri Sabah mendapat Naib Johan dalam aktiviti Eksplorasi Alam Kerjaya (SM.All Saints, Kota Kinabalu) dan Melukis Poster SR (Sandakan). Kelihatan para pegawai bersama peserta mengabadikan gambar sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu. Pencapaian ini, diharapkan mendorong para pelajar untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dalam mengekalkan kemenangan dan penambahbaikan pada masa hadapan. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Negeri Sabah.

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan, 2008


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Melukis Kain Rentang, Maktab Sabah yang mewakili Negeri Sabah ke Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2008 berlangsung di SMK. Agama Pedas, N9 dari 15 hingga 18 Ogos 2008 kerana mengekalkan kejuaraan selama 3 tahun berturut-turut sejak tahun 2006, 2007 dan 2008. Kelihatan En. Awang Hj.Mad Said, Penolong Pengarah Unit Kaunseling, SPPK JPNS, memegang piala kemenangan bersama dengan peserta dari kiri Fridden Elgar, Zabri Elias, En. Kenalan Askan (Trainer) Siti Munirah Datuk Ibrahim dan Siti Qamariah Datuk Ibrahim.
Unit Kaunseling Maktab Sabah merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu Pasukan Melukis Kain Rentang sehinggan dinobatkan Johan kepada En. Musta Nasip (KP Seni Visual), Barisan Pentadbir dan Pendidik Perdana Maktab Sabah, PIBG dan Pengarah BTN serta staf sokongan dan warga Maktab Sabah seluruhnya yang mendoakan kejayaan pasukan ini. Tidak juga dilupakan kepada Jabatan Pelajaran Sabah (SPPK Unit Kaunseling - En Awang Hj. Mad Said & En. Nawawi Idris) yang memberi kepercayaan kepada Maktab Sabah mewakili Negeri Sabah ke karnival tersebut. Tahniah... teruskan kecemerlangan.

Saturday, August 9, 2008

Majlis Kesyukuran & Majlis Perpisahan Guru Praktikum

Bersama dengan Guru-Guru Praktikum yang turut sama diraikan pada majlis tersebut. Turut bersama Puan Hajah Saripah Hj. Ghul Hassan (PKP- bertudung putih) dan disebelah kiri beliau Puan Lim Gin Wah yang menyumbangkan tenaga, kewangan dalam menjayakan majlis tersebut.
Majlis kesyukuran disumbangkan oleh Puan Lim Gin Wah, setelah di anugerahkan Guru Cemerlang DG44.

Jaringan Profesion

Bersama dengan Pensyarah Universiti Malaysia Kelantan, dan rakan-rakan Kaunselor Gabungan Kota Kinabalu. Pertemuan ini, lebih kepada peluang-peluang pendidikan di UMK dan dalam usaha membantu pelajar-pelajar dari Negeri Sabah untuk meneruskan pengajian di UMK.

Penglibatan PRS dalam program sekolah


Lawatan Sambil Belajar

Pelajar - pelajar Tingkatan 6 Atas dibawa melawat ke Dewan Undangan Negeri dan Universiti Malaysia Sabah. Semoga program yang disusun atur membolehkan pelajar membuat analisa diri berkaitan dengan kepentingan ilmu dan menjadi seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berusaha menempatkan diri ke menara gading. Teruskan perjuangan...wahai anak-anak didik yang dikasihi.

Program Penanda arasan Ilmu.

Maktab Sabah telah menerima kunjungan 'Bench Marking' dari SMK. Balai Besar, Terengganu. Adalah menjadi harapan semoga hubungan yang terjalin memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha melahirkan modal insan untuk memiliki minda kelas pertama dalam memimpin negara akan datang.
Terima kasih diucapkan...semoga hubungan terus berkekalan.
Buah pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walaupun jauh beribu batu
Hilang dimata di hati jangan.

Ceramah Israk Mikraj

Program Israk Mikraj yang dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam. Barisan guru-guru perempuan yang menghadiri program tersebut.

Thursday, August 7, 2008

Majlis Perpisahan.


Pelajar Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 4, meraikan majlis perpisahan bersama dengan En. Syed Mohd. Asraf Mokdin (Guru Pembantu) di Bilik Kaunseling. PRS Maktab Sabah mengucapkan terima kasih atas sumbangan tenaga dan buah fikiran kepada En. Asraf dalam membantu menjayakan aktiviti sekolah dan PRS sendiri.