Friday, August 21, 2009

Klinik PMR




Sebahagian pelajar-pelajar dari SMESH

Anak-anak didik Maktab Sabah.
Tarikh : 16 Ogos 2009
Tempat : Lembaga Urusan Tabung Haji Kota Kinabalu
Seramai 20 orang pelajar dari Tingkatan 3 Makmur, Aman & Kerjasama telah mendaftarkan diri untuk menghadiri program Klinik PMR, anjuran bersama Tabung Haji & Berita Harian. Program ini disertai beberapa buah sekolah dari daerah Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar dan Beaufort.
Anak-anak didik Maktab Sabah,manfaatkan ilmu yang diperolehi dalam membantu anda mendapat gred A dalam peperiksaan tersebut.

Thursday, August 13, 2009

Pengetua Bersama Calon SPM 2009






Tarikh : 12 Ogos 2009
Hari : Rabu
Masa : 7.00 pagi hingga 12.45 tgh
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Sasaran : Pelajar Tingkatan 5 Makmur, Aman & Kerjasama
Turut membantu : Sdr. Alvin Wilson, Tokoh Pelajar 2007

Antara tujuan perjumpaan pelajar bersama Pengetua iaitu Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, ialah memberikan kesedaran kepada pelajar supaya membuat persiapan rapi dalam usaha mencemerlangkan diri dalam bidang akademik. Selain itu, Pengetua juga mengingatkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang anak, dan khalifah di muka bumi iaitu pemimpin pada diri sendiri. Pada majlis tersebut, cenderamata juga disampaikan kepada Sdr. Alvin Wilson yang sudi membuat perkongsian bestari dengan calon SPM 2009.

Kepada Calon SPM 2009, doa kami guru-guru anda sentiasa bersama anda. Jadi sekarang terpulang pada anda untuk memilih yang mana intan yang mana kaca. 'Dayung sudah di tangan, perahu sudah di atas air, tunggu apa lagi, berkayuhlah dengan penuh semangat sehingga sampai ke destinasi yang diingini.

Monday, August 10, 2009

Kunjungan Ke Sunway College.



Seramai 4 orang guru-guru kaunseling dari Negeri Sabah telah berkunjung ke Sunway College pada 6 hingga 7 Ogos 2009. Maktab Sabah diwakili oleh En. Jipanis Suali. Semoga kunjungan ke Sunway College akan mewujudkan hubungan baik antara Maktab Sabah dan institut tersebut dalam usaha membantu memberikan pengetahuan tentang peluang-peluang pendidikan kepada pelajar.

Tuesday, August 4, 2009

Lawatan Guru-Guru PRS Peringkat Kebangsaan.










Tarikh : 3 Ogos 2009
Hari : Isnin
Masa : 8.45 pagi

Seramai 35 orang guru-guru kaunseling melawat ke Maktab Sabah, Kota Kinabalu sempena Perhimpunan Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Kebangsaan bertempat di Lembaga Urusan Tabung Haji, Negeri Sabah dari tarikh 2 hingga5 Ogos 2009. Rombongan guru-guru ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd. Nawi Jaafar, Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Negeri Kelantan. Rombongan ini disambut oleh Guru-Guru Penolong Kanan dan Guru-Guru Kaunseling serta diberi penghormatan kalungan Selamat Datang oleh Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya Saudara Adam Fu. Antara perkongsian pintar disekolah ini kepada rombongan guru-guru pengiring PRS adalah tentang sejarah dan kecemerlangan sekolah termasuklah kecemerlangan Pembimbing Rakan Sebaya, Maktab Sabah. Selepas itu, rombongan juga dibawa melawat ke Pusat Sumber iaitu di Galeri Muzium dan seterusnya ke Bilik Bimbingan & Kaunseling. Perkongsian pintar diakhiri dengan jamuan makan tengahhari sebelum rombongan guru-guru pengiring bertolak balik ke Kota Kinabalu pada jam 12. oo tengahhari.
Apapun terima kasih diucapkan, dan semoga hubungan serta perkongsian pintar mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak untuk memartabatkan Perkhidmatan BK dan PRS di sekolah masing-masing.

Thursday, July 30, 2009

PraU1, ke Universiti Malaysia Sabah








Tarikh : 24 Julai 2009
Hari : Jumaat
Masa : 7. 00 pagi
Bil. Pelajar : 40 orang
Bil. Guru : 3 orang

Seramai 40 orang pelajar PraU1, 2009 ke Universiti Malaysia Sabah menghadiri program anjuran UMS. 3 orang guru pengiring iaitu Puan Noraisah Aribun, Puan Danielle Foong Chai Yen dan Sia Pik Chan (Guru Pelatih). Antara tujuan lawatan adalah mendedahkan pelajar tentang peluang pendidikan berkaitan dengan bidang gas.

Kelab Kerjaya Ke Sanctuary Birds Park, Kota Kinabalu






Tarikh : 29 Julai 2009
Hari : Rabu
Masa : 12.00 tgh hingga 3.30 petang
Bil. Pelajar : 16 orang
Bil. Guru : 2 orang

Rombongan Kelab Kerjaya Maktab Sabah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sanctuary Birds Park, Kota Kinabalu. Seramai 16 orang pelajar telah hadir antaranya ialah Allana Bandusena (Pengerusi Kelab Kerjaya), Dk.Khadijah Mohd. Hanan, Hesley Mostajap, Mohd. Nasreen, Joener, Siti Athirah Awang Sarie, Fatin, Masyurie, Mohd. Khairil Afiq,Jessica, Redzuan Henry.
Antara tujuan lawatan adalah mendedahkan pelajar tentang peluang-peluang kerjaya berkenaan dengan bidang penyelidikan. Semoga lawatan yang diadakan memberi manfaat kepada para pelajar. Teruskan usaha. Syabas dan tahniah.

Wednesday, July 22, 2009

PPIM ke Kilang Coklat






Tarikh : 15 Julai 2009
Hari : Rabu
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang
Lokasi : Kilang Coklat di Inanam.

Persatuan Puteri Islam Malaysia, Maktab Sabah telah mengadakan lawatan sambil belajar di Kilang Coklat. Rombongan ini seramai 40 orang pelajar dan diiringi oleh Guru Penasihatnya iaitu Usz. Radhiah Haji Maidin, Usz. Mazlin Musa, Usz. Aida Farha dan Puan Nafisah. Antara tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan pelajar cara-cara menyediakan coklat. Harapan pihak sekolah, semoga pelajar memperolehi ilmu yang bermanfaat pada program yang dihadiri.

Monday, July 20, 2009

Boling - Kelab Staf 2009


Guru-guru sedang menunggu giliran.

Bersama pelajar dan guru

Desmond, Suen, Charles, John dan ayahanda Musli

Pasukan hebat. Desmond, Salina, Zuraidah dan Loh

pose istimewa, rasa tak ada stress langsung.

Gabungan antara pelajar dan guru yang hadir pada pertandingan tersebut.
Cik Adeline,Sdri. Syahirah Musli, Puan Lim, Cik Woo, Cik Noraizah dan Cik Cindy
Gabungan antara ahli Kumpulan 1 dan Kumpulan 2.

Nampak bergaya pasukan guru-guru lelaki Boling Maktab Sabah.

Gambar sepenuhnya, guru-guru yang hadir sebelum permainan bermula
Guru-guru mendaftar dan cabutan penentuan ahli kumpulan.
Tarikh : 18 Julai 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30pagi hingga 12.00 tgh
Tempat : CPS, Kota Kinabalu

Kelab Staf Maktab Sabah telah mengadakan permainan Boling. Sebanyak 9 pasukan telah menyertai permainan tersebut. Antara tujuan permainan tersebut adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dikalangan guru, disamping melepaskan tekanan kerja seharian. Berikut keputusan pertandingan.

Tempat Pertama diwakili oleh,
1. En. Desmond Santum
2. En.Loh
3. CikSalina Salleh
4. Puan Zuraida

Tempat ke 2, diwakili oleh,
1. En. Mohd. Nordi Daud
2. Ust. Amili Abd. Razak
3. Cik Suen
4. Cik Adeline Chong

Tempat ke 3 diwakili
1. E. Abd. Mutalib
2. E. Jipanis Suali
3. Puan Erna Lam
4. Cik Woo Su Kim

Tempat ke 4 diwakili oleh.
1. En. Charles Ligunjang Jr
2. En. Musli Bin Andalan
3. Puan Lim Gin Wah
4. Puan Juliah Matnoor.

manakala keputusan kategori individu ialah

a. Kategori Lelaki
Tempat Pertama : En. Mohd Nordi Daud
Tempat Kedua : En. Desmond Santum
Tempat Ketiga : En. Abd. Mutalib Pie

b. Kategori Perempuan
Tempat Pertama : Puan Zuraida
Tempat Kedua : Puan Juliah Matnoor
Tempat Ketiga : Cik Cindy Soh Shuk Phing

Penyampaian hadiah permainan disempurnakan oleh Puan Saripah Ghul Hassan, Penolong Kanan Pentadbiran semasa perhimpunan sekolah pada 20 Julai 2009 (Isnin)