Friday, June 7, 2013

Program Peningkatan Kendiri.









Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Peningkatan Kendiri kepada Calon SPM. Usaha ini dilaksanakan bagi membantu pelajar fokus pada pelajaran dan amanah yang dipertanggungjawabkabn kepada mereka oleh ibu bapa dan sekolah. Semoga usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak merangsang kepada calon SPM agar komited terhadap pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Kelihatan En. Jipanis Suali dan Guru Pelatih En. Willie Padul bersama dengan penceramah undangan dari PTPL.

Orientasi Pra U1 Sesi 2013/2014


















Tarikh : 13 hingga 23 Mei 2013
Tempat : Dewan Perdana dan Dewan Asrama 1 Malaysia
Sasaran: Semua Pelajar Pra U1 Sesi 2013/2014

Unit Bimbingan Kaunseling Maktab Sabah telah mengadakan Program Orientasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6. Semasa program tersebut Sdr. Mohd Ayub dipilih sebagai Penghulu dan Saudari Nasra Amsyelaciba pula sebagai Timbalan Penghulu. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan antaranya ialah ceramah berkenaan dengan mata pelajaran yang ditawarkan mengikut aliran masing-masing dan lawatan di Universiti Malaysia Sabah, Muzium Negeri dan Sambutan Hari Guru. Selain dari ceramah grooming, sukaneka juga turut diadakan yang bertujuan untuk merapatkan ukhwah dikalangan pelajar dan guru. Program ini mendapat sokongan sepenuhnya dari guru-guru akademik Tingkatan 6 dan penutupan program ini disempurnakan oleh En. Syrence John Ignatius Penolong Kanan KoKurikulum Tingkatan 6. 

Sunday, February 24, 2013

Keputusan Kejohanan Olahraga Maktab Sabah Ke 55, 2013

A. Keputusan Perbarisan Lintas Hormat.
i. Kategori Unit Beruniform.
Johan : Pengakap (87)
Naib Johan : Kadet Polis (86)
Ke-3 : Puteri Islam (82)
Ke-4 : Pandu Puteri (74)

ii. Kategori Rumah Sukan.
Johan : Rumah GAYA (93)
Naib Johan : Rumah CHARTER (88)
Ke-3 : Rumah SABAH (86)
Ke-4 : Rumah COLONY (85)

B. Keputusan Pertandingan MASKOT.
Johan : Rumah CHARTER (89)
Naib Johan : Rumah SABAH (88)
Ke-3 : Rumah GAYA (87)
Ke-4 : Rumah COLONY (73)

C. Keputusan Pertandingan Cheerleading & Sorak.
Johan : Rumah CHARTER (95)
Naib Johan : Rumah COLONY (94)
Ke-3 : Rumah Gaya (93)
Ke-4 : Rumah SABAH (92)

D. Atlet Terbaik Mengikut Kategori.
Perempuan C : Dayang Ku Nur Wafiqah - SABAH
Lelaki C : Mohd Azhari Abu Bakar - COLONY
Perempuan B : Amanda Jane Jospin - CHARTER
Lelaki B: Caltinus Antuni - COLONY
Perempuan A : Nur Jannat Collins - GAYA
Lelaki A : Wilmer Welfredoline - CHARTER
Olahragawati Keseluruhan : Nur Jannat Collins - GAYA
Olahragawan Keseluruhan : Wilmer Welfredoline - CHARTER

E. Keputusan Kejohanan Olahraga Ke 55, 2013.

Tempat Pertama : Rumah CHARTER 25 Emas, 23 Perak 20 Gangsa
Tempat Kedua : Rumah SABAH 18 Emas, 18 Perak, 22 Gangsa
Tempat Ketiga : Rumah GAYA 17 Emas, 23 Perak, 17 Gangsa
Tempat Keempat : Rumah COLONY 17 Emas, 11 Perak, 16 Gangsa

F. Keputusan Jumlah Kutipan Mata dan Kedudukan Rumah Sukan Keseluruhan.
 ( Merentas Desa & Kejohanan Olahraga)
Tempat Pertama : Rumah GAYA - 1578
Tempat Kedua : Rumah CHARTER - 1353
Tempat Ketiga : Rumah SABAH - 1339
Tempat Keempat : Rumah COLONY - 1081

Syabas dan tahniah kepada para pemenang. Tahniah juga kepada Ketua Guru Rumah-Rumah Sukan.
1. Rumah SABAH - En. Fung Vui Fah dan Puan Fenella Cindy Lajanty
2. Rumah CHARTER - En. Abd. Manaf Taliyor dan Puan Rusmawati Abd. Rahman
3. Rumah GAYA - En. Paul Thevaraj a/l Arullapen dan Puan Missah Yabis
4. Rumah COLONY - En. Dato Zanalan Hj. Karbain dan Puan Precilla Gindan.









Saturday, February 23, 2013

Motivasi Calon SPM 2013 - MSU


















Tarikh : 22 Februari 2013 (Jumaat)
Masa : 7:40 pagi hingga 9:00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, Maktab Sabah
Sasaran : Calon SPM Tingkatan 5 Mutiara, 5 Makmur, 5 Aman, 5 Kerjasama, 5 Tertib dan 5 Baiduri.
Penceramah : Puan Norhaslinda Arshad, Managment Science University (MSU)
Turut Hadir : En. Hishamuddin , Pengetua Kolej PTPL Cawangan Kota Kinabalu.
Tajuk Ceramah : Hala Tuju Kecemerlangan SPM.

Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah telah menyusun atur program motivasi khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan November 2013. Usaha ini diharap dapat menyuntik semangat pelajar untuk terus belajar dan fokus pada kecemerlangan akademik.