Sunday, July 19, 2020

Motivasi Kecemerlangan STPM 2020

Pada 17 Julai 2020, Unit Bimbingan Kaunseling bersama Jawatankuasa I Reach Tingkatan 6, telah menganjurkan Program Kecemerlangan STPM 2020. Tujuan program ini adalah untuk memastikan calon STPM lebih berdaya saing iaitu membolehkan calon berkeinginan  memperolehi CGPA 4.00 dan semua calon STPM lulus 100%. Penceramah yang diundang ialah En. Khairul Anwar Bin Rosnan, dari Recaliph Consultancy Kuala Lumpur. Program ini menyasarkan seramai 91 orang pelajar Tingkatan 6 Atas. Adalah diharapkan agar program ini mampu mengekalkan dan menambahbaik prestasi pelajar.













































Lawatan Pengarah Pendidikan Sabah.

Pengarah Pendidikan Sabah, Ybhg Dr Mistirine Radin, telah membuat lawatan dan memantau ke Bangunan SCC iaitu Pusat Tingkatan 6. Antara tujuan lawatan mengejut ini adalah untuk melihat prasarana SCC dalam menerima kemasukan pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah pada 15 Julai 2020. Lawatan ini yang mengambil masa dalam 30 mnit turut disertai oleh beberapa orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu yang diketuai sendiri oleh Ybhs Puan Tah Nia Binti Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah, dan turut kelihatan Pengetua SMK Sanzac, Ybhg Dr Shirley. Dalam lawatan ini Ybhg Dr Mistirine sempat meninjau kelas-kelas Tingkatan 6 serta Dewan Turnbull.