Tazkirah
Character is what you know you are, not what others think you have.
Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Sunday, January 4, 2009
HILANG tumpuan menyebabkan mengantuk.
ANTARA masalah yang sering kali menimpa pelajar ialah rasa mengantuk dan tidak dapat memberi perhatian ketika mengikuti kuliah, mendengar ceramah atau mendengar penerangan guru. Ada pula yang berkhayal, bersembang atau mengganggu rakan. Masalah ini dapat dikurangkan jika pelajar mengikuti panduan kemahiran mendengar secara aktif (active listening) yang tersenarai di bawah ini.
1. Kedudukan: Penglihatan anda terhadap guru perlulah jelas dan tidak terhalang. Pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang memautkan perhatian anda dengan guru untuk mendapat maklumat dengan jelas.
2. Maklum balas: Sebagai tanda menunjukkan anda faham, bersetuju atau sebaliknya, anda perlulah memberi maklum balas seperti anggukan kepala, senyuman atau perubahan rawakan air muka dan sebagainya. Hal ini membantu perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan.
3. Berinteraksi: Anda boleh memajukan soalan secara ikhlas tetapi bukan tujuan untuk menguji guru tersebut atau untuk menonjolkan diri tanpa sebab.
Soalan-soalan tersebut biarlah berkaitan dengan topik perbincangan sama ada meminta penjelasan yang lebih kukuh atau memberi pendapat. Anda harus berfikir dahulu sebelum membuat pertanyaan.
Proses berfikir ini mampu mengelakkan anda berkhayal malah menguatkan lagi pendengaran anda. Walau bagaimanapun anda tidak digalakkan mencelah ketika guru itu bercakap agar penyampaian guru tidak tersekat. Anda harus bersabar sehingga sekurang-kurangnya ayat atau isi yang hendak disampaikan oleh guru itu lengkap.
4. Catatan: Catatan bukan sahaja membantu pelajar mengingati semula apa yang dipelajari secara lebih berkesan tetapi juga membantu diri pelajar menumpukan perhatian.
Melalui catatan dengan tidak secara langsung anda sudah mempunyai hubungan atau pautan aliran komunikasi antara anda dan guru. Pautan ini mampu mengelakkan anda daripada berkhayal atau melakukan tindakan yang tidak wajar. Hal ini merupakan penggabungan antara pendengaran dan penulisan yang memberi impak yang baik terhadap proses penumpuan.
Sesungguhnya kaedah pendengaran secara aktif sepertimana yang dicadangkan mampu menguatkan lagi pemahaman anda terhadap topik yang dikemukakan. Pemahaman terhadap sesuatu topik pembelajaran menjadi penggerak ke arah peningkatan usaha. Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Jadilah seorang pendengar yang aktif ke arah penumpuan yang lebih efektif.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Renungan KITA SEMUA
Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.
Lukmanul Hakim
Keluarga Ku.
Renungan
Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.
Wahai Diri
A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.
Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.
Sahabat Blogger
Selamat Datang
Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414
0 comments:
Post a Comment