Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Friday, March 27, 2009




Pelajar beraksi sebelum diarah untuk aktiviti keno.

Membina istana pasir. Sebahagian daripada peserta program kepimpinan pelajar.

Program Kepimpinan Pelajar Maktab Sabah telah diadakan pada ketetapan seperti berikut;
Tarikh : 27 hingga 29 Mac 2009
Tempat : KK Adventure Park, Beringis Papar
Perasmi : Puan Hajah Nuinda Haji Alias,
Pengetua, Maktab Sabah
Masa Perasmian : 2.00 petang pada 29 Mac 2009
Bil. Pelajar : 70 orang


Taklimat dari pihak pengurusan KK Adventure sebelum aktiviti menguji kecergasan fizikal dan kecerdasan mental serta kekuatan emosi.



Guru Penasihat bersama peserta lelaki di tempat khemah pelajar lelaki.


Program ini melibatkan pelajar Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Asrama, Pengawas Pusat Sumber, Badan PERTENA, dan Badan BAKTI . Program ini dikelolakan sepenuhnya oleh Pihak Bimbingan & Kaunseling Maktab Sabah. Adalah diharapkan selepas menghadiri program ini, pelajar lebih berinisiatif mengekalkan dan menambahbaikan prestasi akademik, sahsiah dan lebih bertanggungjawab sesuai dengan slogan 'Pelajar hari ini, Pemimpin hari esok'.

Kepada para peserta, teruskan semangat anda untuk menimba ilmu baru berkenaan dengan ketahanan fizikal dan boleh berdikari dalam program tersebut. Pergi dengan harapan, Pulang dengan kejayaan.

Ucapan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan oleh Guru-Guru Kaunseling Pelataih En. Syed Farid Syed Hussin dan Cik Noor Sabariah Datuk Jasa. Tidak juga dilupakan jasa guru-guru pelatih En. Shami, Cik Base dan Cik Maslianah yang merupakan siswazah dari UNITAR.

Syabas dan tahniah.

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414