Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Friday, July 17, 2009

Para pemenang bergambar dengan tetamu kehormat.

Peserta Maktab Sabah mendapatkan ucapan tahniah dari Puan Pengetua.

Kelihatan Cik Cindy Soh (Selaku guru pembimbing) bersama Sdri Siti Hajar, Pengetua dan YM Ir. Datu Jamigul Hj. Datu Salin, KS SPPK Jabatan Pelajaran Sabah.

Pertandingan Pidato Kelab Pelaburan Bijak PNB & Kuiz Pelaburan PNB peringkat Negeri Sabah disempurnakan oleh YM Ir. Datu Jamigul Datu Hj. Salin, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sabah mewakili Pengarah Pelajaran Sabah. Pertandingan tersebut diadakan pada ketetapan berikut;
Tarikh : 15 Julai 2009
Hari : Rabu
Masa : 2.00 hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah.

Peserta Maktab Sabah Saudari Siti Hajar Mohd. Azid dibawah bimbingan Cik Cindy Soh Shuk Ping telah mendapat tempat Naib Johan dengan membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai RM300.00. Johan pada pertandingan tersebut disandang oleh pelajar dari SMK. Abaka, Tawau dan tempat ketiga pelajar dari SMK. Beaufort. Seramai 7 orang peserta pidato. Manakala bagi pertandingan Kuiz Pelaburan Bijak PNB,sebanyak 3 kumpulan yang berjaya keperingkat ini berdasarkan ujian bertulis. Keputusan pertandingan Johan disandang oleh pasukan SMK. Tenghilan, Tamparuli, Naib Johan dari pasukan SM. St. Francis Convent, Kota Kinabalu dan tempat ketiga dari pasukan SMK. Inanam, Kota Kinabalu.

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414