Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Blog Archive
-
▼
2009
(89)
-
▼
December
(15)
- Peningkatan peratus 8 negeri SEBAHAGIAN pelajar...
- SMS Tengku Abdullah terbaik empat tahun RAUB 24 D...
- Pelajar tahfiz Pahang cemerlang Oleh YUSRI SAHATut...
- Anak kembar peniaga roti canai membanggakan KANGAR...
- Saling mencabar rahsia kejayaan kembar KEPALA BATA...
- KYS kekal pencapaian cemerlang 3 tahun berturut-t...
- Cacat: Ahmad Fajrul buktikan dapat 5A PASIR MAS 24...
- Petua elak makanan ringan PULAU PINANG 24 Dis. - S...
- Kemiskinan jadi perangsang PASIR MAS 24 Dis. - Ana...
- 2A masa percubaan, PMR 8A Firdana Ahmad (kiri),...
- 28,188 semua A Oleh Johari Ibrahimjoib@bharia...
- Tahniah Calon PMR 2009
- PERUTUSAN AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 ...
- Annual Dinner 2009
- Majlis Hari Kualiti
-
▼
December
(15)
KYS kekal pencapaian cemerlang 3 tahun berturut-turut
|
|
MELAKA 24 Dis. - Kolej Yayasan Saad (KYS) di Ayer Keroh di sini mengekalkan reputasi buat tiga tahun berturut-turut apabila kesemua 54 pelajarnya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.
Keputusan membanggakan itu sekali gus menjadikan KYS adalah antara lima sekolah di luar Kementerian Pelajaran dan sekolah swasta dari seluruh negara apabila kesemua calonnya mencapai keputusan A dalam semua mata pelajaran.
Pengetuanya, Noor Ainun Yang Rashdi berkata, beliau bersyukur dengan pencapaian itu dan mengucapkan tahniah kepada semua calon kerana berjaya mengekalkan kecemerlangan tiga tahun berturut-turut sejak 2007.
"Mulanya, saya berasa bimbang jika pencapaian tahun ini tidak seperti dua tahun lalu apabila semua calon iaitu 60 pada 2007 dan 54 calon pada tahun lalu mendapat A dalam semua mata pelajaran.
"Saya tidak mahu pencapaian dua tahun lalu dilihat sebagai nasib atau kebetulan. Alhamdulillah, keputusan hari ini membuktikan tenaga pengajar dan pelajar telah berusaha keras mengekalkan kecemerlangan itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di KYS di sini hari ini.
Menurutnya, mengekalkan hubungan akrab di kalangan semua pelajar dan 37 orang guru di kolej tersebut menjadi antara faktor kecemerlangan yang dikecapi sejak 2007.
Noor Ainun menambah, semua tenaga pengajar melayan para pelajar seperti keluarga dan anak sendiri supaya mereka tidak berasa janggal atau kekok ketika berada di kelas.
"Kadang-kadang bila terserempak dengan mereka, saya tidak kisah menegur mereka dahulu sebelum mereka menyambut sapaan dengan penuh mesra.
"Dengan cara ini, mereka akan berasa selesa dengan guru dan memudahkan berinteraksi sekiranya mempunyai masalah dalam pembelajaran," katanya yang mempunyai pengalaman menjadi pengetua selama 14 tahun.
Tambahnya, selain kecemerlangan akademik, para pelajar di kolej itu juga sentiasa diingatkan supaya tidak mengabaikan bidang kokurikulum sebagai strategi pembinaan sahsiah diri.
"Saya selalu pesan kepada mereka, tidak guna kalau dapat semua A tetapi tiada sahsiah diri yang baik, tidak berani bersuara untuk membawa kita lebih ke depan," katanya.
1 comments:
Salam
Saya agak terkejut mendapati nama saaya berada di dalam blog Tuan. Walau bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kerana memasukkan kecemerlangan Kolj Yayasan Saad ke dalam blog tuan.
Pengalaman yang amat berharga bagi saya menerajui kolej yang begitu unik sekali,