Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Amaran hujan lebat di Sabah hingga Selasa
18th January, 2010KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan sederhana kadang kala lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Sabah yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.
Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan itu melibatkan bahagian Sandakan (Beluran dan Kinabatangan), Pantai Barat (Kota Belud, Tuaran, Papar, Kota Kinabalu dan Penampang), Beaufort, Kota Marudu dan Lahad Datu.
Jabatan itu juga mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning sehingga Selasa ini di Tongod, Ranau, Kuala Penyu, Tambunan, Keningau dan Tenom.
Keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh di kawasan tanah rendah berdekatan tebing-tebing sungai, demikian menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan lain, jabatan berkata angin kencang timur/timur laut selaju 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 5.5 meter akan berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan akan berterusan sehingga Jumaat ini.
Angin ini dikategorikan sebagai angin kencang dan laut bergelora peringkat ketiga.
Sementara itu, angin kencang dan laut bergelora kategori kedua daripada jenis yang sama (timur/timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj) dijangka akan bertiup di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu) dan Tioman (Johor Timur dan Pahang) dengan ombak mencecah ketinggian sehingga 4.5 meter.
Keadaan yang sama dijangka turut berlaku di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak, Bunguran, Reef South, Sulu dan Sulawesi.
Berikutan itu, sekitar kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur akan terdedah kepada kenaikan paras air laut.
Ramalan angin kencang bagi kedua-dua kategori itu dijangka berterusan sehingga Jumaat ini dan akan membahayakan semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
0 comments:
Post a Comment