Tazkirah
Character is what you know you are, not what others think you have.
Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Wednesday, March 24, 2010
Tarikh : 24 hingga 26 Mac 2010
Hari : Rabu Hingga Jumaat
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Sasaran : Semua Calon PMR 2010
Kelolaan : Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah.
Antara pengisian program seperti berikut;
1. Slot Ceramah
- Membina Matlamat
- Persediaan Menduduki Peperiksaan
- Pengurusan Masa
- Mata Pelajaran Science
- Mata Pelajaran Sejarah
- Mata Pelajaran Bahasa Melayu
- Mata Pelajaran Mathematics
- Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Antara objektif program adalah seperti berikut;
- Memastikan pelajar mengetahui stail pembelajaran dalam usaha mengekalkan kecemerlangan
- Membolehkan pelajar bermotivasi tinggi serta berdaya saing dalam memperolehi kejayaan
- Mewujudkan semangat setiakawan di kalangan pelajar dalam usaha memartabatkan diri dan peningkatan prestasi Maktab Sabah.
Semoga dengan adanya program ini, memberi manfaat kepada pelajar dalam meletakkan diri mereka dikalangan kelompok pelajar cemerlang PMR nanti. Usaha ini akan memberi impak yang positif sekiranya semua yang terlibat turut sama memberikan komitmen yang tinggi. Ini kerana, sekiranya kita berjiwa besar tidak mustahil kerja yang susah menjadi mudah dan sesuai dengan konsep kerja semangat berpasukan. Ucapan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Renungan KITA SEMUA
Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.
Lukmanul Hakim
Keluarga Ku.
Renungan
Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.
Wahai Diri
A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.
Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.
Sahabat Blogger
Selamat Datang
Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414
0 comments:
Post a Comment