Tazkirah
Character is what you know you are, not what others think you have.
Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.
Featured post
Admin Blog
Monday, April 30, 2012
Unit Bimbingan & Kaunseling Maktab Sabah telah mengadakan Program Kepimpinan Badan-Badan Khas mulai 26 hingga 28 April 2012 di KK Adventure Park, Beringis Papar.Program ini yang disertai seramai 63 orang pelajar terdiri daripada Pembimbing Rakan Sebaya, BAKTI (Ketua Tingkatan & Pen. Ketua Tingkatan), Pengawas dan Pelajar Biasa. Rombongan bertolak dari Maktab Sabah mula jam 8.30 pagi dengan menaiki bas sekolah yang turut dinaiki oleh Cikgu Siti Masanaya Bilin, manakala sebahagian daripadanya menaiki kereta guru Cikgu Dato Zanalan Hj. Karbain dan Cikgu Jipanis Suali. 3 orang guru pelatih turut sama menjayakan majlis ini iaitu Cikgu Jinimy Dangku, Cikgu Diana Edward, Cikgu Celysca Laisin.
Sebaik saja rombongan sampai, taklimat telah diberikan oleh Pegawai KKAP kepada para peserta dan seterusnya mengendalikan aktiviti ice breaking. Selepas saja makan tengahhari, aktiviti team quest dan sukaneka diteruskan. Pada malamnya, aktiviti 'sayang si buta' dilaksanakan. Hampir jam 12.00 tengah malam pelajar dibenarkan berehat dan keesokaanya aktiviti 'ketahanan fizikal' diteruskan. Pelajar-pelajar lelaki telah menunaikan solat jumaat dan sebaik sahaja selesai makan tengah hari, aktiviti disambung semula.
Rombongan ini berasa gembira apabila barisan Pentadbir Sekolah iaitu Puan Samsiah Almalek (PKP) dan Datin Rosiah Liman (PKHEM) turut hadir bersama Cikgu Surilla Stimol (KGD) dan Puan Juliah Matnoor (GCBM).
Upacara penangguhan majlis program disempurnakan oleh Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua Cemerlang seterusnya menyampaikan hadiah kepada peserta. Dalam program itu, Syed Mohd Khuzairie (Penolong Ketua Tingkatan 5 Sejehtera) dinobatkan sebagai peserta terbaik lelaki manakala Dg.Khalilah Tan Sri Mohd Khalil (Tingkatan 3 Mutiara - PRS) dinobatkan peserta perempuan terbaik. Anugrah Tunas Harapan diberikan kepada Sdr. Mohd Zulhilmie dan Sdri Crystal Robert. Manakala Anugerah Kepimpinan diberikan Sdr. Dzulhafiz kategori lelaki dan Sdri Eshal Falisha Khan kategori perempuan.
Program tamat hampir jam 1.00 petang dan sebaik saja peserta selesai makan tengah hari pelajar menaiki bas sekolah untuk ke sekolah dan bergerak ke destinasi masing-masing. Usaha yang dilakukan ini diharap mampu mencemerlangkan sahsiah pelajar.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Renungan KITA SEMUA
Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.
Lukmanul Hakim
Keluarga Ku.
Renungan
Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.
Wahai Diri
A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.
Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.
Sahabat Blogger
Selamat Datang
Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414
0 comments:
Post a Comment