Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Saturday, April 19, 2014
Bulan April 2014.
Beberapa perkara telah dilaksanakan dalam bulan ini, antaranya ialah

9.4.2014 - Majlis Anugerah Cemerlang yang disempurnakan oleh En. Raisin Saidin, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Sabah. Dalam majlis itu disampaikan sijil kepada pelajar yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dan kurikulum. Selain itu, turut disampaikan hadiah kepada pelajar terbaik calon PMR dan calon SPM 2013. Saudari Siti Nurfatinie Muhammad Azrie, dinobatkan penerima khidmat cemerlang, manakal Sdr. Bryan dinobatkan penerima Cemerlang Akademik dan Tokoh Pelajar.

10.04.2014 - Majlis Graduasi STPM yang disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Datuk Amat Asrie Hj. Abdul Kadir, Presdien OSCA. Upacara majlis diserikan dengan perarakan graduan, diikuti perarakan guru-guru akademik dan akhir sekali perarakan utama. Dalam majlis itu, saudari Ruvina Indran dinobatkan pelajar terbaik STPM dan penerima anugerah collegian.

12.04.2014 - Mesyuarat Agung PIBG yang disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Sabah, Jabatan Pendidikan Sabah. Dalam ucapannya beliau menegaskan ibubapa dan guru perlu bekerjasama membangunkan pendidikan generasi muda. Dalam menghadapi cabaran masa kini, ibubapa dan warga pendidikan perlu berani membuat perubahan dan trasnformasi agar pendidikan dapat dibangun dan dilonjakkan lagi ke tahap yang lebih membanggakan. Beliau juga menekankan supaya tidak mengamalkan budaya kerja 'andang-andang', kerana hasilnya juga berada di tahap biasa tanpa peningkatan prestasi sama ada dalam aspek akademik, pendidikan anak, kokurikulum mahupun sahsiah pelajar. Dalam mesyuarat Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor telah dipilih semula menerajui PIBG dengan mengekalkan jawatan YDP PIBG dan berjaya mengenepikan pencabar terdekatnya iaitu En. Nexson Abd. Habi yang berjaya menjawat NYDP. 

16.04.2014 - Program IMAN (Pelajar Bebas Dadah). Program ini telah memilih pelajar Tingkatan 1 dan pelajar Tingkatan 2 untuk mengikuti ceramah yang disampaikan oleh PEMADAM, Jabatan Kesihatan dan PDRM. Selain ceramah,pameran juga turut diadakan. Pada waktu rehat, pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), membuat kejutan dengan mengadakan Sambutan Hari Lahir Penulis (15.04.) di bilik Bimbingan Kaunseling yang turut dihadiri oleh Puan Zunaidah Zakaria (PKHEM), Puan Morene Liew Yen Yen (PK Pra U), Guru-guru penasihat PRS Puan Siti Nurkiah Ramin, Puan Vivie Gidai, Puan Dewi Masayu. Turut memeriahkan ialah bekas-bekas pelajar Maktab Sabah Ammar Firdaus, Haziq Alias dan Quzaimi.

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414