Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Friday, February 6, 2015

Pengenalan.

 

Ibubapa merupakan ‘role model’ dalam kecemerlangan anak-anak yang dibawah pengawasan mereka selain dari ajaran dan sokongan  para guru di sekolah. Melihat kepada senario ini, PIBG Maktab Sabah berhasrat mengadakan Seminar Keibubapaan agar kecemerlangan institusi dalam melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan dan berterusan melalui permuafakatan semua pihak dalam memartabatkan kecemerlangan pendidikan di sekolah ini.

 

Rasional.

 

 

PIBG Maktab Sabah percaya, usaha murni ini, bukan sahaja mampu membantu kecemerlangan ibubapa dalam mendidik anak malahan turut memotivasikan ibubapa agar terus memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mencari pendekatan atau kaedah untuk kecemerlangan anak-anak mereka.

 

 

Objektif.

 

 

Beberapa objektif telah dikenal pasti, antaranya ialah

  1. Merapatkan hubungan antara guru dan ibu bapa dalam suasana yang harmoni.
  2. Memastikan guru dan ibubapa boleh bertukar-tukar pandangan dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
  3. Mewujudkan semangat setiakawan dan sumber  jaringan ilmu dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Maktab Sabah.
Tarikh Pelaksanaan.
Seminar keibubapaan akan diadakan seperti berikut;
Tarikh             : 17 Januari 2015
Hari                 : Sabtu
Masa              : 7.00pagi – 1.00 petang
Tempat           : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Sasaran         : Semua Ibu bapa / Penjaga Pelajar 
                         Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana.
Penceramah : Dr. Khairuddin Abdullah, Pensyarah Universiti Malaysia Saba
                      : En. Iskandar Ahmad, Rotary Club, Kota Kinabal
                      : Dr. Hajah Ananglangka Hj. Madkassim, Kaunselor SM.Perempuan,Likas.
Perasmi         : En. Raisin Saidin
                        Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah
                       Jabatan Pendidikan Sabah.
Tema Program.
Tema yang dipilih adalah bertetapan dengan objektif program yang dikehendaki iaitu; ‘Ibu Bapa Prihatin, Anak Cemerlang’

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414