Tazkirah
Character is what you know you are, not what others think you have.
Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Friday, May 1, 2020
Hubungan ibu bapa dengan anak-anak sering kali menimbulkan masalah terutama apabila terdapat banyak perbezaan antara mereka. Perbezaan ketara antara anak-anak dan ibu bapa adalah daripada segi pengalaman dan pemahaman di antara mereka. Ini menimbulkan masalah yang dinamakan jurang generasi. Banyak antara konflik yang berlaku antara ibu bapa dan remaja dalam hal seperti kerja-kerja di rumah, kerja sekolah yang diberi oleh guru, larangan keluar rumah, aktiviti sosial dan aktiviti sekolah. Ibu bapa sering marah apabila anak-anak tidak mematuhi peraturan dan kehendak mereka.
Disiplin bukan bermakna menggunakan kekearsan sambil mendera anak-anak. Disiplin merujuk kepada melatih dan memastikan anak-anak mematuhi peraturan tertentu. Ibu bapa mana yang mahu melihat anak-anak mereka biadap serta kurang ajar dan melanggar peraturan sekolah. Kesilapan besar yang sering dilakukan ibu bapa apabila mendisiplinkan anak-anak adalah dengan memaki hamun, cacian, kutukan dan kekerasan. Cara in membuat anak-anak rasa terhina dan mengasingkan diri. Tindakan ini akan merendahkan harga diri anak-anak itu.
Sebaik-baiknya ibu bapa mendisiplinkan anak-anak dengan kasih sayang. Ibu bapa perlu tegas memberitahu anak-anak yang ibu bapa lebih senang hati, gembira dan ceria sekiranya anak-anak melakukan perkara yang positif. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, tegur serta beri hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan bukan mendera mereka mengikut perasaan.
Hubungan ibu bapa dan anak-anak menjadi lebih baik daripada segi komunikasi antara mereka, lebih mesra dan anak-anak lebih berdikari. Anggaplah antara mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka dapat berkongsi nilai-nilai hidup yang penting dan dapat menyesuaikan diri dengan baik antara satu sama lain. Anak-anak perlu dilatih membuat kebajikan dan pada masa yang sama, ganjaran ataupun pujian perlu diberikan sebagai usaha memperkukuhkan tingkah laku positif. Hubungan positif antara ibu bapa dan anak-anak dapat membantu anak-anak menjalani kehidupan yang mencabar dan menyeronokkan.
Ibu bapa mendidik anak-anak supaya mempunyai kawalan diri dan disiplin yang baik. Ada masanya, ibu bapa perlu bertegas supaya anak-anak mengikut arahan, tetapi ada juga ketikanya mereka diberi kelonggaran dan kebebasan yang sewajarnya. Anak-anak yang hidup sempurna biasanya dapat mengawal kehidupan sendiri, manakala ibu bapa sebagai pemberi bantuan daripada segi persediaan menjadi dewasa seperti mengawal kebeasan, kekuatan ego dan disiplin diri.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Renungan KITA SEMUA
Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.
Lukmanul Hakim
Keluarga Ku.
Renungan
Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.
Wahai Diri
A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.
Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.
Sahabat Blogger
Selamat Datang
Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414
0 comments:
Post a Comment