Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Monday, March 8, 2021

Untuk cemerlang, pelajar perlu mengotimumkan penggunaan otak iaitu melatihkan diri mengembangkan keupayaan dan meningkatkan penggunaan kedua-dua bahagian otak. Untuk meningkatkan keupayaan minda ini, ada beberapa syarat yang perlu ada dalam diri pelajar iaitu:

HATI DAN MINDA PELAJAR MESTI BERSIH.

Hubungan antara akal dengan hati adalah amat rapat sekali di mana hati adalah seumpama lombong atau mata air kepada akal dan ilmu. Firman Allah SWT yang bermaksud; 'Tidakkah mereka berjalan di atas muka bumi sehingga mereka mempunyai hati yang boleh berfikir (memahami)(al-haj:46)


Berfikir adalah kerja yang paling sukar dan mungkin sebab mengapa sedikit sekali manusia yang melibatkan diri dengannya.

Berfikir adalh tidak salah, tetapi adalah salah jika tidak berfikir. Persoalannya, berapa ramaikah yang berfikir untuk tidak bersalah?

Di samping itu junjungan besar kita juga pernah bersabda yang bermaksud;

i. akal itu ialah cahaya dalam hati yang dapat membezakan antara yang benar dan yang palsu.

ii.ketahuilah bahawa perbandingan akal dalam hati itu ialah seperti lampu dalam rumah'.

Prof Hj. Mokhtar Yahya, pernah menulis bahawa akalialah suatu sifat daripada jiwa yang merupakan salah satu daripada ciri-ciri jiwa (hati). Dengan adanya akal, jiwa (hati) dapat mengetahui dan mengenal sesuatu yang ma'qal (yang dapat difikirkan) dan yang mahsus ( yang dapat dikesan oleh pancaindera)

Al-Maawardi pula menyatakan bahawa akal itu bertempat di hati kerana hati adalah lombong (sumber) kepada kehidpuan manusia dan merupakan bahan atau alat untuk merasa (perasaan). bagi membersih hati dan minda kita. Pelajar perlu melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud;

'Sesungguhnya dengan mengingati Allah akan tenanglah semua hati.'(Ar-Ra'ad:28)

Rasulullah SAW pernah bersabda;

'Tiadalah beragama orang yang tiada berakal dan tiadalah berakal orang yang tiada beragama.

Justeru kerana itu pelajar perlu menjauhkan diri daripada melakukan pelbagai perkara yang bertentangan dengan agam suci kita. Aktiviti-aktiviti ini akan dilaknat oleh Allah SWT dan memberikan dosa kerana dosa ini akan menutup mata hati seseorang pelajar. Sabda rasulullah SAW yang bermaksud; 'Dosa itu mengalahkan hati'.




SIKAP DAN PEMIKIRAN YANG POSITIF.

Sebagaimana telah dibincangkan,untuk membangunkan minda, pelajar perlu mempunyai sikap dan pemikiran yang positif. Mengikut pakar-pakar motivasi, apabila pelajar telah mempunyai sikap dan pemikiran yang positif yakni apabila pelajar sudah mula melakukan sesuatu tugas dengan baik dan sempurna sebenarnya 60% kejayaan sudahpun dicapai. Sikap ingin terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya di dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan serta sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan minda yang cergas dan jiwa yang tenang adalah amat perlu dilakukan.

Meminimakan Gangguan.

Untuk meningkatkan keupayaan minda, pelajar perlu meminimakan segala gangguan yang mungkin timbul. Ini adalah keranan gangguan ini akanmenghalang kelancaran proses pembelajaran pelajar. Secara umumnya, terdapat dua gangguan utama di dalam diri pelajar iaitu;

i. Gangguan luaran.

Gangguan ini berpunca daripada pancaindera seperti mata, telinga, hidung dan anggota-anggota badan yang lain. Kesannya, gangguan penglihatan, pendengaran, bau, rasa, kepanasan, kesejukan dan lain-lain gangguan akan berlaku. lazimnya pelajar boleh mengatasi atau meminimakan gangguan lain.

Sebagai contoh untuk mengelakkan gangguan penglihatan dan pendengaran, pelajar bolehlah mengulangkaji di tempat yang sunyi dan selesa seperti di perpustakaan atau di bilik yang khusus. Seringkali terdapat pelajar yang mengulangkaji di bilik studi yang bersebelahan dengan dapur atau bilik menonton elevisyen. Maka sudah tentu berbagai gangguan luaran akan berlaku.

ii. Gangguan dalaman atau mental.

Gangguan ini timbul akibat daripada pelajar itu sendiri. Pelajar mempunyai sikap yang negatif dan mempunyai jiwa yang tidak tenteram. Hal ini berlaku kerana pelajar:
  • tidak membuat persiapan sejak dari awal lagi.
  • tidakmempunyai matlamat yang jelas.
  • tidak pandai menguruskan masa
  • banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama.


MENGELAKKAN GANGGUAN.

Justeru kerana itu pelajar perlu mengelakkan segala gangguan-gangguan yang disebutkan di atas. di antara cara-cara yang pelajar boleh gunakan untuk mengelakkan atau memnimakan gangguan-gangguan ini ialah;

1. Sentiasa meminta doa dan bertawakal kepada Allah SWT. Antara doa-doa yang boleh dimalankan ialah:
a. 'Wahai Tuhan kami, ampuniah dosa dan kesalahan kami, juga dosa-dosa orang mukmin yang telah mendahului kami dan janganlah engkau memasukkan perasaan dengki khianat ke dalam hati orang-orang yang beriman kepadaMu. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'.

b. 'Ya Allah, tadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engkau mengkehendakinya'.

c. 'Ya Allah, ilhamilah aku ilmu yang dengannya aku boleh mengettahui segala perintahMu dan dengannya aku boleh mentehaui segala laranganMu, rezekanlah aitu padaku, Ya Allah.

Ya Allah berikanlah padaku kefahaman yang mendalam daripada nabi, kefasihan hafalan para rasul dan kecepatan ilham para malaikat al_muqarrabin, dan muliakanlah aku.

Ya Allah, dengan cahaya ilmu dan kecepatan pemahaman dan bukalah untukku pintu-pintu rahmatMu dan ajarlah aku rahsia-rahsia hikmahMu, wahai tuhan semesta alam'.

2. Melakukan proses pembelajaran atau ulangkaji di tempat-tempat yang tidak ada gangguan dan yang mempunyai suasana pembelajaran yang selesa dan meneyeronokkan.

3. Bijak di dlaam memilih teknik-teknik pembelajaran yang sesuai dengan diri pelajar.

4. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik.

5. Membuat persiapan sejak dari awal-awallagi.

6. Merancang, melaksana dan menguruskan masa secara bijaksana.

Mengemaskini Bahan- bahan Pembelajaran.

Untuk menguatkan ingatan dan memudahkan proses mengukangkaji pembelajaran, pelajar perlu mengemaskinikan bahan-bahan yang hendak diulangkaji. Pelajar perlu membuat nota-nota ringkas kerana bahanbahan yang panjang, tidak tersusun serta bercampur aduk akan menyukarkan proses mengulangkaji pelajaran. Apabila bahan ini telah tersusun dengan elok maka dengan sendirinya minda kita bersedia untukmenerimanya dan pelajar seronok untuk mengulangkaji pelajaran.



Pilih Teknik Yang Paling Sesuai Untuk Mengulangkaji.

Sama ada pelajar sedar atau tidak, terdapat berbagai teknik untuk mengulangkaji pelajaran. Mungkin teknik-teknik ini telahpun pelajar gunakan dan mungkin juga satu atau dua teknik yang lain boleh digunakan pada masa yang sama untuk menambahkan lagi keberkesanan proses pembelajaran. Di antara teknik-teknik yang boleh digunakan ialah:

1. Teknik Ulangan.

Teknik yang banyak dan lazim digunakan iaitu pelajar melakukan proses pembelajaran atau mengulangkaji secara berulang kali sehingga bahan pembelajaran itu telah dihafal, difahami dan  diingat.

2.Teknik Menggambarajah.

iaitu pelajar menggambarkan  bahan-bahan pembelajaran di dalamminda atau melukiskannya kembali di atas kertas setelah selesai mengulangkaji pelajaran.

3. Teknik Perkaitan.

Apabilapelajar mempelajari sesuatu topik cuba kaitkan bahan pembelajaran tersebut dengan benda-benda, perkara atau suasana yang berlaku atau yang terdapat di sekeliling kita. Sebagai contoh, cuba kaitkan punca-punca berlakunya banjir kilat dengan keadaan sungai yang semakin cetek akibat pembuangan sampah-sarap atau keadaan bukit-bukit yang semakin gondol.

4. Teknik Penggunaan.

Iaitu pelajar cuba menggunakan konsepatau teori yang dipelajari dengan pengguaan sebenar di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, cuba kaitkan konsep geseran dengan permukaan tapak kasut atau tayar yang sudah botak. Apa akan terjadi? Dengan mengaitkan konsep yang dipelajari dengan penggunaan seharian , pelajar akan lebih mudah memahami dan mengingati tentang perkara yang dipelajari. Selain daripada itu latihan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan selepas sesuatu topik atau soalan-soalan peperiksaan yang lalu adalah merupakan salah satu teknik penggunaan.

5. Teknik Longgokan.

Iaitu pelajar mengulangkaji secara mengkelas, mengumpul, mengkategori atau melonggok fakta-fakta, konsep-konsep atau tajuk-tajuk pembelajaran supaya lebih mudah untuk megulangkaji dan mengingatinya. Sebagai contoh pelajar melakukan ulangkaji pemindahan haba di dalam pepejal iaitu melalui konduksi, di dalam cecair iaitu melalui olakan dan di dalam gas iaitu melalui pancaran sekaligus kerana konsep pemindahan haba di dalam pepejal, cecair dan gas adalah sama.

6. Teknik Menyoal.

Salah satu teknik yang amat berkesan untuk mengulangkaji ialah dengan pelajar menyoal kepada diri sedniri tentang konsep, fakta, teori dan formula atau apa sahaja apabila selesai mengulangkaji pelajaran. Setelah mengulangkaji sesuatu topik, cuba fikirkan apakah soalan-soalan yang boleh ditanya berkaitan dengan apa yang telah dibaca. Cuba teka sendirisoalan-soalan tersebut. Dengan sendirinya pelajar akan mengingati kembali apa yang telah dibaca.

Pelajar juga dengan sendirinya akan mengenalpasti kata kunci, perkara-perkara penting, konsep-konsep penting atau teori untuk diingat. Ini sudah pasti akan meningkatkan kecerdasan minda pelajar dan melatih diri supaya sentiasa berfikir. Sebagai contoh soalan-soalan yang mungkin boleh ditanya kepada diri sendiri apabila selesai mengulangkaji sesuatu topik ialah:
  • Kenapa proses ini boleh berlaku?
  • Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kejadian ini?
  • Bagaimanakah untuk mengatasi kejadian ini daripada berlaku lagi?
  • Kenapakah pembangunan lebih pesat berlaku di negeri-negeri pantai barat?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan proses fotosintesis?
  • Siapakh orang yang pertama sekali menjejaki kaki di Gunung Everset dan bila?

7. Teknik Mengajar.

Untuk lebih mengingati tentang apa yang dipelajari, pelajar adalah digalakkan untuk mengajar atau memberitahu kepada kawan-kawan tentang sesuatu konsep, fakta, teori atau formula. Sebab dengan melakukan teknik ini pelajar sebenarnya mengulangkaji kembali tentang apa yang telah dipelajari malah pelajar akan lebih faham dan ingat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud
"Ajarkan ilmu kepada orang yang belum tahu dan belajarlah kamu dari orang lain yang berilmu akan apa yang kamu tidak tahu. Apabila kamu berbuat demikian, kamu akan tahu apa yang kamu tak tahu dan kamu ingat atau hafal apa yang kamu sudah tahu".



MEMASTIKAN KESIHATAN DIRI BERADA DI DALAM KEADAAN YANG TERBAIK.

Sebagaimana yang telah dibincangkan, tubuh badan yang sihat adalah merupakan syarat untuk mencapai kecemerlangan. Dengan mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat, pelajar bukan sahaja dapat mengulangkaji dengan sempurna tetapi juga dapat melakukan ibadat seperti sembahyang, berpuasa, zikir dan sebagainya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa berdoa kepada Allah SWT semoga diberikan tubuh badan yang sihat walafiat. Antara doa-doa yang boleh diamalkan ialah:

Ya allah, kurniakanlah kesihatan pada badanku. ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada telingakum Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada mataku, Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kepapaan. Ya Allah, hamba berlindung kepadaMu dari kesengsaraan azab kubur, sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Engkau.

Ya Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada keras hati, selalu lupa, kehinaan dan kemiskinan. dan aku berlindung denganMu daripada sifat-sifat fasik, suka berbantahan dan bermegah-megah, dan aku berlindung denganMu dari kejahatannya pendenragan, jahatnya sikap membisu dan aku berlindung denganMu dari penyakit gila, kusta dan dari busuknya penyakit.


AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MERANGSANGKAN KEUPAYAAN MINDA.

Di samping itu pelajar-pelajar juga perlu mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang dan meningkatkan keupayaan minda. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

1. Membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajaran pelajar. Ini termasuklah membaca berbagai-bagai buku, majalah atau akhbar-akhbar harian Malaysia seperti Berita Harian, New Strait Times, Mastika, Reader Diegest, al islam dan lain-lain lagi. Elakkan atau kurangkah daripada membaca majalah Gila-Gila, mangga, URTV dan lain-lain lagi yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan pembelajaran di sekolah.

2. Menonton rancangan televisyen yang boleh meningkatkan pengetahuan dan keupayaan minda. Ini termasuklah rancangan global, Berita Dunia jam 10.00 malam, Linggo, Silang Kata, Wawancara, Forum Islam, majalah 3 dan lain-lain lagi. Elakkan atau kuirang daripada menonton rancangan hiburan malam minggu,muzik-muzik, cerita hindustan dan lain-lain lagi. Pelajar tidak semestinya mengenepikan terus aspek hiburan tetapi pendedahan yang berlebihan kepada hiburan akan menyebabkan minda pelajar menjadi pasif dan pelajar akan lupa akan matlamat utama untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga aspek-aspek rohani dan jasmani.

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414