Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Untuk menjadi pelajar cemerlang, persediaan diri dalam aspek fizikal, mental dan emosi belum lagi mencukupi. Pelajar perlu memperkuatkan benteng pertahanan dalamannya iaitu meningkatkan ilmu pengetahuan dan amalan yang berteraskan agama. Tanpa pegangan agama, hidup pelajar ibarat kapal yang tidak berkemudi. Pelajar kini banyak terdedah kkepada berbagai godaan dan dugaan. Hanya dengan kekuatan agamalah setiap pelajar dapat mengawal hidup mereka dengan sempurna.
Firman Allah SWT yang bermaksud 'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan ingat nama Tuhan lalu dia sembahyang, tetapi orang-orang kafir memilih kehidupan duniawi, sedangkan diakhirat adalah lebih baik dan kekal'.
Kemajuan dan pembangunan negara kita yang pesat telah menyebabkan para pelajar terdedah dengan berbagai kemudahan yang canggih dan moden. Internet sebagai contohnya jika disalahgunakan akan mengancam kestabilan rohani para pelajar.
Di dalam zaman globalisasi atau dunia tanpa sempadan ini kemajuan yang dicapai perlu diseimbang dengan kekuatan rohaniah yang stabil. Kemajuan dan perkembangan sosial yang semakin mencabar, jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan para pelajar terjerumus ke lembah yang kurang sihat. Pelajar yang inginkan kecemerlangan perlu mengelakkan amalan-amalan negatif berikut;
1. Mengamalkan hidup glamour yang lebih menekankan aspek kehidupan duniawi daripada kehidupan ukhrawi seperti mengamalkan budaya rock atau mengunjungi pusat-pusat hiburan.
2. Mengamalkan hidup yang tidak mementingkan masa seperti melepak.
3. Mengamalkan budaya berpeleseran yang membawa hubungan seks bebas seperti bohsia, bohjan dan lain-lain lagi.
4. Mendedahkan diri kepada bahan bacaan serta tontonan yang bercorak lucah.
5. Menghisap rokok, menagih dadah dan minum minuman keras
6. Menelan pil-pil khayal seperti ectacy.
Justeru kerana itu pelajar perlu mengelakkan diri daripada terperangkap dengan amalan-amalan yang tidak bermoral ini dengan menyiapkan diri dengan keimanan dan jiwa yang teguh. Tidak ada gunanya pelajar hanya cemerlang dari segi akademik tetapi jiwa pelajar kosong tanpa nilai-nilai agama dan pengisian rohani yang bersih dan sihat. Pelajar wajib menunaikan segala suruhan dan meninggalkan larangan agama. Tidak ada gunanya pelajar mendabik dada mengatakan pelajar telah berjaya dalam hidup tetapi rohani pelajar kering kontang dan lemah.
0 comments:
Post a Comment