Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, November 15, 2022

 Tell someone you trust aobut your problem. 

(Meluahkan masalah kepada orang yang anda percaya)

Ask for help. 

(Minta pertolongan daripada rakan)

Listen without judgement.

(Mendengar tanpa menghakimi)

Know where to seek help.

(Tahu dimana mendapat pertolongan)


Pengenalan.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bunuh diri berada di antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab ke-2 kematian bagi mereka ysng berumur 15 hingga 20 tahun. Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 20 ahli keluarga atau rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi. Bunuh diri jarang berlaku tetapi ia masih terjadi. hampir 800,000 orang mati setiap tahun disebabkan bunuh diri dengan purata kematian (1) setiap 40 saat.

Di Malaysia kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2017 mendapati tingkahlaku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun menunjukkan peningkatan iaitu prevalen idea bunuh diri adalah 10% dalam tahun 2017 berbanding 7.9% dalam tahun 2012. Kajian yang sama juga mendapati prevelen kemurungan adalah 18.3% di mana 1 hingga 5 remaja mengalami gejala kemurungan, 2 daripada 5 mengalami keresahan dan 1 daripada 10 mengalami stres.

Apakah yang membuatkan seeorang terfikir untuk membunuh diri?

  1. Konflik dalaman seperti pengabaian, penyisihan dalam masyarakat, masalah kewangan,perceraian atau putus hubungan.
  2. Merasakan diri 'tidak berguna' ketidakpastian tentang diri sendiri atau matlamat hidup.
  3. Gabungan kesemua di atas di mana terkumpulnya krisis-krisis kecil yang menjadi pencetus untuk membunuh diri.
Siapa yang berisiko.
Individu yang berisiko tinggi adalah:
  • Mempunyai sejarah cubaan bunuh diri
  • Mengalami kemurungan dan penyakit mental
  • Sejarah keluarga bunuh diri
  • Penyalahgunaan alkohol dan dadah.
  • Sejarah penyakit kronik
  • Kesunyian / bersorangan.
Tanda-tanda amaran bunuh diri.
Seseorang yang mempunyai krisis emosi berupaya menyembunyikan perasaan dan pemikiran mereka.
Mereka mungkin;
👉Senyap
👉Terlalu memikirkan masalah
👉Mengasingkan diri
👉Mudah marah atau bersikap kasar
👉Mengambil alkohol berlebihan
👉Bercakap tentang bunuh diri atau berputus asa

Mereka mungkin juga;
👀Ceria dan banyak bercakap
👀Kelihatan menyibukkan diri
👀Berguaru senda dan bergelak tawa
👀Pergi ke kelas / kerja seperti biasa
👀Bercakap tentang rancangan mereka
👀Memberitahu supaya tidak berasa risau tentang mereka.

Antara isyarat-isyarat lisan yang tersirat yang boleh dikesan adalah;
  1. Saya dah bosan dengan hidup, saya tak sanggup meneruskannya lagi.
  2. Keluarga saya akan menjadi lebih baik tanpa saya.
  3. Tiada siapa yang akan peduli jika saya mati.
  4. Lebih baik saya pergi dari dunia ini.
  5. Saya tidak akan dapat bertahan lebih lama lagi.
  6. Tidak lama lagi awak tidak perlu risau tentang saya.
  7. Saya sudah cukup hidup.
Pencegahan dan rawatan.
1. Bagaimana untuk tahu sekiranya seseorang mempunyai idea bunuh diri?
💞Cara yang terbaik ialah bertanya kepada mereka. Ianya penting kerana seseorang yang berfikir untuk membunuh diri cenderung untuk;
a. Mengasingkan diri
b. Rasa malu dan takut dengan fikiran sendiri.
c. Rasa terdesak untuk dibantu tetapi rasa takut untuk meminta bantuan.

Bertanya atau memulakan perbualan berkenaan bunuh diri tidak menggalakan atau membuatkan mereka terfikir bunuh diri kerana mereka sudah mempunyai pemikiran tersebut dalam minda mereka. Justeru, dengan bertanya tidak akan memudaratkan diri mereka.

💞 Memulakan pertanyaan dengan menyelami perasaan mereka seperti; Bagaimana kamu rasa?

💞Bertanya dengan lembut, tidak memaksa dan pastikan menggunakan soalan-soalan terbuka seperti; Bagaimana anda menghadapinya?

💞 Sekiranya mereka menyatakan rasa putus asa dan tidak ingin meneruskan kehidupan, tanya denganterang dan jelas seperti;
Adakah kamu ada terfikir untuk bunuh diri?

2. Tindakan sekiranya seseorang memberitahu bahawa dia mempunyai idea bunuh diri.💚
💚 Pastikan mereka tidak berseorangan.
💚Dapatkan bantuan perubatan segera dimana-mana fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta yang terdekat.
💚Alihkan atau sekat mereka daripada akses kepada kaedah-kaedah bunuh diri seperti ubat-ubatan, alatan tajam, racun atau tali.

3. Di mana untuk membantu mereka mendapatkan bantuan?
✔ Kementerian kesihatan menyediakan perkhidmatan saringan dan rawatan bagi masalah kesihatan mental di 60 buah hospital-hospital kerajaan, 1001 klinik kesihatan di peringkat kesihatan primer dan 25 Pusat Kesihatan Mental (MENTARI).













0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414