Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, October 10, 2023

 

Penyakit mental adalah gangguan yang melibatkan perubahan pemikiran, emosi, dan tingkah laku yang menjadikan kehidupan harian seseorang itu menjadi sukar. Kecelaruan perasaan adalah salah satu daripada pelbagai jenis kecelaruan mental yang ada.



            Lazimnya, manusia merasai pelbagai jenis perasaan dalam hidupnya sama ada normal, riang, sedih dan sebagainya. Persoalannya ialah bagaimanakah hendak membezakan perasaan yang dirasai itu sesuatu yang normal atau permulaan episod kecelaruan mental yang serius?

            Secara umumnya tanda kecelaruan perasaan ini bermula apabila kecelaruan perasaan itu mendatangkan kesan negatif kepada setiap aspek kehidupan dan berlarutan dalam jangka masa yang agak lama, ataupun berlaku tanpa sebab yang nyata. Seseorang yang normal mempunyai kawalan ke atas perasannya tetapi bagi mereka yang menghadapi masalah kecelaruan perasaan tidak dapat mengawal perasaan mereka. Kegagalan mereka mengawal perasaan akhirnya membawa kemudaratan kepada diri sendiri dan juga keluarga.



            Kecelaruan perasaan bermaksud gangguan emsoi yang menyebabkan ketidakselesaan yang subjektif atau mengganggu kebolehan seseorang untuk berfungsi secara normal atau kedua-duanya sekali. Kecelaruan ini melibatkan dua jenis sindrom iaitu kemurungan dan mania.

Simptom yang paling ketara bagi penyakit kemurungan ini ialah penurunan perasaan yang disertai dengan pengurangan aktiviti dan keadaan pesakit yang tidak bermaya. Pesakit tidak lagi berminat untuk melakukan apa-apa aktiviti yang biasa dilakukannya. Pesakit cenderung untuk berasa sedih yang melampau, merasakan dirinya tidak berguna dan hidup yang dilaluinya tidak bererti lagi dan sangat mengecewakan. Menangis adalah salah satu cara untuk mereka melepaskan rasa marah dan kecewa. Penyakit kemurungan ini selalunya disertai dengan sindrom kebimbangan.

            Fikiran pesakit kemurungan ini sering terganggu dan hanya dipenuhi dengan perkara yang suram dan menyedihkan. Akibatnya pesakit akan mengalami masalah hilang daya tumpuan. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang sedang dilakukan kerana sentiasa diganggu oleh kebimbangan dan ketakutan yang wujud dalam diri mereka. Pemikiran mereka juga menjadi lebih negatif. Mereka akan sering menyalahkan, mengutuk dan merendah-rendahkan keupayaan diri sendiri. Mereka memandang negatif terhadap dunia luar dan pesimis terhadap masa depan. Mereka sering memikirkan bahawa penderitaan yang dialami tidak akan berakhir dan cara terbaik untuk menyelesaikan segalanya adalah dengan membunuh diri.



            Perubahan dari segi tingkah laku yang dialami oleh pesakit kemurungan ini ialah pesakit kelihatan seperti tidak bermaya, sering menjauhkan diri daripada orang ramai dan memperlihatkan produktiviti kerja yang semakin mersosot. Penampilan dari segi kebersihan diri, pakaian, dan rambut juga tidak terurus. Selain itu mereka juga mengalami maalah kerencatan fungsi psikomotor seperti intonasi suara yang rendah, pergerakan menjadi perlahan, kurang bercakap dan lebih banyak menggunakan ekspresi muka serta isyarat badan apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga lebih suka duduk berdiam diri dan tidak bergerak untuk berjam-jam lamanya.

            Agitasi juga adalah salah satu simptom bagi sindrom ini. Pesakit sentiasa berasa gelisah, berjalan mundar mandir, memulas-mulas tangan sendiri serta berulang kali bertanyakan soalan yang sama dan seolah-olah mendesak kepada orang lain.

            Akibat daripada gangguan perasaan dan fikiran pesakit kemurungan turut mengalami masalah dari segi fisiologi. Mereka akan hilang selera makan yang akhirnya menyebabkan penurunan berat badan dan mengalami masalah sembelit. Kehilangan selera makan ini berpunca daripada hilangnya nafsu terhadap makanan. Mereka merasakan bahawa makanan yang dimakan itu tidak ada sebarang rasa. Namun begitu, ada juga sesetengah pesakit yang selera makan mereka meningkat hingga menyebabkan pertambahan berat badan.

            Selain itu, mereka juga mengalami gangguan tidur seperti insomnia, kerap terjaga tengah malam atau selalu dihantui dengan mimpi ngeri ketika tidur. Kadangkala ada juga pesakit yang mengalami hypersomnia (tidur berlebihan). Masalah kesihatan lain yang dialami oleh mereka ialah gangguan kitaran haid bagi wanita dan penurunan kemampuan daya seksual.




 

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414