Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Wednesday, January 17, 2024




 Personaliti seseorang boleh dikenalpasti melalui pengecaman terhadap sesuatu panca indera seperti hidung, mata, telinga , bahagian muka, bibir, dagu, kening, leher, tahi lalat dan beberapa bahagian anggota badan yang lain. Harus diingat bahawa melihat firasay ini jangan dilihat sebagai suatu nujum atau bertenung nasib atau melihat nasib. Analisis yang dibuat adalah sekadar membantu membaca sensitiviti atau persenolaiti seseorang bagi tujuan menanam dan meningkatkan lagi sifat-sifat baik dalam diri seseorang itu melalui bakat dan potensi yang ada pada dirinya. 
Sebagai contoh kita boleh melihat personaliti kita melalui bentuk hidung.

i. Orang yang mempunyai hidung besar dan mancong mempunyai kecenderungan dan kebolehan terhadap wang, harta benda dan pangkat. Mereka ini seringkali mempunyai daya pemikiran cerdek serta sangat teliti dengan peluang-peluang dan keuntungan. Mereka selalunya  lebih dahulu  mencapai kejayaan berbanding orang lain. Ada juga orang yang tidak mempunyai hidung seperti ini mencapai berbagai kejayaan. Sebenarnya orang-orang ini mempunyai keistimewaannya yang perlu dilihat melalui bahagian-bahagian lain seperti dagu, dahi, bibir, telinga, kening dan mata.

ii. Orang yang mempunyai hidung tinggi, besar dan kembang dihadapannya adalah seorang yang mempunyai selera makan yang kuat. Jika bertubuh bsar dan tegap, mempunyai telinga dan mulut melambangkan seorang yang kuat nafsunya daripada orang yang berhidung kecil dan pesek.

iii. Orang yang memiliki hidung bengkok adalah seorang yang kurang jujur dan sikapnya selalu tdak menyenangkan orang lain. Seorang yang pandai berpura-pura, lain yang dikata, lain pula yang dibuat. Bagaimana bengkok hidungnya begitulah seluruh perjalanan hidupnya. 

iv. Orang yang mempunyai hidung condong seakan hidung bengkok adalah orang yang pintar berniaga. Adakalanya orang seperti ini terlalu memikirkan soal wang dan kepentingan dirinya sendiri sahaja. Kadangkala ia sanggup menjadikan orang lainsebagai mangsanya asalkan ia boleh mendapat keuntungan.

v. Orang yang mempunyai hidung terjongkit ke atas hingga menampakkan kedua-dua lubangnya adalah seorang yang kurang bertanggungjawab., iri hati dan suka mengkritik. Mereka ini cenderung kepada kesenangan yang boleh didapati dengan tidak berusaha. Mereka adalah golongan yang pintar berkata-kata dan berpura-pura.

vi. Orang yang mempunyai hidung peset dan lubang hidungnya sempit adalah seorang yang tidak ganas dan mempunyai sifat-sifat lemah lembut dan sayang terhadap kanak-kanak. Wang dan kekayaan serta kejayaan tidak menjadi persoalan utama baginya. Ia mementingkan makan minum dan kehidupan yang sederhana. Baginya kesenangan dan kemewahan hari ini lebih penting dari hari esok atau masa-masa akan datang.

vii.Orang yang mempunyai bentuk hidung yang sederhana, tidak terlalu mancung dan tidak terlalu rendah adalah seorang yang berperasaan rendah diri. Ia tidak mempunyai semangat, keazaman dan cita-cita yang tinggi. Mereka ini tidak mempunyai sifat kesanggupan dan tidak proaktif. Mereka lebih sesuai sebagai pengikut tidak sebagai pemimpin. 

viii. Orang yang memiliki hidung seperti kelawar atau tikus iaitu kembang dan kuncup apabila ia gembira atau dalam kesusahan. Klien seperti ini adalah seorang yang tidak teguh pada janji dan cepat benar mencari peluang untuk kepentingan dirinya daripada orang-orang lemah dan bernasib malang.

ix. Orang yang mempunyai hidung lurus aalah seorang yang suka bertengkar. Namun begitu pertengkarannya adalah berasas dan logik bergantung kepada daya pemikirannya. Jika ia mempunyai pelajaran yang tinggi, pertengkarannya itu akan membuahkan kenyataan dan kebenaran. Sekira badannya tegap, gagah dan cergas selalunya ia berkecenderungan untuk menjadi penjawat kerjaya seperti ahli sains, ulama, penulis dan hakim.

x. Orang yang mempunyai hidung rendah dan nipis adalah seorang yang suka berkelahai dan bermusuh-musuhan. Mereka ini selalunya kurang matang pemikirannya.

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414